BAB 3

Spiritual Completed 1028

‘Benar tapi jangan terlalu taksub dengannya. Memang kita khalifah tapi jangan lupa kita juga hamba. Seorang hamba layak untuk disakiti, disalahtafsirkan mahupun diuji. ’Jawab Izam.

‘Hamdan, ilmu memang penting tapi ia bukanlah segala-galanya. Yang penting pengamalannya kerana Allah. Kalau benar kita menuntut ilmu kerana Allah, hanya penilaian Allah yang kita pentingkan. Ingat Hamdan, Allah tak pernah gagalkan kita.

Cuma masa yang tentukannya sehingga ada yang mengatakan kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan dan dalam masa penangguhan itu, hatimulah penentu kejayaanmu itu akan tiba atau tak.

Mereka boleh mencop slip keputusan kau dengan perkataan gagal tetapi dalam pengetahuan Allah, aku yakin kau tak pernah gagal. Sebaliknya kau hanya gagal jika kau mempersoalkan perancangan Allah’. Hamdan masih membisu mendengar kata-kata sahabatnya itu.

‘Hamdan, kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya dari awal sampai akhir perancangan Allahlah yang terbaik. Kita tidak tahu, Allahlah yang maha mengetahui. Boleh lihat masalah tetapi lebih baik memohon pada pemberi masalah itu sendiri’. Izam terus berbicara.

“Lihat pada hikmah Hamdan bukan mempersoalkan itu ini. Mungkin sebelum ini hati kita belum benar-benar ihsan dalam menuntut ilmu. Kukatakan untuk diriku juga Hamdan. Kekadang kita menuntut ilmu hanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang, untuk selamat dari kegagalan. Kita sering disogokkan dengan kata-kata orang ‘pelajaran jalan keluar dari kemiskinan. Jikalau begitu mengapa Imam Syafie, Saidina Ali dan ilmuan islam lain mampu terus hidup melawan kemiskinan sedangkan ilmu mereka jauh melebihi ilmuan masa kini. Kita solat, membaca Al-quran kekadang hanya untuk mencukupkan prasyarat seorang muslim yang sedang menuntut ilmu. Kita seolah-olah yakin kita sudah mengikut jalan yang selamat. Isi Al-Quran jarang pula kita hayati dan dalami, solat kita tidak tahu khusyuknya di mana. Hanya khusyuk ketika hati benar-benar berdoa untuk kejayaan. Solat sunat, apatahlagi berbunga-bunga rintihan kita pada tuhan supaya dikurniakan keputusan yang cemerlang. Itu yang kita lakukan setiap hari dan itu buat kita yakin kita layak untuk keputusan yang baik. Jadi bila kita gagal, sebab kegagalan itu kita tak jumpa kerana kita rasa kita dah ikut semuanya”. Hamdan mula mengangkat wajahnya memandang Izam. Dia mula rasakan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience