BAB 6

Spiritual Completed 1028

Sungguh mulia jiwa anak ini. Izam menongkat basikalnya dan segera menapak ke arah Hamdan. Tangannya memegang bahu Hamdan.

“Mereka akan maafkan kau. Mereka pasti memaafkan kau Hamdan. Kau anak mereka. Jangan pandang rendah hati seorang yang bergelar ayah dan ibu lebih-lebih lagi ibumu. Kalau tidak masakan syurga diletakkan dibawah telapak kakinya. Masakan Allah mengatakan redha Dia di atas redha mereka. Pastinya ianya bukan sekadar membabi buta melainkan hati mereka benar-benar mulia, benar-benar ikhlas membesarkan kau”. Ucap Izam.

“Benar Hamdan. Macam mana ayah nak maafkan anak ayah kalau anak ayah tak pernah buat silap. Apa yang kami korbankan untukmu bukan semata-mata melihat kamu berjaya tetapi cukuplah jadi anak yang baik. …”. Hamdan tersentak.

Ayahnya dan ahli keluarganya yang lain muncul tiba-tiba dari depan. Namun kata-kata ayahnya lebih mengejutkan dirinya. Air matanya jatuh lebih laju.

“Peperiksaan atau apa jua bentuk ujian sudah tentu boleh diulang tapi anak ayah ini sudah pasti tidak ada galang gantinya. Ayah tak nak hidup anak ayah tak tenang kerana semata-semata ingin memenuhi hajat ayah. Berjuang kembali anakku dan untuk itu ayah dan ibumu akan sentiasa di sisimu. Dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila pun Hamdan adalah anak kami”. Ayah Hamdan mengelap air mata di muka putih Hamdan dengan tangannya yang penuh kedut.

Hamdan bingkas berlari mendakap erat tubuh ayahnya lalu memeluk ibunya pula yang sudah bergenang air mata.

Izam yang menyaksikan aksi itu berdiri dengan sebuah senyuman tergharu dan bangga, mengucap syukur dalam hati dengan kebesaran yang maha Esa.

Betapa aturan Allah itu sangat cantik. Apa sahaja yang dilakukan tanpa usaha pasti takkan berhasil. Berkali gagal dan berjaya lebih manis kerana di baliknya ada sebuah usaha gigih yang bukan semua mampu milikinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience