Rate

BAB 1

Drama Completed 550

“Daerah pedalaman? Mengapakah aku sampai ke sini?” Cikgu Adilla anak jati Kuala Lumpur terus memerhatikan air sungai yang mengalir di tebing Kampung Kuala Kenering.

“Daerah pedalaman? Mengapakah aku sampai ke sini?” Cikgu Adilla anak jati Kuala Lumpur terus memerhatikan air sungai yang mengalir di tebing Kampung Kuala Kenering.

Sana sini kelihatan perahu dan rakit. Di sebelah kanan pula ada aktiviti menjemur ikan. Ada pondok kecil dibina di tebing sungai.

Telatah beberapa orang anak muridnya sedang berbogel mandi sungai menarik perhatian. Ternampak kelibat Hafizi, Sharul, Anuar, Khalil dan beberapa yang lain sedang melakukan aksi terjunan. Gembira bagai itik mendapat air.

Rupa-rupanya perangai Cikgu Adilla telah menarik perhatian seorang jejaka. Anak jati itu tahu akan kehadiran guru baru di kampung terpencil itu.

“Namaku Qaree . Anak jati di kampung ini. Kerjaku mencari hasil sungai dan memanjat petai. Bila ada masa terluang pergi memikat burung ketitir.” Abqaree memulakan ucapan sambil menghulurkan sebuah senyuman.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5?}

Cikgu Adilla melihatnya sedikit terkejut. Dia memandang dari atas ke bawah. Terasa jelek dengan pakaian yang comot. Apatah lagi bau hanyir ikan dapat dihidu.

“Saya Qaree . Boleh kita kenal?” ulang Abqaree sekali lagi sambil memegang raga ikan di tangannya.

“Saya Adilla . Cikgu baru lapor diri di Sekolah Kebangsaan Kenering.” jawab Cikgu Adilla ringkas lalu teragak-agak menghulurkan tangan ingin bersalam.

“Tidak. Tidak perlu bersalam. Tangan saya bekas ikan. Lagipun tak elok kita bersalaman kerana kita bukan muhrim.” Jawab Abqaree merendah diri.

Cikgu Adilla tersentap. Dalam hati berdetik. “Mungkin dia tahu aku orang KL. Anak orang berada. Tidak biasa dengan suasana kampung.”

“Cikgu kenal anak saya Firass ? Tahun 1 Ibnu Khaldun.”

Berdesup telinga Cikgu Adilla apabila nama Firass dipetik. Bayang-bayang kenakalan masuk dalam kotak fikiran. Ponteng kelas, ingkar arahan guru, berada di kantin bukan waktu rehat, biadap dengan guru, tidak menghormati lagu Negaraku. Ruang perjalanan hidup Firass berliku.

“Hahaha. Banyak kesalahan anak saya kan, cikgu?” Luah Abqaree sambil mengangkat pukat-pukat. Dia kemudian berlalu dari situ.

“Ah, inikah ayah Firass ? Nampak sama saja perangai. Bapa borek anak rintik!” Cikgu Adilla membebel seorang diri sambil melihat Abqaree berlalu.

Selaku guru kelas memang Cikgu Adilla amat geram dengan kenakalan Firass . Anak pedalaman sangat. Buas mengalahkan kera di hutan. Sehinggakan Cikgu Adilla merasakan sejak mengenali Firass laluannya sarat dengan kerikil tajam dan batu-batu.

“Aku takkan lupa. Firass baling aku dengan kasut.” Sejenak ingatan terpalit. Cikgu Adilla menjalar kebencian.

Sesekali menangkap gambar pemandangan air sungai yang jernih. “Ayahnya pun tidak memiliki pendidikan yang tinggi. Patutlah Firass jadi begini.”

Kisah pertemuan Cikgu Adilla dan Abqaree langsung dilupakan. Hari ini di sekolah tetap darahnya mendidih. Dalam setiap detik yang dilalui. Penantian, pertanyaan dan perjalanan. Ada gusar tatkala bersendirian. Semuanya tentang Firass .

“Cikgu, Firass kencing dalam longkang!” Mazira menjerit dengan kuat memberitahu.

Di tepinya Rohayati dan Dalila tersipu-sipu malu. Mungkin tidak pernah tengok lagi Firass kencing dalam longkang sesuka hati.

“Apa nak jadi dengan kamu, Firass . Faiz, heret si kencing merata ni ke tandas sekarang juga!” Arah Cikgu Adilla sambil menghempas buku latihan di atas meja. Terduduk sendiri.

Darah Cikgu Adilla mula mendidih. Pagi-pagi lagi Firass sudah menguji kesabaran. Kisah hari-hari sebelum ini masih lagi belum hilang, kini timbul pula kisah baru. Memang, seribu jejak berliku.

Seharian itu jugalah nama Firass menjadi sebutan guru-guru. Rata-rata bercerita tentang Firass yang sering membuat kesalahan. Bahkan kesalahan berlanjutan. Bagai tiada noktahnya.

Balik sekolah, petang itu juga Cikgu Adilla menuju ke tepi sungai seperti biasa. Kali ini dia berada di bawah rimbunan pokok buluh.

“Cikgu, mari mandi!” Firass memanggil mengejutkan lamunan.

Cikgu Adilla geram. Terus memalingkan muka kearah lain. Membentuk arca kejatian peribadi sendiri.

“Mari mandi cikgu!” Firass memanggil sekali lagi. Kali ini hanya berseluar dalam.

Cikgu Adilla memalingkan ke arah lain sekali lagi. Kalau boleh tidak mahu mendengar suara itu. Menyakitkan telinga membelah dada.

“Saya tahu, anak saya buat hal lagi.”

Cikgu Adilla menoleh apabila tetiba muncul Abqaree di sebelah. Geram dua kali muncul. Ingin jauh dari wajah anak, kini muncul pula wajah ayah. Merimaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience