Rate

BAB 3

Drama Completed 552

“Tahun lepas, arwah isteri Abqaree iaitu Liyana meninggal di sungai ini.”

“Ya Allah.” Cikgu Adilla terkejut. Memang dia tahu Firass anak yatim. Abqaree duda berserabai.” Entah mengapa tiba-tiba Cikgu Adilla seperti menagih meminta simpati.

“Mati kerana terjun dalam sungai ketika menyelamatkan Firass yang terkapai-kapai lemas.”

“Ya Allah, muridku.” Cikgu Adilla memandang ke arah Firass sekali lagi.

“Sejak itulah Abqaree menjaga Firass seorang diri. Bagai menatang minyak yang penuh. Bahkan setiap kali Firass melakukan kesalahan setiap kali itulah Abqaree akan mengatakan itu bukan kesalahan.”

Cikgu Adilla akui kata-kata itu. Terlampau memanjakan anak. Fikirnya.

“Hidup Qaree sangat tertekan. Namun, kata-kata orang kampung yang bercerita tentang dia dan anak langsung tidak dihiraukan. Kata FiQaree , suatu masa nanti dia dan Firass akan berubah. Sama-sama berdoa kepada Allah. Sejak itulah, Abqaree menjadikan masjid sebagai rumah kedua. Mendekatkan diri kepada Allah.”

“Ya, Allah. Rupa-rupanya lelaki itu sedang mencari tugu bahagia. Mencari Ilahi. Mengumpul hati yang patah. Sedangkan aku menuduh dan menyakitkan hatinya membabi buta. Menuduh seorang ayah tidak mampu mengajar anak.” Hati Cikgu Adilla meronta tersekat di tengah kesibukan dan serabut perasaan.

“Kematian ianya pasti berlaku kepada setiap makhluk yang bernyawa. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang mafhumnya, “Cukuplah kematian itu merupakan suatu peringatan buat kamu”.

Imam Zakaria berkata sebelum berlalu dari situ di saat Cikgu Adilla masih lagi terpinga-pinga memikirkan lelaki itu.

Pandangan mata Cikgu Adilla ke arah serawan pukat di hujung dahan. Tahu, milik Abqaree yang sering mencari ikan sebagai sumber rezeki. Bergantung hidup kepada hasil sungai. Menjual untuk mendapatkan wang. Untuk membesarkan Firass . Melunaskan impinya walau sekadar tersadai di pinggir bening kering dijamah mentari.

Pandangan Cikgu Adilla beralih pula ke arah seekor burung raja udang sedang melayah menangkap seekor ikan.

“FiQaree , aku akui kata-katamu tentang sebuah ungkapan ‘bukan sebuah kesalahan’. Bukan kesalahan Firass menjadi nakal. Bukan kesalahan Firass berubah menjadi baik. Dan bukan kesalahan aku kerana masih menanti kehadiranmu di sini.”

Cikgu Adilla melepaskan keluhan berat yang sukar dimengertikan. Entah apa yang bersarang di dalam fikirannya. Memimpi kudratnya hanyut menunggang arus.

“Cikgu, balik dulu.” Firass muncul mengejutkan lamunan. Menggigil-gigil kesejukan.

“Kami balik dulu cikgu. Jangan termenung lama-lama di sungai. Nanti airnya menjadi keruh.” Shahir rakan baik Firass bergurau lalu tergelak besar.

“Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan. Kenapa aku begitu kejam. Manusiakah aku? Di manakah harga diriku? Apa dah jadi dengan keegoanku selama ini? Aku memarahi anak muridku sendiri tanpa mengetahui usul periksa. Tanpa menyiasat ke akar umbi punca dia menjadi seorang yang sangat nakal dan sukar dikawal.” Adilla berbisik. Terbelenggu di penjara hati mencari jalan keluar.

“Sebagaimana manusia yang dikurniakan akal fikiran seharusnya kita perlu hormat perasaan orang lain walau di mana saja berada. Aku hanya nampak sisi gelap dalam hidup Firass . Berdosanya aku buruk sangka kepada anak murid sendiri. Maafkan aku FiQaree .”

“Saya tak mahu Firass mengikut jejak.” Abqaree bersuara.

Cikgu Adilla menoleh. Dipandangnya Abqaree di dalam jubah. Wajahnya cerah. Misai dan janggutnya telah dicukur rapi. Terserlah kekacakan yang disembunyi selama ini.

“Mengikut jejak saya menjadi anak kampung yang mencari hasil hutan. Sekurang-kurangnya saya mahu Firass berjaya. Untuk berjaya memerlukan seorang guru. Untuk mendapat ilmu hormatilah guru. Itulah kata-kata saya yang membuatkan Firass mampu berubah.” Luah Abqaree bagai mengayam harapan di pinggir kecewa. Sangat dalam dan luhur bunyinya.

“Setiap hari saya berdoa agar anak berubah. Menjadi anak yang soleh. Menjadi anak yang baik. Sebaik Cikgu Adilla .” Abqaree meluah sekali lagi bersama pautan rapuh kata pada dahanan. Puput perasaannya jatuh ke sarang kelam.

“Saya guru kelasnya. Saya dah melakukan yang terbaik.”

“Saya tahu. Sebagai seorang cikgu, sikap sabar itu sangat penting dan menjadi perisai. Cikgu dipuji dan diberi ujian. Namun sikap sabar itu mengatasi segala-galanya. Budi bahasa guru adalah lantunan jiwa. Itulah guru sejati. Mampu melahirkan murid-murid mempunyai masa depan.”

“Seperti kata-kata awak, Firass tidak melakukan kesalahan besar apatah lagi dia yang baru berusia tujuh tahun yang memerlukan orang dewasa mengubahnya. Hatinya kusut jiwanya meronta. Dunianya menjadi asing. Di rumah lumut dan kerikil. Di laman lumpur dan tunggul using.” Buat pertama kali Cikgu Adilla akui kata-kata duda itu.

“Betul. Setiap kali melakukan kesalahan saya menganggapnya itu bukan kesalahan besar. Tetapi kesalahan besar dalam hidup saya kerana tidak menjaga isteri saya sebaik mungkin semasa dia ada. Setelah dia tidak ada, menangis air mata darah sekali pun tidak berguna lagi.”

“Sabarlah atas ujian menimpa.” Cikgu Adilla menghulur simpati.

“Saya juga mengatakan Cikgu Adilla mampu menggantikan tempat arwah. Sebab itulah Firass berubah.”

Cikgu Adilla menjalar debar. Lidah kelu tanpa bicara.

“Bukan sebuah kesalahan kan kata-kata saya?”

Cikgu Adilla rasa lututnya longgar. Langit seakan runtuh dimamah soalan.

Abqaree semakin berani menduga. “Bukan sebuah kesalahan jika saya katakan menyukai cikgu yang mendidik anak saya?”

Memang. Memang soalan ini sangat-sangat berat untuk dijawab. Di saat Cikgu Adilla dalam keserabutan perasaan kini telinga diterjah soalan yang pasti sukar memberi jawapan.

“Muridku sendiri mengajarku erti hidup yang bermakna. Memberi pengajaran paling bermakna dan berkekalan. Bukan sebuah kesalahan jika aku seorang guru memberi jawapan atas soalan itu? Firass , kejutan apakah ini? Soalan itu membuatkan jantungku berhenti berdenyut. Darah berhenti mengalir. Muridku, membuatkan aku sendiri sukar mencari jawapan pada soalan ini.” Cikgu Adilla berkata-kata meragut sedar. Bersama awan berarak merangkak pulang mencari jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience