Rate

BAB 2

Drama Completed 550

“Dan, di sinilah juga satu-satu tempat yang membuatkan aku rasa begitu indah. Aku suka melihat sungai pasang dan surut. Aku suka melihat batu-batu, pasir, pokok kecil, dan burung-burung. Aku juga melihat tambatan perahu bergerak ditolak air. Sungai adalah sebuah kehidupan yang mendamaikan.”

“Encik Qaree , dua hari lepas Firass baling saya dengan kasut sebab menegur kesalahan mematahkan penyapu. Nasib baik tidak terkena muka.” Cikgu Adilla membalas. Dalam masa yang sama tidak mahu mendengar bapa kepada anak muridnya berkata-kata tentang alam dan keindahan.

“Bukan salah dia. Bukan kesalahan besar.”

“Apa? Bukan salah Firass ?” Cikgu Adilla geram. Terus memalingkan muka ke arah lain. Memanglah dunia keguruan hari ini. Guru menegur kesalahan murid tetapi ibu bapa yang membela anak sendiri. Bahkan salahlah cikgu. Contoh ada di depan mata. Bencinya begini!

“Cantik sungguh pemandangan di sana. Kampung ini terselit juga keindahannya. Ingatkan satu kawasan yang hanya berurusan dengan ikan semata-mata tetapi ada juga hidupan yang menumpang menikmati keindahan alam.”

Cikgu Adilla mengeluarkan telefon. Beberapa keping gambar terus ditangkap. Fikirnya, Firass dan ayahnya memang bermasalah. Hidup sentiasa merentasi jeram berduri onak.

“Puputan angin, bunyi air, waktu senja dan sebagainya semua diabadikan. Itulah yang disukainya. Sungai betul-betul membuka pengertian yang begitu luas tentang kehidupan. Keindahan alam membuatkan aku betul-betul menghargai akan kurniaan Tuhan.”

Cikgu Adilla memekakkan telinga. Biarlah Abqaree gila berkata-kata.

“Cikgu, mari mandi!” suara Firass memanggil-manggil lagi.

Cikgu Adilla tidak menghiraukan. Semua merimaskan. Sudahlah di sekolah bermasalah. Di kampung pula mengganggu perasaan. Menyakitkan mata. Anak dan ayah sama saja.

“Aku, bagaikan kerasnya batu karang di laut, akhirnya goyah di gerak ombak. Teguhnya tebing di pantai tetap berubah jua dihempas ombak.”

“Bapa gila ini sedang bersasterakah?” Tetiba Cikgu Adilla menyumpah sendirian. Dia melangkahkah kaki menjauhkan diri sekali lagi.

“Jika kau laut, akulah pantainya. Jika kau angin, akulah ombaknya. Dan jika kau senja, akulah malam yang menunggunya. Lumrah kehidupan, sudah pasti ada kedukaan. Sesetia pantai pada ombak, tetap ada pasang dan surut.”

Cikgu Adilla memejamkan mata. Hembusan angin petang itu sedikitpun tidak menyejukkan hati. Lelaki berserabai ini tetap mengganggu pandangan. Dia terus ditindih bimbang.

Cikgu Adilla cuba berlalu dari situ. Ingin jauh daripada sesiapa yang ada di tebing sungai itu. Ternyata kali ini kedamaian yang dicari kesakitan yang bertandang. Kenapa Abqaree dan anaknya sering mengganggu hidupnya.

Keesokan di sekolah Cikgu Adilla meluah rasa lagi. Kali ini beberapa orang cikgu di bilik guru memperkatakan tentang pertemuan antara Cikgu Adilla dan bapa Firass . Bahkan setiap kali pertemuan itu sering Abqaree bercerita apa sahaja. Mulutnya tidak berhenti bercakap biarpun tahu Cikgu Adilla rasa terganggu.

“Cikgu tahu tak, Firass sudah banyak berubah.” Ustazah Zaniroh mencelah dengan muka yang berseri-seri suatu hari.

“Hahaha. Sekelip mata murid buat itu menjadi baik?”

“Ya, kalau cikgu tak percaya boleh masuk ke kelas. Lihat apa yang berlaku. Budak itu jauh berubah. Saya pun terkejut. Hero kelas dah tak ada telor.” Cikgu Ikhwan yang bermulut lancang itu berkata sambil tergelak besar.

Cikgu Adilla menuju ke kelas. Sebaik sahaja masuk ke kelas, memang betul pada sangkaan. Firass sangat berdisiplin. Bahkan dia menunjukkan minat tentang pelajaran. Dan sepanjang hari itu juga langsung tidak mengacau kawan-kawan. Firass bagaikan murid baharu yang baru masuk ke sekolah.

“Bukan sebuah kesalahan.”

Tetiba Cikgu Adilla teringatkan kata-kata FiQaree . Bahkan setiap kali pertemuan dan setiap kali Cikgu Adilla meluahkan kegeraman kepada Firass tetap Abqaree menyebelahi anaknya.

Cikgu Adilla akan mencari sebuah jawapan. Bahkan dia akan bertanya sendiri kepada Abqaree akan perubahan yang berlaku ke atas diri Firass .

Setiap hari di sekolah, Firass menunjukkan sikap yang terpuji. Semua guru-guru yang mengeluh setiap kali masuk ke kelas kini boleh berlapang dada. Membawa cerita tentang kesopanan dan kesusilaan Firass di kelas.

Petang itu, Cikgu Adilla menunggu di bawah rimbunan pokok buluh di tepi sungai. Sesambil melihat kearah murid-murid yang sedang mandi sungai sesambil itu juga dia mencari-cari kelibat FiQaree . Namun, lelaki kampung itu tidak ada. Langit suram umpama abu.

“Ke mana dia pergi? Biasanya kalau aku ada mesti dia muncul. Atau dia dah tahu aku sangat bencikan dia dan anaknya.” Cikgu Adilla mula bermain dengan teka-teki.

Berharap benar Abqaree akan muncul bercerita seperti sediakala. Namun, beberapa hari ini kelibat itu tidak juga muncul. Hari kemudian berganti minggu. Perasaan Cikgu Adilla mula menjalar pelik. Dunia masih menghantui.

“Cikgu cari bapa Firass ke?” Imam Zakaria muncul menegur.

“Oh, tidak. Saya tengok murid-murid mandi sungai.” Cikgu Adilla cuba berbohong kepada Imam Masjid Kampung Kuala Kenering. Terus memandang muridnya yang sedang mandi dengan gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience