Rate

BAB 4

Drama Series 2021

Suasana di Terminal Bas Bersepadu (TBS) agak sunyi. Mungkin kerana hari ini adalah hari bekerja.

Adam masih setia menunggu Qisya di tempat duduk berhampiran kedai serbaneka tersebut. Kalau duduk jauh karang, tak nampak pulak bakal bini aku yang katik tu. Nasib baik harini kelasnya bermula selepas waktu makan tengah hari. Kalau tidak, mesti dikira ponteng. Qisya Qisya ini semua demi kau tau. Kalau kau marah aku lagi, tak tahu la nak cakap apa.
Agak seram sebenarnya bila Qisya yang hyper active tiba tiba berubah menjadi passive-aggressivee.

Selang beberapa ketika, wajah pujaan hatinya kini keluar daripada pintu balai ketibaan dan terus menuju ke arahnya.

"Hai, Sya." sapa Adam. Ketat teruk muka minah ni.

Qisya hanya membatukan diri. Adam segera mencapai beg roda Qisya tanpa menunggu sebarang respon.

"How was your trip?" sambung Adam sekadar ingin memecah sunyi.

"Boleh tak kita balik kolej sekarang? Sambung ja soalan kau tu nanti. Aku takda masa," balas Sya sambil berlalu pergi.

Adam cuma mengiakan. Dia tahu amarah tunangnya itu masih belum reda. Marah betul tunang aku ini!

Sepanjang perjalanan pulang ke kolej hanya lagu dan suasa DJ radio yang memecah kesunyian.
Masing - masing membatukan diri tanpa sebarang perkataan terucap. Gila nak bercakap. Kang hilang kepala aku karang. Qisya ini pun satu, still tak boleh terima kenyataan ke apa? Kenapa complicated kan benda yang simple?

"Sya, aku nak tanya boleh?"

Qisya diam, merenung ke jalan. Dah macam dia pula yang memandu kereta.

"Okay, cincin tunang, kenapa tak pakai erk?"

Qisya masih fokus dengan jalan yang lengang. Dia palau aku? Aduh, lebih dah minah ni. Ke dah bisu?

"Sya, aku tengah cakap dengan kau ni, could you give me a response. Dah macam cakap dengan stereng dah aku ni," sambung Adam. Sungguh dia tidak puas hati.

"Hantar aku pergi equine boleh? Aku nak jumpa Putra," balas Qisya. Langsung tak menjawab soalan minah ni. Bikin panas betul la. Balik - balik Putra juga kau cari. Aku ini tunang kau, tahu?

"Hmmm, iyalah. Pastu beg baju kau ni? Macam mana?" sambung Adam hanya untuk memanjangkan perbualan.

Qisya masih sama. Membatukan diri memandang jalan dan mulut bak penuh belian. Diam membisu. Ha, iyalah tak payah la bercakap. Aku memang nak berbinikan orang bisu pun!

Setibanya mereka di Unit Equin Qisya terus membuka pintu ditempat duduknya dan dengan pantasnya dia keluar. Malas nak hadap muka mamat kayu ini.
Lagi menyakitkan hati ada lah. Pintu dibahagian belakang juga dibuka untuk menurunkan beg pakaikan miliknya. Aku lagi rela, beg ini, masuk kadang kuda daripada biarkan dalam kereta kau ni. Jijik!

"Amboi, laju nampak! Thank you mana, thank you? Keluar macam tu je," balas Adam selepas melihat Qisya yang tengah gigih melarikan diri darinya. Marah pun agak - agak la.

**********

Hafiz masih mengurung diri di perpustakaan. Minggu depan adalah minggu peperiksaan. Tidak mungkin dia membazirkan walaupun sesaat masa yang ada.

Mesej yang diterima sedikit sebanyak menganggu kosentrasi. Unknown message lagi. Siapa doh yang gigih sangat mesej aku ni. Sakit otak ke apa?

Mesej tersebut memberitahu bahawa dia juga ada diperpustakaan. Pelikkan, entah siapa - siapa, WhatsApp kau dan memberitahu yang dia pun di situ. Motif?

Elina ni pun 1 hal, lambat betul la. Konon nak minta aku ajarkan lah apa lah! Ini batang hidung pun tak nampak. Mesti tidur lagi ini. Mentang - mentang kelas pukul 2. Gadis berbangsa Dusun berasal dari Sabah itu agak rapat dengannya. Mungkin kerana mereka sentiasa berada dalam 1 kumpulan tugasan yang sama bagi setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Telefon pintarnya tiba tiba menyala menandakan ada lagi mesej yang masuk. Aku syak ini orang yang sama macam haritu lah. Mesej yang bukan - bukan. Nombor Elina dicari dan butang panggilan ditekan dengan penuh cemas.

"Kau dekat mana? Jumpa aku dekat cafe,"

Ringkas dan padat. Malaslah aku duduk sini. Entah siapa yang stalk aku sampai ke sini. Junior ke erk? Mana dia dapat nombor aku ni. Gigih lah, nombor lama kena blok dia tukar nombor lain pula.

Dengan sepantas kilat dia mengemas semua barang miliknya dan berlalu keluar daripada situ. Seram siot, saya suka tengok awak la apa la. Eww, jijik. Terdesak ke apa?

lot of love -iris-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience