Rate

Bab 1

Drama Series 2021

"Sya, jom kahwin!"

Tidak tahu kenapa itu perkataan daripada mulutnya. Namun, Adam Haikal sangat berharap 'ya' sebagai jawapan.

"kau gila ke apa ni Adam! Jangan buat hal boleh tak. Tiba tiba ajak aku kahwin dah kenapa? Terdesak?" balas Qisya Qistina.

Persahabatan yang telah hampir mencecah 3 tahun terbina oleh kerana mereka merupakan rakan sekelas, menuntut kursus yang sama di universiti yang sama.

Oleh kerana sifat seberono Qisya, Adam Haikal senang berkawan dengannya. Adam seorang yang pendiam, sukakan ketenangan menjadi kacau bilau apabila bertemu Qisya Qistina seorang gadis berasal daripada selatan tanah air yang memiliki perwatakan kasar dan sangat banyak cakap.

"tak la gila. Kalau aku terdesak sekali pun aku tetap nak suruh kau kahwin dengan aku. Lelaki mana je wey sanggup terima kau dengan perangai kau macam jantan tak siap ni". Bidas Adam kerana mahu menutup malu.

"ya ya ja kau, kan! Aku tak ingin la kahwin dengan kau! Pondan!"

Tersenyum Adam dibuatnya. 'Pondan' perkataan yang sering diungkap oleh Qisya buat dirinya apabila dia sedang malu.

"Dah diam. Kau tak payah banyak bunyi. Jom ikut aku jumpa mak aku"

Ternganga Qisya dibuatnya. Sumpah si Adam ni sudah hilang akal!

"Wey kau jangan buat hal la Dam! Kita baru sem 6 tau! Lagi 2 tahun baru grad. Kau kemaruk nak kahwin sangat apahal? Dah la nak suruh aku jadi mak sanggup. Mak tak sanggup ok!" marah Qisya. Sumpah aku nak ketuk je kepala kau ni Adam.

"Kalau lagi 2 tahun, kau nak kahwin dengan aku, tak? Aku serius ni, dah la malas la nak gaduh. Ikut je plan aku. Kau ni degil la Sya,"

"Degil tak degil erk. Kau nak kahwin, kau kahwin sana sorang - sorang! Jangan nak kaitkan aku!"

Adam buntu. Tetapi apa yang dia tahu Qisya ialah perempuan yang paling layak untuknya.Tangan Qisya ditarik dan dipaksa masuk ke dalam perut kereta.

"Adam kau gila ke apa? Sakit la! Kau nak bawak aku pergi mana?"

"Balik rumah mak aku. Kau diam kejap boleh tak? Nanti sampai kita bincang,"

Qisya diam. Tidak pernah dia lihat Adam seperti ini. Gila punya Adam! Takut aku dibuatnya.

*********************

"Kamu serius la Adam" tanya Puan Maisarah kepada anak teruna sulungnya.

Adam mengangguk. Qisya terkedu. Apa niat sebenarnya Qisya sendiri tidak tahu.

"kalau macam tu, Qisya bagi makcik nombor telefon parents kamu. Makcik nak call bincangkan hal kamu berdua," sambungnya lagi.

Qisya mengikut. Otaknya masih belum dapat berfikir dengan waras tentang apa yang sedang berlaku.

Setelah membuat panggilan telefon, Puan Maisarah tersenyum.
Pehal pulak Makcik Mai ni. Senyum senyun pula. Seram sejuk Qisya dibuatnya.

"Mak Qisya setuju. Hujung minggu ni makcik dengan pakcik akan pergi JB. Bincang hal kamu berdua. Qisya nak ikut kami balik JB, tak?" tanya Puan Maisarah dengan senyuman.

"takpa la Acik Mai. Sebab hujung minggu ni Qisya ada program. Tak dapat nak balik lagi," jelas Qisya

Puan Maisarah tunduk tanda mengerti.
Adam tersenyum puas apabila hajatnya makin dalam gengaman. Niat sebenar biar dia sahaja yang tahu buat masa kini.

lot of love -iris-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience