Rate

Bab 2

Drama Series 2021

Sunggguh Qisya tidak percaya apa yang didengar. Apa yang difikir sangat berbeza dengan apa yang diterima olehnya. Adam memang nekad. Tetapi kenapa jadikan dia sebagai mangsa. Adam kejam. Bukan kah mereka telah berjanji tidak akan menyakitkan hati antara satu sama lain. Apa yang berlaku sangat menikam jiwanya.

'Macam mana aku nak hidup dengan title isteri. Gila punya Adam. Dah la kawan sekelas, kawan baik aku pula tu! Being my husband! Gila ke apa! Ada diorang ni kata nanti, aku ni terlanjur ke,'

Rasa macam nak tampar sahaja muka Adam. Sumpah dia geram. Hampir 2 minggu, kejadian gila itu berlaku tetap tergiang di fikirannya.

"Qisya, nanti hujung minggu ni balik ya? Kamu pun tahu kenapa kan? Majlisnya hari sabtu ni tau! Jangan cakap tak boleh pulak. Sebab Adam cakap kamu free time tu,"

Tergiang - giang suara mama yang baru sahaja menelefonnya sebentar tadi. Adam Adam Adam! Semuanya salah Adam! Kalau dia tak meninmbulkan masalah. Semua ini tidak akan terjadi!

Tiba tiba telefon pintar miliknya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yg masuk.

Adam??

'Sya, aku nak jumpa kau kat cafe kejap, boleh? Urgent'

"Bagus. Aku memang nak pukul kau sekarang ni. Urgent juga ni,"bebel Qisya dengan penuh amarah.

*****************************

Adam kaku. Hilang semua perkataan yang disusun oleh nya sebentar tadi. Muka kusut milik Qisya membuatnya hilang punca.

'Sya, sorry! I need to do this,'

Qisya masih di tempat duduk yang sama. Langsung tidak berganjak mahupun berkata apa apa. Panas hati. Biar Adam yang jelaskan semua. Ini berpunca daripada dia.

"Qisya, kau marah aku ke?" akhirnya. Pandai pun si Adam ni bercakap. Ingatkan bisu.

"Sya, I need to do this. We need to do this! Qisya, kau jangan diam macam ni je! Tolong la jangan buat aku rasa bersalah wey," sambung Adam. Qisya senyum sinis.

"We? What kind of games you trying to play right now, Adam? Kau ingat ni board games ke apa? Catur? Kau tengah try nak checkmate kan aku ke apa? Kau ingat lawak ke? Adam, kalau dulu ya kau kawan aku. But now, you are the one yang aku paling benci! Kau faham tak? Aku benci kau Adam! Aku benci kau. Titik!"

Qisya bangun daripada tempat duduknya dan berlalu pergi. Adam terkedu. Wey aku ingat dalam drama melayu ja ada benda macam ni.

"Qisya! Kau sabar boleh tak?" Adam beradu langkah. Qisya yang melangkah laju tiba terhenti.

"kau nak apa? Tolong la wey, aku penat! Tolong la faham aku. Aku tak ada masa lah nak main game bodoh kau ni,". Akhirnya Qisya Qistina binti Hj. Zaid menyerah kalah. Nasib baik suasana di cafe agak sunyi, kalau tidak terpaksalah penghuni Kolej menonton drama ala pukul 7 dia ini.

Adam terdiam. Memang dia dan Qisya telah berkawan lama. Tetapi tidak pernah sekali pun seumur hidupnya dia melihat Qisya marah sehingga menitiskan air mata.

"Sya, aku minta maaf. Aku tahu aku salah. But, please sya. Let me be part of your life. Aku sendiri pun tak tahu apa masalah aku. But, aku tahu we can do this, together,"

"Adam kau ingat kahwin ni macam main masak masak ke? Wey, kita muda lagi la! Aku nak kejar cita - cita aku. Kau pun tahu itu! And one more thing, kau rasa lawak tak kalau classmates kita tahu pasal benda ni? Kau memang nak gelapkan hidup aku ke? Aku tak sangka Adam perangai kau macam ni. Keji gila perangai kau. Tolong la, aku tak berminat dengan game bangang kau ni. Tak lawak la Adam," Qisya membalas dengan nada yang perlahan tetapi tegas. Tak guna kalau dia terpekit sana sini. Dia bukan perempuan yang lemah atau mudah dijatuhkan.

Adam terkedu. Ingin sahaja dia lap air mata itu.

'Sya, aku janji dengan kau. Aku tak akan buat kau nangis lagi. Aku janji, aku akan jaga kau sepenuh hati aku. Aku tak boleh nak beritahu kau sebab kenapa aku buat semua ni! Tapi sya, aku janji!'

Adam bermain dengan emosi sendiri. Qisya pula melayan perasaan bagai tiada penghujung yang menanti. Kalau ikutkan hatinya, mungkin sekarang Adam dalam perjalanan menuju ke wad kecemasan akibat dipukul olehnya. Namun itu cuma bermain di benak fikiran. Mampukah sebuah persahabatan yang dibina bertukar menjadi sebuah cinta? Tiada siapa yang tahu.

******

"Tadi, kau ada perasan ka apa yang aku perasan?" kata Elina sekadar memecah sunyi.

"Kau perasan apa?" balas Hafiz, yang masih tekun dengan buku anatomi miliknya.

"Aku tidak pernah tu, tengok si Sya dengan Adam bergaduh. Selalu kalau dalam kelas kan, bising saja Sya tu. Hari dia diam. Pelik kan? Adam pun nampak macam serabut ja," sambung Elina.

Hafiz hanya mengangkat muka tanda dia mendengar. Sungguh dia tidak tahu akan apa yang berlaku. Adam rakan sebiliknya. Benar, Adam nampak seperti kucing hilang anak tetapi tidak mungkin itu berpunca daripada Qisya.

Qisya dan Adam mulai rapat sedari semester pertama. Mungkin kerana minat mereka sama iaitu menunggang kuda. Namun, rapat mereka tidaklah sampai terbawa ke dalam kelas dan sehingga mengangu fokus belajar. Rapat mereka tak ubah seperti kawan baik dan kawan sepasukan.

"Engkau tidak perasan benda - benda pelik ka dekat Adam?" sambung Elina. Dia bukanya nak mengorek rahsia. Tetapi dia perlu tahu. Adam tu kan, buat hot fakulti. Konon!

Hafiz hanya tersenyum.

"Gigih lah kau ni Lin. Apa kata, kau pergi tanya member baik kau tu, Si Sya. Kot kot lah apa yang kau nak itu tercapai,"

"Takkan lah aku, tanya Qisya. Dia pun balik balik bila ditanya, pergi Equine ja. Balik bilik, pakai earphones, kau rasa? Itu yang aku tanya engkau, diorang gaduh ka?"

"Jujur Lin aku cakap aku tak tahu. Lagipun Adam tu, bukan jenis banyak cakap. Susah nak detect,"

Elina diam. Betul kata Hafiz, Adam bukan lah seperti kawan baiknya yang bising sentiasa. Aku harap korang okay la, Sya. Risau juga aku tiba - tiba kau bisu.

lot of love -iris-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience