BAB 3

Romance Completed 10658

"Tidak!! mama tak kan setuju sampai bila-bila..dan kamu! Dayya kenapa nak payungkan si Zareef ini lebih-lebih?? mama ingat kamu akan bantah .. Ini tidak dengan kamu sekali setuju dengan rancangan kahwin Zareef ini kenapa!?" Kecewa Puan Epah dengan anak arwah kawan baik dia Puan masitah dan Encik Farhan, Puan Epah tahu Dayya suka kan Zareef lebih dari seorang kawan, tetapi kenapa Dayya bantu Zareef pula ? pening kepala memikirkan masalah dua orang anak kesayangan Puan Epah , Walaupun Dayya sudah kematian Ibu dan Ayah, Puan Epah tetap layan Dayya seperti dia melayan Zareef anak kandungnya, Dayya juga sudah biasa memanggilnya mama sejak Dayya berusia 12 tahun...sejak kehilangan kedua orang tuanya....

"Mama dengar dulu..hurmm, Zareef dah janji akan buat Ila berubah,jadi macam perempuan biasa, mama bagi lah keizinan pada Zareef ye" Tenang Dayya memujuk Puan Epah , bukan dia tidak tahu kenapa Puan Epah membantah cadangan gila Zareef ini...lain tak bukan sebab perangai gedik minah saiko itu si Ila yang membuat Puan Epah meluat dan tak berkenan. ini nak jadi menantu dia? tak layak langsung!

"Sudah!! mama kata sudah!! Dayya Nor!!"Tengking Puan Epah pada Dayya , Dia tidak tahan dengan semua ini, sebenarnya Puan Epah mahu Dayya yang jadi menantu dia bukan Ila si gedik itu!... "mama tetap dengan keputusan mama" Sambung Puan Epah , dan terus naik ke biliknya untuk beradu... pening kepalanya dengan budak dua orang ini....

"Puas hati kau?? puas??!! mama marah aku sebab kau!! Zareef kenapa kau pentingkan diri sangat ini?? mana BFF aku yang selalu dengar kata mama?? apa yg Ila itu dah asuh kepala otak kau??Apa!!??" Jerit Dayya pada Zareef ... Dia berlari masuk ke bilik dan menghempaskan pintu dengan kuat sekali sehingga Zareef terkejut dengan tindakan Dayya ..sahabat dari kecilnya..Dayya tak pernah marah sebegitu rupa dengannya walaupun Zareef selalu usik dan membuat Dayya marah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience