BAB 10

Romance Completed 10658

"Zareef tak perlu tahu, biar lah semuanya berlalu..."Dayya tidak sanggup memandang Zareef kerana jarak mereka terlalu dekat.. Dayya sekadar menundukkan kepala....

"Apa yang berlalu? kenapa Dayya seksa jiwa Dayya macam ini.kenapa tak berterus terang?"Arghh sekali lagi Zareef menyeksa Jiwa Dayya ....

"Zareef , semua itu benda lama, jangan lah ungkitkan kembali.."Air mata mula membasahi wajah ayu Dayya ...Zareef segera menyeka Air mata Dayya ..kerana enggan melihat wajah itu dihujani kesedihan yang sudah lama..

"Dayya Jangan nangis please, Zareef tak bermaksud nak buat Dayya menangis lagi.."Suara Zareef sungguh menenangkan hati Dayya , tangisan terhenti sebentar..."jadi betul lah Dayya cintakan Zareef selama ini? betul ke sayang?"Zareef genggam erat jari jemari Dayya dan mengucupnya dengan lembut...Dayya hanya merenung perbuatan Zareef ..dalam hatinya terasa bahagia..sepanjang berkahwinan ini kali pertama Zareef berbuat demikian....Dayya tersenyum...

"Dayya nak tahu tak?"sambung Zareef , dia sudah mula terima Dayya dalam hidup dan hatinya..Ila kekasih lama sudah lama terkubur..dan sekarang hatinya hanya perlu di isi oleh benih cinta Dayya ... dia sebenarnya merasa gembira bila Ain memberitahu perkara sebenar...maknanya Dayya pun sayangkan dia cuma dia sahaja yang belum menyintai Dayya sepenuhnya kerana keliru dengan ikatan sayang atas sahabat atau isteri...dan sekarang dia yakin..debaran yang selalu getar dalam hatinya saat Dayya senyum, bercakap, lirikan mata Dayya mengusik naluri lelakinya..mana mungkin dia boleh sebilik dengan wanita secantik Dayya tanpa rasa apa-apa..lagi -lagi Dayya sudah bergelar isterinya...

"Tahu apa?"jari jemari Dayya masih dalam genggaman Zareef ... Dayya selesa di lakukan sebegitu... walaupun malu tapi dia bahagia...

"Zareef sayangkan Dayya ....tipulah kalau tak ada secebis rasa sayang pada Dayya dalam hati Zareef ..Zareef dah mula rasa cinta ini semakin mekar sayang.."Zareef mengelus lembut pipi Dayya sambil senyum ...

"betul ke Zareef ? Dayya tak salah dengar kan?" Dayya seakan bermimpi..dia tak sangka Zareef ada perasaan sayang padanya.mungkin hanya sedikit rasa sayang tapi itu sudah memadai bagi hati yang suci seperti Dayya ....Zareef mengucup pipi dan dahi Dayya ...

"Sayang tak mimpi pun.. Muhammad Zareef Hasri Cintakan Nor Dayya Nor Isha.....sayang ,nak minta tolong boleh tak?" Zareef tersenyum nakal

"err...err.. tooolllloooonggg apaaaa??"bergetar nada suara Dayya ..yelah senyuman nakal Zareef membunuhnya..tidakk!!

"Jangan lah sampai gagap sayang.. Zareef nak Dayya panggil Zareef abang boleh tak?"Ketawa Zareef melihat reaksi Dayya yang seakan takut ..baginya itu sangat lah comel...

"hah? ohww ingatkan apa...okay ...Dayya panggil Zareef "abg" "Lega hati Dayya ,ingatkan apa rupanya itu yang diminta Zareef ..

"Kalau minta lain boleh tak??" sekali lagi Zareef tersenyum nakal.... dia suka usik Dayya .. dan lihat muka Dayya yang seakan Udang bakar..merah kerana menahan malu..haha

"Nak tolong apa tu bang?” tanya Dayya cuba membetulkan postur untuk kelihata tenang.

"Sentiasalah jadi bunga yang mekar, jadilah cinta hati abang sampai bila-bila.”

"ya Dayya akan sentiasa menjadi kekasih, suri hati abang here and till eternity,” jawab Dayya ikhlas.

Zareef memeluk erat isterinya erat seakan tak mahu dilepaskan. Dan Dayya membalas dakapan itu lebih erat dari suaminya hingga tak sedar mereka sudah saling berpelukan lenih 20 minit.

“Sayang dah lengih bahu abang peluk sayang ni, dahlah sayang ni ketot kemetot,” ujar Zareef berseloroh. Serta merta pelukan itu dilepaskan.

“Abang! Jahatnya abang! Tadi kata nak jaga selama-lamanya ini peluk tak sampai sejak dah merengek sakit!” rajuk Dayya.

“Yelah yelah, abang gurau jelah sayang, meh sini abanng peluk tak lepas sampai esok,”" pujuk Zareef sambil memeluk Isterinya kali ini lebih erat.....dia yakin Dayya adalah Jodoh dari Allah, terbaik dari langit.

Itulah jodoh, siapa sangka jodoh itu sebenarnya ada disebelah setia berdiri erat menanti hingga saat tepat untuk dibuka hijabnya dari Allah, memeberitahu kita bahawa dialah jodoh kita. Kredit haruss diberiikan pada mamanya kerana menjadi orang yang paling penting menyulam hati dua hati yang mulanya hanya kawan kini menjadi pasangan suami isteri. Anugerah demi anugerah depan mata, mustahil lagi untuk Zareef sia-siakan. Kini dia menatap wanita yang ada di sebelahnya, Dayya bukan lawan, dia kawan dan juga kekasihku, isteri pilihan Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience