BAB 8

Romance Completed 10658

Zareef dan Dayya telah berpindah ke rumah baru , Rumah yang dibeli oleh Puan Epah sebagai hadiah perkahwinan mereka, setelah puas memujuk Puan Epah membenarkan merka berpindah akhirnya berhasil juga.. ini semua kerana kerjasama yang diberikan oleh Zareef dan Dayya ... masing - masing bijak berlakon depan mama, berlakon sebagai pasangan pengantin baru yang bahagia ... kerana ini Puan Epah memberi keizinan pada Zareef dan Dayya ...

"Yang kau termenung itu dah kenapa pula Dayya? cepatlah masak aku lapar ini, tolong buatkan aku makanan. !"Hilang semua kata- kata sayang, awak dari mulut Zareef depan mama boleh lah dia berkata begitu tapi bila dah berdua dengan Dayya rasa janggal pula.

Zareef sebenarnya sudah memutuskan hubungan dengan Tyra kekasih hatinya..hatinya berat nak melepaskan namun dem untuk menjaga hati mamanya. Dia terpaksa melepaskan Tyra.

Semenjak ayah Zareef meninggal Puan Epah tempat Zareef meminta kasih. sayang.. Puan Epah lah mama dan bapa kepada Zareef. Jadi demi mama dia sanggup korbankan kebahagiaan sendiri.

"Yelah.nak masak lah nie" tak kuasa rasanya hati Dayya bertentang mata dengan Zareef ..boleh jatuh jantungnya tergolek -golek wajah kacak Zareef alahai dup dap dup dap dengan laju pula jantung Dayya ...mata hazel milik Zareef boleh mencairkan hati sesiapa yang memandangnya..."seloroh Dayya dalam hati"

"Kejap..kau nak masak apa?" Zareef menyentuh tangan Dayya ... Dayya tergamam seketika.

"Dah kenapa pegang tangan saya ni..cakap je lah nak pegang bagai dah kenapa!" marah Dayya pada Zareef.

"Pegang je kot, bukannya aku raba...lagi pun kalau ikut hukum aku berhak sentuh kau ikut suka hati aku.” Balas Zareef bengang.

"Ahh malas nak layan, saya siapkan makanan. Menu hari ni Daging masak lemak, sekarang boleh tolong lepaskan tangan saya?" Malas Dayya melayan Suaminya ini. Sukar untuk dia mengerti perangai Zareef. Ada masa bagai mahu bermesra dengannya ada masa nak tatap isterinya pun tak ingin.

"Bagus sayang, mesti sedapkan..." Zareef memberi satu ciuman di dahi Dayya dan terus berlalu ke bilik..

"Eh kau dah gila?! Apa cium aku ni" Jerit Dayya tak sangka Zareef akan berbuat demikian.Degupan jantung Dayya semakin laju berdegup, pipinya merah menahan malu.

Zareef hanya sekadar ketawa di dalam bilik...Zareef juga tidak tahu mengapa dia boleh lakukan demikian , mungkin kerana sudah 3 bulan Dayya bergelar isteri Zareef ...Zareef sudah mula menerima kehadiran Dayya dalam hidupnya yang dulu BFF tapi sekarang adalah isteri milik kekal..."tersenyum Zareef sendiri....sambil menyentuh bibir singgah di dahi Dayya yang manis.

"Awak, saya dah siap masak, marilah makan" Memang tugas Dayya menjaga makan dan minum Zareef , semua Dayya buat sendiri. Meskipun Zareef menawarkan pembantu rumah untuk Dayya namun ia ditolak. Dayya mahu melakukannya sendiri.

Zareef yang sedang membaca surat khabar bingkas bangun menuju ke ruang makan.

Usai makan malam .....Zareef mulakan bicara...

"Dayya , kau tak terfikirke sampai bila kita berterusan begini?”

"Jawapan ada pada Zareef, iaitu ampai Zareef boleh terima Dayya .. " Jelas Dayya.

"Aku..err Zareef perlukan masa...tapi tak tahu sampai bila...hati Zareef keliru sekarang..tak tahu bezakan rasa sayang Zareef untuk Dayya adalah sebagai kawan atau suami Dayya ..."Keluh Zareef ...dia buntu sama sekali, dia tak tahu apakah benar hatinya sudah terpaut pada Dayya , gadis yang berkulit putih,dan nampak keayuaan wajahnya bila ketawa dan senyum..tapi itu semua hilang semenjak mereka disatukan ....

"Dayya tak paksa Zareef terima Dayya ...Hati dan perasaan adalah natural,Dayya tak ada hak paksa Zareef " Terang Dayya , dia tak mahu Zareef memaksa diri terima dan sayanginya kerana TERPAKSA! dia tahu dirinya tak layak! ... Dayya bangun dari meja makan dan membasuh pinggan dia dan Zareef ....dia tak nak meneruskan perbualan ni.kerana takut hatinya tidak kuat....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience