"Macam mana kau boleh tau aku ada kat sini?" Soal Afiqa. "Hmmm... tu tak penting tapi aku nak tau apa yang terjadi sebenarnya dan macam mana kau boleh accident?" Tanya Mimie. "Eh macam suara Afiqa Sofia" bisik hati lelaki yang berada bersebelahan dengan katil Afiqa. Lelaki itu pun menyelak kain langsir itu dan melihat Afiqa.
"Wah betul la ni Afiqa Sofia" Teruja pula lelaki itu kerana dapat melihat artis di depan mata. Mimie pun menutup langsir itu sambil berkata "jangan sibuk lah". "Hah macam mana kau boleh accident?" tanya Mimie buat kedua kalinya. "Seingat aku... malam tu aku dekat Hotel lepastu aku nak keluar pergi makan and then, Affan masuk kereta aku sebab fans dia kejar dia. Lepas tu... aku bawa kereta laju-laju and then..." belum sempat Afiqa menghabiskan ucapannya, Mimie sudah pun menyampuk "And then kau ngan dia accident, kan? ". "Eh macam mana kau tau? Oh ye mana Affan? Dia teredera teruk ke?" Tanya Afiqa bertubi-tubi.
"Hahaha, kau merepek apa? kau accident sorang-sorang la" kini Mimie semakin serius dalam menyiasat kes Afiqa. "Eh, tak la aku accident dengan Affan. Sumpah!" Afiqa berani bersumpah supaya Mimie mempercayai bahawasanya dia tidak menipu. "Hah! Apa! Afiqa accident dengan Affan Zafran?!" Lelaki itu menyelak kain langsir buat kedua kalinya lagi. Nampaknya lelaki itu mencuri-curi dengar mendengar perbualan antara Afiqa dan Mimie. "Heish, diam la! sibuk je!" Mimie menutup langsir dengan marah.
Beberapa minit kemudian, Afiqa dipindahkan ke bilik VVIP bagi menjaga identitinya. Pada malam harinya, Afiqa tertidur dengan sangat nyenyak. Maklumlah katil VVIP mestilah lembut dan selesa. Ariff berjalan menuju ke bilik pejabat doktornya, dia terhenti di bilik Afiqa. Dia masuk ke bilik itu bagi melihat keadaan Afiqa. Dia mendekati Afiqa dan melihat Afiqa. "Cantik juga dia ni" bisik hati Ariff. Ariff sebenarnya memang susah jatuh cinta, sejak kecil lagi dia tidak pernah bercinta. Tidak lama selepas itu, Ariff bergerak selangkah kerana ingin menuju pintu keluar. Namun gerakkannya terhenti kerana Afiqa memegang tangan Ariff dan menarik tangan Ariff yang menyebabkan mereka tidak tersengaja bercium. Nasib baik, Ariff memakai mask jika tidak habis la. Walaupun kelakuan Afiqa begitu tetapi Afiqa langsung tidak sedar dengan tindakannya itu, mungkin kerana terlalu penat menjawab pertanyaan-pertanyaan Mimie. Afiqa membuka matanya sedikit dan hanya melihat mata Ariff. Afiqa sudah tersedar tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu penat. Afiqa menutup matanya....
#jangan fikir bukan-bukan selagi tak baca bab seterusnya ;)
Share this novel