Afiqa menuju ke kereta sport merahnya. Kemudian dia memasuki kereta itu dan menghidupkan enjin. Tiba-tiba seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan mask masuk ke dalam keretanya. Terkejut Afiqa apabila melihat kelakuan lelaki itu, Afiqa memukul lelaki itu dengan beg tangannya yang berjenama Prada Milano. Lelaki itu memegang kedua belah tangan Afiqa dan membuka masknya itu, rupa-rupanya lelaki itu Affan Zafran. Affan Zafran ialah pelakon lelaki tertop di Asia Tenggara. Afiqa melepas nafas lega, kemudian Afiqa melihat sekeliling.
"Huh, Affan ni... kenapa masuk kereta Fiqa?" Soal Afiqa yang hairan.
"My Fans kejar i " Jawab Affan Zafran sambil menundukkan kepalanya dan melihat sekeliling.
"Hah?!" terkejut Afiqa dibuatnya apabila mendengar perkataan itu.
Dengan pantasnya, Afiqa turut menundukkan kepalanya. Namun pengemar-pengemar itu tetap dapat melihat mereka walaupun mereka menundukkan kepala. Mati akal Afiqa dibuatnya apabila melihat pengemar-pengemar yang menghampiri mereka. Affan memikirkan silusi bagi melarikan diri, tiba-tiba dia mendapatkan idea.
"Fiqa...Fiqa...Fiqa... start kereta!" Betubi-tubi Affan memanggil namanya.
Afiqa keliru seketika. Tidak lama kemudian, dia pun memahami apa yang dimaksudkan oleh Affan dan mengemudi kereta itu keluar dari tempat itu. Afiqa mengemudi kereta sportnya itu sangatlah laju sehinggakan Affan memegang pemegang pintu.
"Fiqa ! bawak slow-slow!" Mahu sakit jantung Affan dibuatnya.
"Alah, rileks aaa...Affan tak ingat ke yang Fiqa pernah berlakon dalam filem Sport Girl? Fiqa lah Sport Girl tu... Fiqa bawak sendiri kereta tu tau, jadi Fiqa dah pandai bab racing ni" Jawab Afiqa dengan yakin.
Lega Affan dibuatnya apabila Afiqa berkata sedemikian. Affan mula melepaskan pegangan eratnya di pemegang pintu itu dengan perlahan-lahan.
"Oh, Affan pernah tengok cerita tu... Hebatlah Fiqa kalau macam tu" Affn mula bercakap dengan nada yang lembut.
"Ye kan?" Afiqa memandang ke arah Affan sambil memegang steren keretanya. Afiqa merenung muka Affan dengan senyuman gedik kerana terpaku dengan pujian Affan. Affan berkata "Fiqa pandang depan!" dengan pantasnya Afiqa pun memandang ke hadapan.
Tidak lama kemudian, Afiqa memulakan percakapan semula supaya mereka tidak canggung. "Affan, Fiqa nak cakap satu rahsia ni" Affan memandang ke arah Afiqa dan berkata "Cakap lah, Affan dengar".
"Sebenarnya, bukan Fiqa yang bawak kereta sport dalam filem tu sebab produser takut Fiqa accident" jelas Afiqa kepada kepada Affan. Affan terkejut dengan penjelasan Afiqa yang mengejutkan itu. Afiqa memandang ke arah Affan dan berkata "kenapa ni Affan?".
Affan melihat ke hadapan dan melihat terdapat lori di depan kereta mereka. Affan berkata "Fiqa! lori!" Afiqa melihat ke hadapan dan memusingkan steren kereta dengan sekuat tenaganya. Apabila Afiqa kembali melihat ke hadapan, terdapat tiang di hadapannya. Belum sempat Afiqa memusingkan sterennya, dia pun terlanggar tiang lampu itu dan menyebabkan mereka tidak sedarkan diri.
Tidak lama kemudian, Affan sedar dan melihat Afiqa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Affan pun keluar dari kereta itu dan meninggalkan Afiqa.
Share this novel