Rate

Bab 2

Fanfiction Series 394

Pada malam itu, keluarga Dato' Kamal dan Datin Zarida berkumpul di Hotel Sri Sentosa. Mereka berbincang tentang pertunangan antara Ariff dan Afiqa. Mereka berdua menelefon anak masing-masing tapi tidak dijawab sama sekali jadi mereka bersependapat ingin menunangkan mereka berdua pada malam itu walaupun pasangan itu tidak hadir.

Beberapa jam kemudian, "Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar" Lega hati Dato' Kamal kerana majlis itu berjalan dengan lancar. Tiba-tiba Datin Mariam bersuara "Tak payah nak alhamdulillah sangat la bang. Pertunangan ni pun takkan kekal lama punyalah" Datin Mariam berkata sambil menjelingkan pandangannya ke arah Datin Zarida.

"Astaghfirullah halazim, apa yang awak merepek ni" Dato' Kamal sangat tidak sangka akan perilaku isterinya itu. "Kring..." telefon Datin Zarida berdering. Datin Zarida pun menjawab panggilan itu. "Ye ada apa Fiqa?" Tanya Datin Zarida "Ni ibu kepada Nur Afiqa Sofia Bin Dato' Zulkifli ke?" Soal suara itu. "Ye saya ibu Afiqa, tapi macam mana telefon ni ada dengan awak?" Kini menjadi soal menyoal pula antara mereka berdua.

"Ok macam ni, anak puan terlibat dalam kemalangan..." belum sempat dia menghabiskan ucapannya, Datin Zarida sudah pun terduduk. "Kenapa dengan Fiqa, Ida?" Tanya Dato' Zulkifli, dia pun merampas telefon isterinya dan bercakap "Saya ayah kepada Afiqa". "Saya Asfan, doktor dari Hospital Sains Akademik. Anak encik terlibat dalam kemalangan dan dihantar di hospital kami. Saya harap encik dapat datang ke hospital dengan segera" Doktor Asfan adalah kawan rapat Ariff.

Dato' Zulkifli pun menamatkan panggilan dan membawa isterinya ke Hospital itu dengan segera. Dato' Zulkifli bergegas pergi ke kaunter pertanyaan dan menanyakan nombor bilik Afiqa. "Bilik nombor empat katil nombor dua belas" jawab jururawat itu. Mereka mencari nombor katil itu dan akhirnya mereka menjumpainya.

Dato' Zulkifli melihat anaknya yang tidak sedarkan diri dan kemudian dia memegang kepala Afiqa dengan lembut dan mencium dahi Afiqa. Datin Zarida terduduk melihat keadaan anaknya itu.

Tidak lama kemudian, Mimie iaitu pembantu peribadi Afiqa mendekati Dato' Zulkifli dan Datin Zarida. "Uncle dan Aunty balik la dulu, mandi-mandi. Biar Mimie yang jaga Fiqa buat sementara waktu" Datin Zarida dan Dato' Zulkifli sudah menganggap Mimie seperti anak mereka sendiri. "Terima kasih Mimie, Ida jom kita balik" Jemput Dato' Zulkifli.

"Tapi... Ida nak tunggu Fiqa sedar" Datin Zarida membuat muka muram. Betapa hebatnya kuasa Allah, Afiqa pun membuka matanya. "Fiqa macam mana? rasa pening ke macam mana?" Datin Zarida amat risau akan kesihatan anak kesayangannya itu. "Fiqa okey je mommy, cuma pening sikit je" jawab Afiqa dengan senyuman lemah. "Hmm... takpe lah Fiqa, mommy and daddy balik dulu ye" Berat hati Datin Zarida ingin meninggalkan anaknya itu.

Beberapa minit selepas Datin Zarida pulang, Afiqa pun berkata "Mimie aku nampak mata dia, dia yang selamatkan aku, aku perlu cari dia". Mimie keliru dan bertanya "Siapa yang kau maksudkan?" Afiqa berkata lagi "aku tak nampak muka dia sebab dia pakai mask". Mimie keliru akan jawapan Afiqa dan terus berfikir, Siapakah lelaki itu.

Tertanya-tanya Siapakah lelaki itu? tunggu dan saksikan episod yang akan datang :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience