Rate

BAB 3

Romance Completed 1961

Seperti yang dijanjikan setelah tamat sahaja sesi pembentangan kertas kerja di DBP Cawangan Sabah, yang disampaikan oleh Dayangku Masmerah sendiri, dia menghilangkan diri terus ke bahagian parkir kenderaan, memandu keluar MPVnya. Dia tidak mahu kelibatnya mencuri Zamri, akan sempat diperhatikan oleh mana-mana pasangan mata. Dia tidak mahu rahsia ketat percintaannya yang berjaya dikunci rapi, tiba-tiba meletup pecah. Namun Dayangku Masmerah redha jika akhirnya, kisah Romeo-Julietnya dengan Zamri akhirnya meletup juga.
Dari Bandaraya KK, MPV yang dipandu Dayangku Masmerah terus meluncur pergi meninggalkan kesibukan bandaraya tersebut.
“Abang ingatkan Bandaraya Kuala Lumpur sahaja yang sesak begini. Rupanya jalan raya di sini juga turut sesak.”
“Ya abang sayang. Emm… kali pertama abang ke kawasan luar kota ya? Dulu, yang abang maklumkan, datang urusan niaga MLM, tidak sempat dibawa bersiar-siar di kawasan luar kota ya bang?”
Zamri mengangguk.
“Kita ke sekolah sayang di Kampung Laut dulu ya, nak ambil barang yang tertinggal. Lagi pun sayang ada buat pesanan kuih cincin yang abang suka makan tu. Jika di Sabah ini, kuih cincin keluaran Kampung Laut, memang sudah terkenal bah..”
“OK, abang ikut saja. Emmm, ini ke Jambatan Buang Sayang yang kawan-kawan kita ada sebutkan itu sayang?”
“Tepat sekali abang. Lagi pun, bukankah abang akan menjadi salah seorang penghuni baru di kampung ini?”
“Abang setuju sebab rumah itu akan menjadi istana kita juga.. yang akan menjadi raja banyak hari, bukan sehari saja tau!”
Ketibaan mereka di rumah, disambut oleh miauan sang kucing yang sudah beberapa hari ditinggalkan oleh puannya kerana urusan di KK dan menyambut kedatangan buah hatinya dari KL. Kucing-kucing yang banyak jumlahnya itu, berkejaran mendapatkan Dayangku Masmerah, seolah-olah ingin melepaskan rindu dan mengadu sesuatu yang berlaku.
Zamri terus naik ke atas dan menyaksikan tempat Masmerah bergelumang dengan kertas-kertas garapan karya dan tugasan ijazah sarjana mudanya. Semester akhirnya di U sebelum dia diijazahkan dengan ijazah kelas pertama atau ke dua tertinggi. Di kiri kanan ruang yang agak luas itu, kedapatan almari yang sarat dengan susunan buku ilmiah dan karya-karya kreatif.
Setelah mengunci pintu rumah, mereka masuk semula ke dalam kereta. Abang pandu pula ya, sebab abang sudah tahu jalan hendak ke sini tadi. Biar Mas berehat pula. Tanpa banyak bicara, Zamri terus menghidupkan injin kereta dan meninggalkan kawasan rumah Dayangku Masmerah di Kampung Buang Sayang. Arah menuju ke jalan utama, ditunjukkan oleh Masmerah jika Zamri lupa. Seketika pemanduan bergerak lancar. Apabila melepasi kawasan tahanan pendatang asing di sebelah kanan jalan, MPV yang dipandu oleh Zamri mula terhincut-hincut, terus bergerak sedikit demi sedikit dan akhirnya tiba-tiba terhenti di hadapan sebuah kedai menjual barangan binaan.
“Alamak, apa dah jadi ni Mas?” Tangan Zamri terus memaut setering MVP ke tepi bahu jalan. Dia cuba menghidupkan semula injin tetapi tiada nada langsung yang keluar. “Wah, ini angkara beteri atau alternator…pembekal kuasa pada injin. Macam mana ni Mas?”
Setelah dicubanya beberapa kali, masih injin MPV tidak berjaya dihidupkan; akhirnya dia terus membuka penutup telefon bimbitnya, mencari nama bekas pelajarnya di Kuching dahulu, yang berasal dari Daerah Papar.
“Assalamualaikum Jamal, mohon bantu cikgu.. kereta yang cikgu pandu ini, tiba-tiba sahaja injinnya mati dan tidak boleh dihidupkan semula. Sudah puas cikgu berusaha, injinnya masih tidak boleh dihidupkan.”
“Oh begitu, cikgu…saya ada urusan sekejap, saya minta kawan saya datang segera ke tempat itu, bantu apa yang boleh dan yang paling penting, menjaga keselamatan cikgu. Emm, di mana kereta itu rosak ya?”
“Bang, cakapkan saja di Kinarut. Tidak jauh dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut.”
“Cuba cikgu telefon Zakariah, murid cikgu juga di Kuching dulu. Dia tinggal tidak jauh dari situ. Nanti saya akan datang bawa mekanik. Sambil itu, dua orang kawan saya akan cuba bantu dan jaga keselamatan cikgu dan buah hati cikgu tu. Kawasan itu, kawasan berbahaya cikgu.”
“OK, terima kasih Jamal.”
Tidak lama kemudian, dua orang kawan Jamal yang menaiki motosikal datang membantu. Mereka terus berusaha, mencari punca kerosakan. Tiba-tiba sebuah kereta MPV Ekzora, berhenti di sebelah kanan jalan. Pemandunya menurunkan cermin tingkap.
“Asslamualaikum cikgu. Cikgu Zamri kah?” Zakariah terus berkejar, melintas jalan dan mendapatkan Zamri serta memeluk erat tubuh Cikgu Zamri. Titisan air mata syukur menitis membasahi pipi Cikgu Zakariah. “Syukur cikgu, rupanya perpisahan kita lebih 30 tahun, bumi Kinarut mempertemukan kita semula.”
“Cikgu, kita hantar kereta ini balik ke Buang Sayang, rumah buah hati cikgu ya. Esok, kita usahakan hantar ke bengkel. Biar kami hantar cikgu ke hotel. Kita singgah makan malam dalam perjalanan. Zakariah akan menyusul.” Usul dua orang kawan Jamal.
Malam itu, lewat malam, mereka berada di hotel semula.. tanpa di ketahui oleh perserta-peserta Seminar Pengkaryaan.
“Eii abang.. Mas Sayanglah ni. Tidur atau berangan ni?” Dayangku Masmerah sudah tercegat di hadapan Zamri. Dia menerpa dan terus memeluk suaminya.
“Ya sayang. Syukur tiba juga. Kita di hotel di Likas sahaja malam ini. Sambung berbulan madu di situ. Esok sahaja kita balik ke Buang Sayang ya By..”
“Ok abang.” Masmerah menarik tangan Zamri. Mereka beriringan menuju ke kereta Axia yang dibelikan oleh Zamri khas untuk Masmerah, sempena dengan pernikahan mereka, sebulan lebih yang lalu. Ketika di dalam kereta, mereka berbual panjang sambil kereta yang dipandu oleh Masmerah meluncur ke Teluk Likas, meninggalkan LTAB Kota Kinabalu.
“Abang, malam ini jangan sampai terlajak ya, esok kita akan keletihan. Mas amat gembira kerana Mas dan anak-anak akan bersantai bersama abang di Papar. Kita akan penuhi ziarah kasih kita hingga ke Brunei, di rumah kakak.” Zamri menghadiahi Dayangku Masmerah dengan senyuman Raja Banyak Hari.
Jejari Masmerah segera mencubit pipi suaminya. Angin segar Teluk Likas menemani Malam Bulan Madu mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience