Rate

BAB 2

Romance Completed 1961

Pita rakaman di minda Zamri, berputar semula ke babak menarik; kisah perkenalannya dengan isteri comelnya, Dayangku Masmerah. Skrip drama cinta dengan Baby nya hampir terputus-tidak dapat dilunaskan kerana takdir juga. Tika itu, dunianya bagai gelap gelita apabila menerima frasa-frasa yang tersurat dalam WhatsApps dari Dayangku Masmerah yang mengarahkan agar kisah pembinaan istana cinta mereka, diberhentikan setakat itu sahaja. Maknanya, tiadalah jodoh antara mereka dengan memberi alasan yang amat tidak boleh diterima oleh Zamri.
Dayangku Masmerah tiba-tiba sahaja terasa serik untuk bernikah dengan hero dari Semenanjung lagi. Alasan yang aneh bin ajaib bersimpang-siur dalam benak Zamri. Malah amat tidak logik baginya. Apakah contoh terdahulu yang menyerikkan itu, boleh diterima pakai? Baru sahaja kelmarin Zamri bersyukur – gembira dengan dua berita iaitu, telah disahkan oleh mahkamah syariah, Dayangku Masmerah telah berpisah dengan suaminya. Khabar gembira itu sempat dibisikkan pada Tuan Kadhi, sahabat karibnya. Di samping itu, berita gembira yang disampaikan ialah telah mustaidnya novel remaja JIHAD MASMERAH yang akan dititipkan ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, untuk dinilai. Novel ini sangat bermakna seperti bermaknanya pembinaan Taj Mahal oleh Maharaja Shah Jehan untuk Permaisuri Shah Jehan Shah sebagai tinta cinta pada permaisurinya. Sesungguhnya, Zamri amat berat hendak menerima hukuman mandatori yang dijatuhkan oleh Dayangku Masmerah. Dengan niat penuh telus, dia terus mencanai kata-kata bagi melembutkan hati nurani Dayangku Masmerah dan seterusnya menghidupkan semula peluangnya untuk melamar wanita Brunei itu.
Sifat jantan jatinya terus memimpin semangat kepahlawanannya untuk memiliki ibu tunggal yang ingin dibantu kearah sirnanya semula hidup Dayangku Masmerah tiga beranak. Dia tidak akan kecewa untuk terus berjuang, melainkan jika sememangnya sudah ditakdirkan bahawa Dayangku Masmerah akan menjadi milik hero lain, atau terus meneruskan hidup sebagai IT menemani kebahagian hidup tiga pewarisnya, biarpun dia terpaksa berpura-pura rasa bahagia, sedangkan usianya yang masih perlu berbantalkan lengan sang suami. Apakah Masmerah akan terus akur dengan kehendak tiga orang anaknya yang menegah dia bersuami lagi? Tuntutan keperluan batiniah mana boleh dibohongi.
Akhirnya usaha Zamri berjaya membuahkan hasil. Kuntum di jiwa Dayangku Masmerah yang mula melayu, telah mekar semula dek siraman doa dan kata-kata semangat yang berterusan dititipkan oleh Zamri. Dayangku Masmerah akhirnya menyerah kalah dan tertidur lena di pangkuan Zamri.
Sebetulnya, Zamri juga seorang penulis yang pernah diangkat ke taraf prolifik juga oleh pengulas karya-karya, tenggelam beberapa waktu kerana sibuk dengan dunia usahawan dan sebagai aktivis dalam NGO. Dia amat berterima kasih dan sangat terhutang budi pada isterinya, penulis wanita Sabah itu. Semenjak dia mula berkenalan dengan Baby nya itu, semangat juangnya dalam arena pengkaryaan, menjadi bernyala semula. Dalam beberapa bulan sahaja dia telah menghasilkan beberapa buah novel, kumpulan cerpen, skrip drama pentas dan sajak.
Sesungguhnya, gamitan Kinarut telah memulihkan semangat Dayangku Masmerah untuk menerima semula Zamri ke pangkuannya sehingga menjadi pasangan suami-isteri yang sah. Kali ini, kehadiran Zamri dalam hidupnya bukanlah satu lakonan atau kata-kata yang direka-reka tetapi datangnya dari hati yang tulus ikhlas. Tiada lagi luahan ungkapan berbisa yang sering di tagkan dalam kiriman mesej kepada Zamri seperti satu ketika dahulu: janganlah abang menaruh harapan padanya..
Lamunan Zamri tersentak apabila henjutan tayar kapal terbang mencecah landasan. Terus disedarkan lagi dengan suara ketua pramugari memaklumkan bahawa pesawat yang ditumpangi telah selamat mendarat. “Alhamdulillah…” segera kedua tangan ditadah dan dikaupkan ke muka. Hampir setengah jam kemudian, dia sudah berada dalam barisan penumpang, menyerahkankan kad pengenalan di kaunter imigresen untuk diberikan visa tinggal di Sabah.
“Tentu By sudah lama menunggu di luar.” Letusan suara hati Zamri. Matanya sempat menjeling pada layar telefon bimbitnya. Kiriman mesejnya tidak dibalas pun. Dia memaklumkan ketibaannya pada isterinya, Dayangku Masmerah. Setelah dia menerima slip pemeriksaan imigrasinya, diselitkan ke dalam dompet duitnya, dia melangkah pantas ke kawasan parkir menunggu penumpang. Matanya melingas memandang keliling. Kelibat isteri atau kereta MPV yang dipandunya, tidak kelihatan pun. Jejarinya segera digunakan untuk menekan papan jajaran telefon bimbit. Belum sempat dia menekan, tiba-tiba terdengar deringan ton dari telefon bimbitnya; lagu yang diminati oleh Masmerah – Kaulah Sumber Ilhamku. Sepantas itu, jejarinya menekan butang menerima panggilan.
“Abang sayang.. sudah mendarat ya..”
“Sudah By sayang. Tapi… kat mana bah? Tak Nampak pun? Sudah ada di sini atau masih dalam perjalanan sayang?”
“Sebelum kita sama-sama lepaskan rindu, By nak minta maaf ya abang. Tadi, memangnya By sudah keluar awal dari pejabat di Kampung Laut. Tapi…”
” Tapi apa sayang?”
“Setiba saja By di kawasan Kinarut, kenderaan berbaris panjang di jalan raya. Tidak bergerak. Apabila diajukan soalan, ada kemalangan maut rupanya. Lamalah By menunggu jajaran kenderaan melepasi kawasan terlibat. Sempat By menjengah, kemalangan ngeri itu, telah meragut beberapa nyawa. Abang jangan marah By ya abang sayang. Kepenatan abang menunggu, By akan gandakan hadiah istimewa pada abang, malam nanti. Bukan siang ini tahu, nanti kita kepenatan.”
Terukir senyuman berganda di bibir Zamri apabila dijanjikan hadiah berganda oleh isteri comelnya, Masmerah. “Penat pun tak apalah. Bukannya disengajakan. Cepatlah kau muncul wahai malam yang pahala ibadatnya amat berganda..”
“Kinarut? Emm…” Pita rakaman di mindanya terus berputar ke satu detik..
“Kita bermalam sahaja di hotel di Teluk Likas boleh bang?”
“Mengapa di situ By?”
“Pemandangannya sangat cantik bang. Abang hayatilah keindahan panorama malam Teluk Likas itu, istimewa waktu malam. Tambah pula, abang amat jarang sekali berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu ini. By nak abang berasa puas hati dalam kunjungan kali ini. Program himpunan penulis seluruh negara anjuran DBP, hanya bermula esok. By cadang, hari Ahad nanti nak bawa abang ke kampung, melihat keindahan Daerah Papar dan perkampungan di sana. Jika ada kesempatan, nak bawa abang ke pasar tamu. Juga nak jamu abang makan makanan istimewa keturunan kami yang ramai di Daerah Papar, ambuyat. Nanti By minta adik ipar sediakan ya bang.”
“Boleh bah. Terima kasih kerana sudi raikan abang. Abang semacam tidak sabar untuk ke sana, khususnya ke Kampung Buang Sayang itu. Rasanya, bakal menjadi kampung abang juga. Mendengar nama ambuyat saja, abang terasa berselera untuk menjamah makanan istimewa masyarakat keturunan negara yang terkenal kaya dengan hasil minyak itu.” Zamri sempat menjeling tajam ke anak mata Dayangku Masmerah. Serta merta, Masmerah menghadiahkan buah hatinya dengan senyuman menusuk jiwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience