Rate

BAB 1

Romance Completed 1962

Sesungguhnya: Jodoh pertemuan, Rezeki Allah, Ajal Maut dan Tanah Pekuburan… adalah ketentuan Luhul Mahfuz Ilahi. Cikgu Zamri amat yakin pada bait-bait ilmu yang sering dilontarkan oleh para ustaz yang mengajar di masjid dan di surau, tempat dia mendalami ilmu agama. Biasanya, jika tiada urusan dunia, dia akan mengunjungi rumah ibadat itu, paling kurangnya untuk waktu solat subuh dan maghrib. Jika dia berjemaah untuk solat maghrib, dia terus duduk tekun mendengar kuliah ilmu agama yang disampaikan oleh para ustaz yang silih berganti datang mengunjungi surau berhampiran tempat tinggalnya, hingga ke Isyak.
Sesungguhnya: Jodoh pertemuan, Rezeki Allah, Ajal Maut dan Tanah Pekuburan… adalah ketentuan Luhul Mahfuz Ilahi. Cikgu Zamri amat yakin pada bait-bait ilmu yang sering dilontarkan oleh para ustaz yang mengajar di masjid dan di surau, tempat dia mendalami ilmu agama. Biasanya, jika tiada urusan dunia, dia akan mengunjungi rumah ibadat itu, paling kurangnya untuk waktu solat subuh dan maghrib. Jika dia berjemaah untuk solat maghrib, dia terus duduk tekun mendengar kuliah ilmu agama yang disampaikan oleh para ustaz yang silih berganti datang mengunjungi surau berhampiran tempat tinggalnya, hingga ke Isyak.
Kini dia sudah berada lebih 30,000 kaki di udara. Dia tahu bahawa kira-kira dua jam lebih dia akan berada di ruang udara langit Malaysia. Pagi tadi sebelum dia bergerak ke klia2 menggunakan perkhidmatan ERL, dia sempat memberitahu isterinya Cikgu Dayangku Masmerah bahawa dia akan menumpang penerbangan jam 11 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Masih terngiang-ngiang suara isterinya digegendang telinganya..
“Abang, selamat balik ke KK. By amat rindu dan tak sabar menunggu ketibaan abang di bumi Negeri Di Bawah Bayu ini. Jika By berkepak..ingin saja terbang ke KL, menemani abang bersama ke KK. By akan tunggu abang lebih awal di airport nanti bah!” Pekat sekali loghat Melayu Sabah tertuncap di bibir mulus Dayangku Masmerah.
“Abang pun sangat rindu kat By. Maklumlah kan kita baru sebulan menjadi Raja Banyak Hari. Sempat mengembara seketika nostalgia malam pertama. Tentu By sayang masih ingat kan?” Panggilan Baby yang dipohon khas oleh Dayangku Masmerah pada Zamri ketika mereka mula menjana dunia percintaan di akhir-akhir tahun 2014.
“Ee..emm… Lebih dari ingat abang sayang. Amat indah sekali malam itu. Sesungguhnya Lautan Bukan Pemisah Abang Sayang.. Sangat puitis bait-bait puisi abang nukilkan khas buat By. Hingga kini, By masih pantas menghafal kesemua bait-bait sajak itu.”
Ketika berada di udara, Zamri sempat melayan mainan perasaannya ketika mula berkenalan dengan Dayangku Masmerah, bercinta dan seterusnya sempat meniti musim keretakan hubungan. Tetapi, dia tetap yakin dengan usaha kuat yang dilakukan, Allah tidak akan menghampakan hajatnya untuk memperisterikan ibu tunggal keturunan Melayu Brunei yang sudah lama menjadi warga Negeri Di Bawah Bayu dan seterusnya menetap di Kampung Buang Sayang, Daerah Papar. Walaupun dilahirkan di mukim lain kerana mengikut rentak pindah-randah ayahnya yang kini telah bersara sebagai guru besar di sebuah sekolah rendah, untuk dirinya, arwah ibunya sempat mewariskan sebuah rumah separuh kekal, buat dia tinggal bersama dengan bekas suaminya dahulu. Begitu juga dengan suami keduanya dan dua putera dan seorang puterinya. Ketika itu, suami keduanya hanya membawa badan menjadi salah seorang penghuni di rumah itu.
Ketika Dayangku Masmerah bercerita sambil memamah keenakan isi durian tembaga, di Jalan Chow Kit, Kotaraya Kuala Lumpur, Zamri begitu khusyuk mendengar kisah pensejarahan susur-galur nama kampung dan jurai keturunan Dayangku Masmerah dilafazkan oleh bakal isterinya. Ketika kisah pensejarahan baru separuh jalan, Masmerah menarik tangan Zamri segera balik ke hotel kerana puteri Masmerah mengadu sakit perut dan perlu dirawat segera.
Zamri cukup yakin, malah sangat yakin pada apa saja ketentuan takdir Ilahi. Perkenalannya dengan Dayangku Masmerah bermula dengan kiriman frasa-frasa ucapan tahniah dan sembang-santai di FB dan WhatsApps. Walaupun tanpa disangka-sangka, tetapi dia tetap yakin bahawa semuanya adalah suratan Ilahi. Melalui dunia pengkaryaan dia mula berkenalan dengan isterinya itu. Dayangku Masmerah merupakan penulis wanita Sabah yang prolifik, gigih dan telah berjaya memenangi sayembara karya-karya kreatif di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. Menatap wajah Dayangku Masmerah di dada media, bagai disentap, jiwa nurani Zamri teruja untuk mendekati wanita itu. Maka bermulalah penjanaan dunia perkenalan Zamri-Dayangku Masmerah, yang seterusnya membenihkan bibit-bibit cinta.
Zamri terus mengelamun lagi. Sesekali, lamunannyanya diganggu oleh suara pramugari dan pramugara menolak troli menjual makanan dan minuman. Ketika mereka melalui di hadapan Zamri, mereka akan menerima hadiah senyuman sahaja kerana Zamri tidak berminat membeli makanan dan minuman di dalam kapal terbang, kecuali jika begitu mendesak sangat. Itu pun sekadar dipesannya roti dan air mineral sahaja. Jika tidak mendesak, dia lebih selesa mengunyah gula-gula, lebih-lebih lagi ketika kapal terbang mula merendah, sebagai cara utama meredakan kesakitan di lubang telinga kesan tekanan udara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience