Rate

SBA-Chapter 1-megat darwish & Dayang Sulina

Family Completed 17028

Megat Darwish, seorang lelaki kacak yang membina kejayaan dengan bermula dari bawah.

Megat Darwish baru sahaja menamatkan pengajian dari University Islam Antarabangsa dan di perkenalkan kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya oleh pensyarahnya. Professor Salim. Prof Salim ialah kenalan lama Tan Sri Sulaiman. Tan Sri Sulaiman memerlukan pelapis baru untuk membantunya menerajui empayar perniagaannya iaitu Impiana Group.
Kumpulan anak syarikat Tan Sri Sulaiman memiliki rangkaian hotel bertaraf 5 bintang di semua 14 negeri di malaysia dan di beberapa buah negara Asia tenggara seperti, brunei, singapura, Indonesia, Philippines dan Thailand.

Kumpulan Impiana juga memiliki syarikat kewangan yang menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman rumah dan pinjaman kereta dan motor. Kumpulan Impiana juga ada membuka arked sukan di seluruh negeri. Anak Tan Sri Sulaiman,Dayang Sulina juga baru mula bekerja di syarikatnya sebagai pengurus pemasaran.

Megat Darwish di letakkan sebagai pembantu Dayang Sulina.

Sikap lurus bendul dan rendah diri megat Darwish sentiasa menjadi bahan gurauan Dayang. Dayang yang nakal selalu membuli satu satunya pekerja bawahannya itu, satu hari Dayang menghadiri meeting di sebuah hotel terkemuka di tengah² bandar Kuala Lumpur.
Dayang perlu kembali ke pejabatnya dahulu untuk menyusun agenda meetingnya pada awal pagi keesokannya. . Megat juga masih belum pulang kerana menunggu grab car. Keretanya mengalami kerosakan sebaik sahaja Megat tiba di pejabat pada awal pagi.

Dayang menyedari kewujudan Megat di pejabat pada waktu yang agak lewat itu lalu bertanya.

" eh.. Megat... Tak balik lagi....,"soal Dayang.

"saya dah balik tadi, boss. Saya datang ni untuk Kerja esok lah."usikan Megat mencuit hati Dayang.

"eh eh.!.. Nak loyar buruk pulak dengan kita. "ujar Dayang.

"eh.. Tidak boss. Eh.. Cik dayang.. Eh.. Dayang sayang kamu,Aku sayang Dayang."latah Megat.

"sayang siapa encik Megat?"Dayang menjegilkan matanya pada Megat.

"sssa... Ya.... Sssaaa..... Yang... Mak... Saya."Megat kelu untuk menjawab.

"Ok. Tak sayang saya? "nada Dayang berubah cemburu.

"sayang jugak sikit. Cik kan boss saya,"Akui Megat

"kalau saya bukan boss awak? "uji Dayang lagi.

"sayang jugak tapi... Sebagai kawan."balas Megat.

Kalau Megat anggap saya kawan, cerita kenapa Megat masih ada kat sini. "lunak suara Dayang memujuk.

"Kereta saya tak boleh nak start. Sampai jer di parking pagi tadi, termati sendiri, lunch tadi saya dah pergi check memang tak boleh nak start. Saya tunggu grab sampai ni dia cakap dah on the way pun. "ujar Megat.

"Kebetulan sangat actually saya pun ada buat grab juga, balik dengan saya jelah."kata Dayang memancing Perhatian Megat.

"habis tu macammana dengan grab saya?"soal Megat

"Awak dah bayar ke grab tu? "sengaja Dayang menduga

"belum lagi,"

"Dah tu nak fikir apa?awak bercakap macam syarikat grab tu awak yang punya."perli Dayang Sulina.

"memang bukan syarikat saya. Tapi saya dah booking, itu dah kira janji, x baik kita memungkiri janji. "Penuh sopan Megat memberi alasan.

"Alah, pemandu grab tu kawan awak ke? "Soal Dayang.

"bukan."balas Megat.

"Dah jangan fikir lama2 jom balik dengan saya free of charge je ni"pelawa Dayang untuk kesekian kalinya.

"Ok. Baiklah, kalau cik sampai memaksa. Saya balik dengan cik."

"Megat, please panggil saya Dayang jer, Ok? , nak panggil sayang pun takpe ".
"Tak boleh cik, cik boss saya, anak Tan Sri."

"Saya yang minta macam tu kan. Ikut ARAHAN saya boleh tak"

"Yyyyyaaaa..... Bbbbbbaaaiikkk .
dadadadadadadadadadadada Dayang. "

Megat sudah pun menghuni tempat duduk penumpang di sebelah dayang.

"Ok. Nak balik ke mana ni? "

"Rumah saya di puchong Dayang. Mesti tak sama jalan kan? Takpelah saya tunggu grab jer"

"Tak pe. Tunjuk jalan ok. Jangan tidur pulak"

"Kalau saya berdengkur maknanya saya tidur."

"Saya baru pesan tadi jangan tidur,tapi megat sebelum tu kita makan dulu boleh tak, saya lapar. "

"Ok, dayang nak mkn apa? "

"Apa apa pun tak apa. "

"Kita mkn nasi kukus nak tak? "

"Boleh tapi kat mana? "

"Dayang bawa kereta ikut Federal nanti saya bagi instruction."

"Ok. "

"Dayang, mkn kat rumah saya jelah sebab semua kedai nasi kukus dah tutup pukul 10 pm."

"Dayang tak kisah, siapa ada di rumah Megat, "

"Mak dan sepupu saya."

"Mereka tak kisah ke? "

"Tak.. Saya dah minta sepupu saya belikan makanan sebab mak saya pun tak mkn lagi."

"Ok. Kita terus ke rumah Megat la ni ya??"

"Ya. Kesian dayang lapar."

"Tak pe, boleh tahan lagi.dayang nak tanya ni. "

"Nak tanya apa? "

"Umur megat kan dah 33 tahun, kenapa lambat habis belajar. "

"Oh.. Bila megat dapat result spm, ayah megat terbunuh ketika bertugas sebagai pengaman PBB di Iraq. Ibu pula tak biasa dengan bandar, ibu baru datang ke kuala Lumpur dari kawasan pendalaman di sabah, jadi Megat ambil keputusan untuk cari kerja dan jaga ibu. "

"Pada usia 17 tahun megat kerja apa? "

"Jaga parking, cuci kereta dan jadi budak jaga stor di aeon Big mid valley. "

"Megat buat 3 kerja? Dalam satu masa? "

"Ya tiga kerja. Jaga parking sabtu dan ahad, cuci kereta isnin hingga rabu, khamis dan jumaat jaga stor."

"Kemudian. "

"Saya sambung form 6 dulu. Nasib baik saya anak tunggal, tak ada adik2 untuk disara. Masa belajar form 6 tu pun saya buat kerja sambilan, jadi pembuat air di restaurant. Balik dari kerja restaurant, saya jaga 7 eleven, sampai pagi. "

"Abis STPM saya apply UPU dapat course perniagaan di UIA gombak. Then repeat semester 5 kali. Sebab tu lambat graduate. Dapat kerja di Impiana Group ni pun memang rezeki sangat. "

"Kalau hari2 kerja? Bila masa pulak Megat keluar dating? "

"Bbbbbboboboboboss eh. Dayang cuba perangkap saya ya.? Dayang cuba nak korek rahsia peribadi saya ni"

"Terpulang pada Megat, kalau tak nak beritahu pun tak pe. Tak tolak gaji pun."

"Mana ada pompuan pandang lelaki miskin macam saya ni dayang. "

"Sebab pompuan tu semua buta. Pernah tak Megat luahkan perkataan I love you pada mana2 wanita sebelum ni"

"Tak pernah. Dayang pernah? "

"Pernah apa? "

"Sebut perkataan tu. "

"Perkataan apa?"

"I love you. "

"Yeses, i love you too. "

"???????Kena perangkap lagi. Aduhai dia ni kan, menduga iman betul. "

Sepanjang Dayang menikmati mkn mlm dirumah Megat bersama ibu Megat (mak habsah) dan sepupu Megat (ahmad) dayang memerhati sikap dan layanan Megat terhadap ibunya. Dayang dapat membaca sikap Megat Darwish yang begitu menyanjungi dan menyantuni ibunya. Dayang sekali lagi terpesona.

Usai makan, dayang memohon diri untuk pulang.

"Makcik minta maaf cik boss, mkn mlm pun beli di kedai saja. Makcik tak larat nak berdiri lama2."Ujar Habsah merasa segan dengan majikan anaknya itu.

"Takpe makcik."

"Lain kali cik boss datang lagi ya."

"Kalau Megat ajak saya mesti datang".

"Nanti makcik paksa dia ok, cik boss ni cantik sangat. Baik dan berbudi bahasa.pula tu".Puan Habsah nampak Dayang Sulina melirik pandangan kearah Megat sepanjang tempoh makan malam mereka itu dan dia juga menyukai gadis manis it

"Sesuai tak jadi menantu makcik?"

Megat yang berdiri di sebelah ibunya menelan liur kasar.

"Memang sesuai sangat macam tembikai di belah dua."
"Bukan pinang ke makcik.?"

"Ada lagi ke orang mkn pinang sekarang?"

"Dah la tu mak, mak dah kena masuk tidur, Dayang pun dah lewat nak balik jauh tu mak."

"Lain kali kita borak ya cik boss. Warden asrama dah bising la.

Meletus ketawa Dayang dengan omelan Makcik Habsah.

Megat darwish dan dayang sulina disatukan setelah 2 tahun berpacaran. Tan sri Sulaiman menyerahkan syarikat impiana kepada megat darwish kerana ingin bersara. Nak main dengan cucu. . Anak pertama mereka lelaki diberi nama. Megat Danial.
Anak kedua dan ketiga juga lelaki, masing2 di namakan Megat Haikal dan Megat Fahmi. Pasangan megat dan dayang juga memiliki 2 orang anak perempuan yang comel iaitu Dayangku Amira dan Dayangku Emily.
Perniagaan megat darwish berkembang maju setelah kelahiran Amira, megat darwish merasakan amira ialah tangkal bertuahnya. Semua keinginan amira di turuti. Amira membesar menjadi seorang gadis yang degil dan suka melawan.

republish, belum ikut susunan yang betul....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience