Rate

SBA Chapter4- berpisah

Family Completed 17028

Sudah 8 bulan amira di rumah MJC,mamanya mengunjunginya sebanyak 5 kali dalam tempoh 8 bulan itu, namun amira bersyukur, di rumah MJC itu Dia mendapat ramai kawan2 baru, namun mereka semua sudah berusia. Apabila amira kekejangan, kawan2 di rumah MJC membantu mengurut kaki amira yang kekejangan. Ada juga yang membantu memberi tips ketika kelahiran. Amira seronok di MJC.

Satu malam ketika tidur, amira rasa kesakitan yang tak pernah dirasakan sebelum ini. Sakit itu dirasai sehingga ke tulang belakangnya. Amira menekan loceng yang di sediakan di tepi katil bertujuan memanggil petugas rumah MJC untuk membantu.

Dalam kesakitan, amira terdengar siren ambulance berhenti di hadapan rumah MJC. Beberapa orang terdengar menghampiri katil Amira dan membawa Amira ke dalam ambulans. Sekejapan, Amira sudah tiba di hospital dan di bawa ke bilik bersalin.

Puan Dayang Sulina semerta tiba di hospital setelah di beritahu tentang keadaan Amira oleh Intan Baizura

Hampir 30 minit Amira di dalam bilik bersalin, nurse memberitahu Amira sudah melahirkan seorang bayi lelaki. Bayi itu diserahkan kepada Dayang Sulina mengikut perjanjiannya dengan Intan Baizura.

Dayang Sulina segera membawa bayi lelaki itu ke rumah rubiah.

Dayang:
Ruby, mana satu rumah jiran you tu.

Rubiah:
Jom I bawa you, comelnya baby ni. Mesti ibu bapa budak ni cantik kan??

Dayang:
Ya kot.

Mereka tiba di rumah mahani.

Rubiah:
Assalamualaikum mahani. Anak kau dah sampai ni.
Lampu dinyalakan,terdengar tapak kaki berlari dan pintu di buka.

Dayang:
Ini dia harinya. Cepat, bayi tu kesejukan.

Mahani:

Terima kasih puan... Er... Apa ya nama puan?

Dayang :

Sama sama, takpe panggil puan pun cukup.

Mahani membawa anak lelaki barunya kepada Rosli

Mahani:

Ok puan, yang ini suami saya, rosli.
Rosli:
Kami janji akan jaga dan besar kan anak ini dengan sepenuh kemewahan.

Dayang:
Takpe, tak mewah pun takpe... Bayi ni baru lahir belum buat surat beranak pun lagi, kamu berdua buatlah apa yang patut ya.

Mahani:
Ya, baik puan

Dayang Sulina bergegas ke hospital semula untuk menjenguk anaknya.
Mahani:

Boleh ke kita daftarkan nama untuk anak ini bang?

Rosli:
Seorang anak yang baru lahir adalah rezeki buat ibu bapa mereka dan mengikut undang-undang di Malaysia, bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.

Tidak semua individu boleh mendaftarkan seseorang bayi itu dengan pihak JPN, hanya individu dalam senarai berikut sahaja yang layak untuk daftar kelahiran bayi:

Ibu atau bapa kanak-kanak itu
Penjaga kanak-kanak itu
Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf). bagi kad pengenalan awak, kita cuba. Kalau berjaya rezeki, kalau tak berjaya pun tak rugi apa apa.Rosli telah pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar nama bayi lelakinya itu sebagai Saiful bin Mohd Rosli.
Tersenyum lebar wajah Rosli bila berjaya membawa pulang surat beranak Saiful.

Mahani gelisah menunggu kepulangan Rosli, Saiful diberikan minum susu formula dan bayi comel itu terus tertidur.

kulit budak ni putih melepak macam anak Mat Salleh .
kulit aku dan Rosli pula kulit sawo matang orang Melayu. Semoga tiada yang curiga bahawa bayi ini bukan anak kandung aku tetapi cuma anak angkat sahaja"batin Mahani berbicara sendiri.

Dayang:
Intan, you bawa Amira balik ke MJC dulu, saya nak uruskan roses untuk menghantar Amira ke London, then saya datang ambil Amira ok.

Intan:
baik puan Dayang.

Dayang Sulina sengaja tidak membenarkan Amira menyentuh atau memberikan susunya kepada bayi lelaki itu kerana tidak mahu Amira merasa terikat dengan bayinya. Biarlah hal bayi lelaki itu menjadi rahsia Dayang Sulina seorang sahaja.

Mahani:
Abang, saya rasa tak selesa nak membesarkan Saiful si kota yang sibuk ini apa kata jika kita berpindah balik ke kampung halaman abang di negeri Perlis.

Rosli:
Kita boleh balik tapi kat mana kita nak tinggal dan apa kerja saya boleh buat?

Next day

Apabila Amira tersedar, dia perasan perutnya sudah kempis.
Amira:
Nurse... Amira memanggil nurse yang kebetulan lalu di sebelah katilnya.
Nurse:
Ya puan?

Amira:
Mana anak saya, boleh saya nak pegang anak saya.
Nurse:
Sekejap ya puan, saya periksa.

Amira:
Saya dapat rasa anak saya kelaparan.

Nurse:
Sabar puan ya. Kejap lagi saya datang balik.

Intan:
Eh... amira dah sedar.....

Amira:
Kak Intan, anak Mira mana kak? Mira nak tengok anak Mira.

Intan:

Puan Dayang dah bawa balik baby Mira. Mira rehat kat sini dulu, nanti Mira boleh jumpa  baby Mira kat rumah.

Amira:
Betul ke mama dah bawa anak Mira balik rumah kak?

Intan:
Ya, puan Dayang happy sangat tengok baby Mira tu comel sungguh

Rancangan Dayang Sulina masih belum berakhir, sesuai dengan penipuan Dayang Sulina bahawa Amira kini berada di United Kingdom London, Dayang Sulina akan membawa Amira bercuti ke rumah Dayang Suhana kemudian berniat untuk meninggalkan Amira tinggal bersama Mak sunya itu. Dayang Sulina masih mahu menyorokkan Amira daripada Syed Hazwan dan Geng geng nya. Dayang Sulina mahu memerangkap Syed Hazwan supaya gambar dan video lucah Amira tidak tersebar. oleh itu Amira perlu disorokkan terlebih dahulu. Jika Dayang Sulina dapat membuktikan bahawa terdapat gambar dan video lucah milik Amira di dalam telefon bimbit SyedHazwan lelaki itu Boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Dan hukuman penjara tersebut tidak boleh di ikat jamin. Dayang Sulina memilih seorang gadis seksi yang ditemuinya di sebuah pasaraya, menawarkan gadis itu hadiah lumayan untuk menjadi umpan dalam misi menjerat Syed Hazwan. Dayang Sulina membawa Rozy pergi ke club house kepunyaan ibu bapa Syed Hazwan.Di sana Rozy bergaya menggoda dan mencuri tumpuan Syed Hazwan. tak menunggu lama Rozy di bawa pulang ke apartment miliknya. Dayang Sulina mengambil gambar Syed Hazwan menuntut Rozy masuk ke dalam rumah lelaki itu. sebuah CCTV mini dilekatkan pada beg tangan Rozy dan beg tangan itu diletakkan di atas meja. Dayang Sulina dapat melihat Syed Hazwan meminta Rozy beraksi seksi tanpa pakaian dan menangkap gambar gadis itu menggunakan kamera telefon pintarnya.Kemudian Syed Hazwan mengambil tripod untuk menstabilkan telefonnya supaya dapat mengambil videonya melakukan hubungan seks dengan Rozy. cukup dengan bukti itu Dayang Sulina membuat laporan polis Terhadap Syed Hazwan atas kesalahan memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon pintar miliknya. Selepas siasatan ternyata telefon itu memmuatkan beribu-ribu keping gambar bogel wanita wanita cantik untuk tujuan jualan, Syed Hazwan mendapat wang yang banyak hasil jualan gambar dan video lucah. Tengku Fakhry dan Yusry turut ditangkap dan dipenjarakan kerana bersubahat. Kedua duanya menerima hukuman setimpal dengan Syed Hazwan.

mesti sedih dipisahkan dengan anak tanpa sempat melihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience