BAB 4

Mystery & Detective Completed 377

“Okay. Tapi budak-budak ni macam mana pulak?”

Salah seorang daripada mereka duduk mencangkung berhampiran dengan Helmi
dan Tim. Dikesempatan itu Helmi dapat melihat secara samar-samar wajah
orang yang mengikat mereka. ‘Macam kenal aje muka mamat ni.
Mmmm…Ha!..dia ni bukan ke perompak yang merompak kedai emas kat pekan
minggu lepas. Muka dia dah terpampang kat tv.’ Bisik Helmi dalam hati.
Dia kini pasti mereka inilah yang menyerang dia dan Tim tadi. Tak syak lagi.

“Kau bawak budak-budak ni ke belakang, kat perigi buta tu. Kita habiskan
dia orang kat situ.”

Helmi dan Tim menelan liur. Kecut perut mereka bila mendengar arahan
salah seorang daripada penjahat itu. Mereka bakal dibunuh.

Seperti yang dirancangkan mereka mengangkat Tim dan Helmi seperti
mengangkat guni beras gayanya. Sampai berhampiran dengan perigi buta
mereka berdua dicampakkan ke tanah.

“Argh!..” Serentak itu Helmi dan Tim mengadu kesakitan.

“Bangun pun!” sergah salah seorang dari pada 2 orang penjahat itu.
Wajahnya bengis dengan parut panjang merentas pipinya.

Tim berusaha untuk melepaskan tangannya. Tiba-tiba rambutnya direntap
kasar oleh penjahat yang bertubuh sedikit gempal berbanding dengan
lelaki berparut tadi.

“Aaaaa….sakitlah!” Tim mengaduh sakit.

Lelaki bertubuh gempal dan berparut itu ketawa gembira.

“Kau orang nak buat apa pada kami, ha?” Helmi memberanikan dirinya
menyoal penjahat berdua itu.

“Huhuhu…beraninya budak ni!” lelaki berparut itu menunjal kepala Helmi.

Helmi cuba melawan.

“Hari tu aku dah sergah kau, ingatkan kau dah tak datang sini lagi.
Rupanya kau ni degil ek.” Kata lelaki berparut itu sambil mencekak mulut
Helmi.

Helmi berusaha untuk melepaskan dirinya. Mulutnya terasa sakit.

“Woi! Lepaskan kami!” Tim menjerit keras.

“Kau diamlah!” lelaki gempal itu melayangkan penampar ke pipi Tim.

Bila kepala tidak boleh digerakkan. Tangan juga sama. Jalan terakhir
hanya tinggal kaki. Helmi menggunakan kakinya untuk menyepak celah
kangkang lelaki berparut itu.

“Aaaaaa…” Lelaki berparut itu mengerang kesakitan sambil
berguling-guling di atas tanah.

Lelaki bertubuh gempal mendapatkan kawannya yang mengerang kesakitan.

“Tim!...Lari!...” dikesempatan itu Helmi ambil untuk melepaskan diri mereka.

Tim dan Helmi berlari sekuat hati.

“Kejar…Kejar…Kejar budak-budak tu! Jangan bagi terlepas.” Arah lelaki
berparut itu dalam keadaan yang sakit akibat disepak tadi. Dia berusaha
untuk bangun.

Dia dan lelaki bertubuh gempal itu bingkas bangun dan mengejar Tim dan
Helmi. Tapi bila mereka berlari meredah bahagian depan banglo usang itu,
larian mereka terhenti tiba-tiba. Keduanya terkejut dan mereka berusaha
untuk berpatah balik ke belakang semula. Tapi usaha yang sia-sia.

“Angkat tangan! Kami Polis!”

Mereka sudah dikepung oleh anggota Polis dan ada juga beberapa orang
kampung di situ. Dua orang budak yang menjadi tawanan mereka pun ada
bersama dengan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience