BAB 2

Mystery & Detective Completed 377

Sejak peristiwa itu seminggu jugalah Helmi tidak terfikirkan pasal
banglo usang itu. Dia pun sengaja tidak gunakan jalan yang berhubung
dengan lorong kecil menuju ke banglo usang itu.

Namun keinginannya untuk meneroka banglo usang itu kembali semula pagi
ini. Helmi dengan berbasikal berkayuh menuju ke rumah Naufal. Dia ingin
mengajak Naufal kali ini untuk menemaninya ke banglo usang itu.

“Assalamualaikum!...” Helmi terintai-intai mencari kelibat Naufal.

“Waalaikumussalam.” Naufal menjawab salam.

Dia melangkah turun mendapatkan Helmi yang tersengih memandangnya.

“Apa hal kau datang pagi-pagi ni?” tanya Naufal sambil menepuk bahu Helmi.

Helmi mendekatkan mukanya ke telinga Naufal. Dia membisikkan hasratnya
kepada Naufal. Tak mahu perkara ini diketahui oleh orang lain.

Wajah Naufal berubah. Dia menjarakkan badannya daripada Helmi.

“Kau dah gila ke, Mi? Rumah tu ada hantu, lah!” terkuat suara Naufal
yang terkejut dengan hasrat Helmi.

“Syyyy…slow sikit cakap tu. Nanti orang tahulah.” Helmi meletakkan
jari telunjuknya di bibir. Takut juga dia kalau-kalau emak Naufal
dengar. Mahu telinga mereka berdua berdarah kena bebel dengan Mak Som nanti.

“Aku tak mahu ikutlah. Kerja gila tu.” nada suara Naufal kembali normal.

“Alaaa…Naufal, bukannya kau pergi seorang. Kita berdua. Jomlah.” Helmi
memujuk Naufal untuk mengikutnya. Kalau dia pergi seorang dia pun takut
juga.

Hati Naufal berbelah bagi untuk mengikut Helmi. Banglo usang itu memang
menakutkannya sedari dulu lagi. Tiada sesiapapun dikalangan orang
kampung ini yang berani untuk mendekati banglo itu. Naufal menghela
nafas panjang.

“Jomlah. Kita pergi kejap aje. Lagipun siang lagi ni. Jomlah.” Helmi
mendesak.

“Yalah…Yalah…aku ikut. Tapi janji tau. Jangan lama-lama sangat.”

Helmi tersenyum lebar bila Naufal setuju untuk mengikutnya. Selang
beberapa minit dia dan Naufal berbasikal bagi merealisasikan impian
Helmi untuk meninjau keadaan sebenar banglo usang yang menjadi misteri
sehingga kini.

Naufal dan Helmi masing-masing memberhentikan basikal saat menghampiri
lorong kecil yang ditumbuhi lalang kiri dan kanan. Masing-masing menelan
liur. Helmi menoleh memandang Naufal. Helmi mengangguk. Naufal turut
mengangguk sama.

Baru mereka berdua ingin bergerak menuju lorong kecil itu ada orang
sergah dari belakang.

“Woi!...Jangan pergi sana!”

Helmi menoleh kebelakang. Keningnya berkerut bila ternampak Tim gadis
tomboy menghampiri mereka.

“Ada hantulah kat rumah tu. Jangan pergi!” laung Tim lagi sambil
mempercepatkan kayuhannya.

“Alaaa…kau ni sibuk ajelah, Tim.” Rungut Helmi.

“Apa kau orang nak buat ni ha?” soal Tim sebaik menghampiri Naufal dan
Helmi.

“Kita orang nak tengok apa ada kat rumah tu.” Naufal menunjuk ke arah
banglo usang itu.

“Ja…jangan pergi. Nanti hantu tu makan kau.” Kata Tim dengan wajah cemas.

“Mi jomlah kita balik. Aku takutlah.” Naufal sudah berbolak-balik
hatinya. Takut juga kalau betul ada hantu dan akan memakan mereka nanti.

“Weeiii…kau orang ni janganlah macam ni. Siang-siang ni mana ada hantu.
Kita pergi kejap aje.” Pujuk Helmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience