BAB 5

Mystery & Detective Completed 377

“Papa! Berhenti kejap.” Pinta Helmi tiba-tiba.

Berdecit bunyi tayar kereta kerana berhenti mengejut. Encik Zainudin dan
Puan Zalora menoleh kebelakang.

“Kenapa Mi?” tanya Puan Zalora cemas.

Tanpa menjawab Helmi membuka pintu kereta. Dia berdiri berhampiran
dengan kereta dan mengadap banglo usang yang sudah dibersihkan
sekitarnya. Semua itu dilakukan oleh orang kampung atas alasan tidak
mahu rumah itu dijadikan sarang penjenayah dan penagih dadah lagi.

Helmi merenung banglo itu lagi. Tadi sewaktu dia di dalam kereta dia
nampak kelibat seseorang melintasi banglo itu. Sedang kepalanya
mengintai-ngintai matanya dapat menangkap sekujur tubuh dibalik tingkap
yang separah pecah. Itulah gadis yang pernah dia lihat sebelum ini.
Gadis itu berbaju putih krim dengan rambut diikat dengan reben merah
memandangnya.

‘Duk dak…duk dakk…dukk..dakk…’ Dada Helmi berdebar kencang. Dia lantas
masuk ke dalam kereta dengan pantas.

“Jalan Papa.” Gesa Helmi tanpa memandang banglo itu lagi.

Tanpa banyak tanya Encik Zainudin memandu kembali. Helmi terus diam
membisu. Jantungnya masih lagi berdegup kencang. Tadi dia nampak gadis
itu tersenyum padanya sambil kepala gadis itu berpusing 360 darjah.
Maknanya betullah banglo usang itu berhantu. Helmi mengigil keseraman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience