Part 2-new chapter in life.

Young Adult Completed 27536

Dad... i had promised to see you after work today. we are going to our house right. I still need to work now, so I can't accompany you for breakfast.-sent.

Dion membaca mesej ringkas yang dihantar oleh Aluna.
Ya mereka sudah bersepakat, waktu siang Dion tidak boleh mengganggu Aluna bekerja dan seluruh waktu malam Aluna menjadi miliknya. Usai sarapan, Dion pergi ke sebuah rumah banglo di pinggir kota. rumah yang dibelinya setahun yang lalu untuk dijadikan hadiah perkahwinan Arya, kini dia akan memberikan rumah itu kepada Aluna. Beberapa orang pekerja dari agensi pembersihan sudah tiba dihadapan rumah banglo itu.
"Bersihkan semuanya. jangan ada habuk atau serangga perosak. "pesan Dion kepada Ketua mereka.
"Saya faham encik"balas ketua itu atas permintaan Dion.
"I nak seluruh rumah ni clean and spotless sebelum pukul 12 tengah hari."arah Dion kepada ketua pembersihan itu.
"Saya faham encik"balas ketua itu lagi.

"Azman, ambil kad ni, pergi beli perabot dan peralatan elektrik, mesti selesai semuanya sebelum pukul 5 petang. dan beli groceries juga"Dion menyerahkan kredit kad miliknya kepada PA nya, Azman.
"Ada spesifik tema yang you nak I sediakan boss?"soal Azman.

"No need, just make sure ada bed set dan sofa set. yang lain terpulang kepada pertimbangan you"balas Dion. Kemudian Dion memandu ke sebuah Tesla show room center. Reputasi Tesla semakin baik sebagai jenama kereta EV dan eco friendly. Kereta jenama Tesla tidak menggunakan bahan bakar petrol tetapi menggunakan elektrik, Dion mahu membeli Tesla model 3 berwarna merah itu untuk dihadiahkan kepada Aluna. Sepanjang malam Dion bercerita dan Aluna setia mendengarnya. Kini Dion merasa lega dapat meluahkan isi hati dan gembira bila Aluna bersetuju Untuk menjadi sugar Baby nya mulai hari ini.

Freya agak terkejut dengan cerita Aluna pada pagi tadi. Aluna menyatakan bahawa dia kini sudah menjadi sugar baby kepada encik Dion Castello, seorang tetamu VVIP hotel mereka. Sebagai seorang pengurus sumber manusia Freya Boleh mengambil tindakan terhadap Aluna, tetapi Freya tidak melakukannya. Freya tahu apa situasi kewangan keluarga Aluna, dengan gaji pegawai khidmat pelanggan di hotel itu yang cuma sebanyak RM 950 sebulan, sudah tentu Aluna memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan keluarga besarnya. Aluna anak sulung dalam keluarga dimana kedua dua Ibu bapa Aluna tidak bekerja. Aluna memiliki 6 orang adik yang masih bersekolah. Freya sendiri bertuah kerana lahir dalam keluarga berada dan tidak pernah merasakan kesusahan. Freya mendapat pekerjaan di hotel Paradise sebagai Pengurus sumber manusia atas pertolongan daripada pensyarahnya. Gajinya sebagai seorang pengurus mencecah 5 angka tapi Freya tidak pernah berlagak seperti princess, kerana Freya tahu diatas langit masih ada langit.Rumah sewa Aluna sering menjadi persinggahan sementara Freya selepas waktu kerja. Akibat penasaran dengan perkataan sugar daddy, Freya mengutak atik laptop mencari tahu asal usul perkataan sugar daddy itu
"Sugar Daddy" ialah lelaki kaya (dan biasanya lebih tua) yang menyokong dan memberi nafkah kepada wanita yang lebih muda sebagai pertukaran untuk menemani dan atau bantuan lain.

Contoh penggunaan :- Rachel :
Adakah anda melihat cincin berlian baru Dana?", Kelly :
Ya, tidakkah anda tahu, sugar daddy nya yang baru membelikan untuknya. Saya tidak percaya dia, lelaki itu sebaya dengan bapanya. ".

Perkataan 'Sugar' telah menjadi perkataan slanga untuk wang dan kemewahan sejak pertengahan abad ke-19, dan mentakrifkan sifat hubungan antara pasangan itu. Perkataan 'Daddy' adalah slanga dalam kalangan pelacur untuk lelaki yang lebih tua sejak abad ke-16, dan merujuk kepada perbezaan umur antara keduanya. Istilah "Sugar Daddy" telah digunakan sejak awal abad ke-19, apabila Adolph Spreckels, pewaris kekayaan gula Spreckel, berkahwin dengan seorang wanita yang 24 tahun lebih muda daripadanya dan memanggilnya "Sugar Daddy". Walau bagaimanapun, penggunaan pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1923 di Syracuse Herald dalam episod cerita "Fat Anna's Future".

Freya membaca artikel itu dalam diam.

"Macam menarik je kalau aku ada sugar daddy. tapi lagi syok kalau sugar daddy yang masih hot seperti mr. Dion Castello atau tuan Seth Rafael. kalau macam Dato'Roslan tak ingin aku. Freya merujuk kepada business partner papa yang gemuk dan hitam legam.

Sudah banyak kali Dato'Roslan cuba menggoda Freya secara terang-terangan. dah cukup kuota 4 isteri pun masih Nak menggatal. itu juga sebabnya Freya menolak untuk bekerja di syarikat milik ayahnya.

Freya perlu berbincang dengan Tuan Seth Rafael terlebih dahulu mengenai hukuman untuk Aluna, Freya pergi ke bilik CEO untuk bertemu tuan Seth Rafael.
"Yes Freya, ada apa?"soal Seth Rafael dingin.

"Tuan tahu polisi hotel ini tidak membenarkan mana mana Staff berhubungan dengan tetamu hotel?"Freya memulakan mukadimah.
"Ya betul tu tapi kenapa ya?"soal Seth Rafael, dia sudah menggigil ketakutan adakah rahsia dia membenarkan Aluna masuk ke bilik suite Dion Castello sudah terbongkar?.

"Aluna mengaku dia sekarang sudah rasmi bergelar sugar baby kepada encik Dion Castello. patut tak kita buang dia kerja, saya mohon tuan pertimbangkan jasa Aluna sepanjang setahun bekerja dengan kita."rayu Freya.
"Amboi Dion.. senyap senyap kau cucuk jarum jadikan staff aku sugar baby Kau ya"batin Seth Rafael berbisik..

"Tak mengapa Freya, simpan rahsia Aluna, saya tak akan ambil apa apa tindakan terhadap Aluna, urusan dia diluar waktu kerja itu bukan urusan hotel, kita tidak berhak ikut campur tangan. mustahil jika staff kita nak ada Boyfriend kita nak halang mereka. betul tak?"soal Seth Rafael. Seth Rafael sebenarnya tidak mahu Dion Castello marah kepadanya kerana menyingkirkan Aluna dari hotel ini dan membongkar rahsianya kepada umum. setakat ini cuma Dion Castello yang tahu jika Nara itu isterinya.

petang ini merupakan hari pertama Dion menjadi sugar daddy kepada Aluna, hari ini Dion Castello menunggu Kepulangan Aluna dihadapan hotel Paradise.

Aluna terpaksa sembunyi sembunyi pergi ke hadapan hotel untuk bertemu Daddy Dion tanpa dilihat oleh staff hotel yang lain.

"Dad... kenapa tunggu i kat sini?"soal Aluna.
"I tak nak you drive balik sorang sorang ke rumah. you ada lesen memandu kan, nah ambil ni you pandu"Kata Dion.
"Wah.. Tesla... kita nak pergi ke mana dad?"soal Freya.
"i dah set lokasi di kereta hidupkan enjin then let it drive on auto pilot mode."ujar Dion.
"I tak reti, nak buat macam mana ni?"soal Aluna.

"Navigasi menggunakan Autopilot boleh digunakan di kebanyakan lebuh raya dengan menggerakkan tuil gear dua kali ke bawah, secara berturut-turut, baby tengok daddy tunjuk contoh ya"balas Dion.Kereta itu meluncur pergi tanpa kawalan pemandu. Aluna tetap memegang steering kerana tidak mahu di saman oleh pihak berkuasa.
"Daripada You pegang steering, lagi baik you pegang tangan i ni "usik Dion.
"I tak nak kena saman la Mr. Dio."kata Aluna
"Baby,kita dah janji you cuma boleh panggil i dad or daddy, not my name "pesan Dion.
"I am sorry dad,"balas Aluna.
Kereta meluncur laju ke rumah baru yang dihadiahkan oleh Dion kepada Aluna.
"Ini kunci rumah, You boleh rasmikan rumah pertama you Baby"kata Dion. Menggigil tangan Aluna menerima kunci tersebut. sebaik masuk dan suis lampu dihidupkan Aluna hampir menjerit. perabot rumah menggunakan konsep English style yang sangat dia minati.
"Daddy, how do you know I like English style theme?"soal Aluna.
"I got the hint from the way you dressed to work. "balas Dion yakin.

"Azman.. you akan dapat bonus yang besar akhir tahun nanti "kata hati Dion.

Aluna berlari menaiki tangga.
"Dad! kenapa cuma satu bilik saja ada katil, I tak nak tidur dengan You ok"kata Aluna.
"Sorry baby, sebenarnya i beli set bilik tidur untuk kesemua bilik tapi...Erm..."Dion terbata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience