part 1-Aluna dan Dion

Young Adult Completed 27536

1 tahun yang lalu.

Dion Castello mengeluh panjang. Tak guna dia membangun rumah besar itu untuk keluarganya.
Dion pernah berangan untuk memiliki anak yang ramai, tetapi isterinya Aira menjadi fobia dengan kehamilan selepas hampir meninggal dunia ketika melahirkan anak tunggal mereka Arya Dominic.

Kini, tinggal Dion sendirian setiap malam kerana isterinya yang sibuk dengan persatuan wanita. dan Anak lelaki satu satunya kini sudah pun berusia 28tahun, memilih untuk tinggal sendirian di sebuah kondominium berdekatan dengan tempat kerja jejaka itu.

Dion kemudian mencapai telefon pintarnya dan nombor seseorang dihubungi.
"Hello Dion, what a surprise. how can I help you?"soal Seth Rafael, Pemilik Paradise Hotel.

"Tolong sediakan satu bilik suite untuk aku, dengan seorang staff wanita ok"pesan Dion.

"Woi Kau ingat hotel aku ni sarang pelacuran ke, aku ni ada rupa bapa ayam ke?"Seth Rafael menjerit.
"Ala geng, bagilah staff paling cantik dan sexy teman aku untuk satu malam ni saja, aku janji tak lebih lebih. aku perlukan teman untuk mendengar luahan. hati aku ni saja, aku banyak tolong bisnes kau Seth, setiap kali ada client aku datang aku recommend mereka menginap di hotel Paradise,betul kan?"ujar Dion.

Seth Rafael berfikir panjang, Staff paling cantik dan seksi ialah Nara, tapi itu kan isteri kesayangan aku, No no no, Dion tu extra handsome, Aku tak nak Nara tergoda dengan lelaki tua tu, Ok aku tahu siapa yang sesuai"fikir Seth Rafael.

"Puan Azura, Aluna dah balik kerja ke belum?"Seth Rafael menghubungi Pengurus bahagian hadapan hotel.

"Aluna masih ada di dalam pejabatnya boss"Azura membalas.
"Ok minta Aluna masuk ke bilik saya sekarang"arah Seth Rafael.
Lambat lambat Aluna menuju ke bilik Seth Rafael setelah Puan Azura, Front office manager memintanya untuk berjumpa dengan Hot boss Hotel Paradise tersebut.

"Apa mahunya dia"fikir Aluna.
Aluna berdiri tegak di hadapan pintu bilik Seth Rafael, takut nak berdua duaan dengan lelaki tampan itu.
"pintu dibuka dari dalam.
"Kenapa tak masuk?"soal Seth Rafael.
"Ada apa tu...tuan panggil saya."soal Aluna.

"Seorang kawan saya bakal menginap di suite presiden 01 pada pukul 11 malam, saya nak awak menemaninya sepanjang malam "arah Seth Rafael.
"Tapi boss urusan menemani pelanggan sampai ke dalam bilik bukan skop kerja saya"Aluna menolak secara halus.

"Aluna awak seorang pegawai khidmat pelanggan. tugas awak memastikan pelanggan hotel disini berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di hotel ini. so pelanggan meminta seseorang untuk mendengar luahan hatinya, dia sedang berduka lara, bukankah ianya juga skop kerja awak,lagipun dia janji hanya sekadar untuk berbual bual sahaja "pujuk Seth Rafael.
"Baiklah saya setuju, "Aluna mengalah dan pergi ke bilik suite presiden 01 pada pukul 11.10 malam.
Dion Castello yang baru selesai mandi sedang memakai pakaian tidur ketika pintu bilik diketuk. Tersenyum lebar Dion ketika itu. pintu bilik dibuka.
"Selamat malam tuan, nama saya Aluna, ada yang boleh saya bantu"Aluna menyapa sehabis professional, dia mahu pelanggan itu menghormatinya sebagai pekerja dan bukan sebagai seorang wanita penghibur.

"Ya, silakan masuk, awak jangan risau, perkhidmatan awak saya akan bayar. Boleh tak awak dengar luahan hati saya?"soal Dion.
"Tuan sepatutnya pergi bertemu dengan kaunselor?"sinis Aluna berkata.
"Saya tak perlukan nasihat, saya cuma perlukan seorang pendengar, awak tak perlu beri komen apa apa cukup dengan mendengar sahaja "kata Dion Castello.
"Baiklah, saya akan mendengar"kata Aluna.
"Saya dihantar belajar ke United Kingdom dari seawal umur 15 tahun. Ayah saya orang London, so saya terpaksa tinggal dengan nenek saya di sana. daddy dan mommy tinggal di Malaysia. Ketika tamat sekolah tinggi. mommy kata saya perlu belajar di Universiti Malaya Kuala Lumpur. dia memperkenalkan seorang gadis cantik bernama Aira yang rupanya sudah pun menjadi tunangan saya. ketika itu saya sudah pun berusia 17 tahun. mungkin masih muda tapi disebabkan fizikal saya yang besar dan tinggi saya terlihat lebih dewasa daripada tunang saya Aira.

Sebaik tamat pengajiansaya, kami berdua disatukan. dan lima bulan kemudian Aira disahkan hamil anak pertama kami. ketika detik kelahiran,bayi kami terbelit dengan tali pusat dan Aira hampir kehilangan nyawa. saya meminta agar doktor melakukan pembedahan untuk menyelamatkan kedua dua nyawa, isteri dan anak saya. Akibat kejadian itu Aira tidak mahu hamil lagi dan sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti sosialnya. Dia kini kurang memberikan perhatian kepada saya dan kami sudah terlalu jauh antara satu sama lain.

Arya anak kami juga sudah dewasa dan memiliki kehidupannya sendiri. Saya sepi di rumah besar kami. makan sendiri dan tidur pun sendiri. mahu tak Aluna menjadi teman untuk mengisi kesepian saya, saya akan belikan sebuah rumah untuk Aluna juga sebuah kereta. Selepas habis kerja Aluna cuma perlu pulang ke rumah yang saya sediakan untuk menemani saya. "jelas Dion.

"Tuan nak saya tinggal di situ sebagai wanita simpanan tuan, No,no no,tak boleh tuan "ujar Aluna.
"Bukan, awak tinggal di situ sebagai pekerja saya, saya bayar gaji awak setiap bulan. pernah dengar perkataan sugar daddy dan sugar baby?"soal Dion.
"Saya tahu apa maknanya tuan, dan saya menolak."tegas Aluna.
"Saya akan bayar awak setiap bulan sebanyak RM 5000. kita tak akan buat hubungan seks, rumah tu ada 3 buah bilik kita boleh tidur asing asing"kata Dion.
"Baiklah saya setuju tapi jangan sampai boss saya tahu apa yang saya lakukan di luar waktu kerja."

Aluna bersetuju dengan cadangan Dion. dan bermulalah kehidupan Aluna sebagai sugar Baby kepada Dion Castello. Kehidupan mereka rukun dan damai kerana Aluna tahu kehidupan rumah tangga Dion bukan keutamaannya. lelaki itu bebas untuk memilih tinggal di rumah bersamanya Atau pulang ke rumah keluarganya.
Sewaktu sedang makan tengahari dipantry khas untuk pekerja hotel, Aluna tersengguk sengguk ketika menyuap makanan, seorang gadis cantik menghampiri Aluna.

"Hay Luna, tak tidur ke semalam?, apasal mengantuk sangat aku tengok?"soal Freya.
"Frey, aku memang tak dapat nak tidur pun semalam.

Selepas mendengar cerita Dion, Lelaki itu tertidur pada pukul 2 pagi. Aluna mengunci jam untuk bangun pada pukul 6 pagi. Dia perlu pulang ke rumah dan berganti baju. kerjanya sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan tidak disediakan uniform, Aluna tidak boleh masuk kerja dengan baju yang dipakainya semalam. Timbul rasa kesal kerana telah menyetujui arahan bossnya.

Namun Aluna tidak boleh tidur ketika ada seorang lelaki tampan sedang berdengkur disebelahnya. Aluna menghabiskan masa tidur dengan bermain permainan video di telefon dan juga menonton drama Korea . Kemudahan Wi-Fi tersedia di hotel tersebut memudahkan urusan tontonan Aluna.
Tepat jam 6 pagi, Aluna menyeludup keluar dari bilik tersebut dan pulang ke rumah sewanya yang berada di sebelah hotel itu. Pukul 7.30 Aluna tiba di hotel untuk bekerja.

Awal pagi, Dion terjaga dari tidur dan mendapati Aluna sudah tiada, Dia mandi dan bersiap untuk pergi ke pejabatnya. Dion pergi ke Restoran hotel untuk bersarapan dan meminta agar Aluna menemaninya bersarapan. Pengurus restoran berkata Pihak hotel tidak membenarkan staff untuk makan bersama tetamu hotel, hal itu membuatkan Dion menjadi marah dan menghubungi Seth Rafael. Seth meminta pertolongan Azura untuk menghantar Aluna ke restoran dan menemani tetamu VVIPnya itu bersarapan.

Aluna menolak untuk berjumpa dengan Dion tetapi dia menghantar pesanan ringkas kepada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience