Chapter 13-Dimana Aluna?

Young Adult Completed 27536

Aluna seperti mahu mati mendengar perkataan daripada doktor yang merawatnya tadi.

"Tahniah puan, Puan sudah hamil 2 Bulan. Saya nasihatkan puan supaya pergi membuat buku pink di klinik kesihatan"ujar Doktor itu.

Aluna keluar dari bilik rawatan dan merancang untuk membuat Freya cemburu.
"Macamana Luna?
"I disahkan mengandung Frey..dah dua bulan"ujar Aluna.
"Anak daddy Beeke, wah tahniah beb, nanti I beritahu daddy Bee tentang kehamilan you ok"kata Freya.
"Jangan Frey, I nak bagi kejutan pada daddy bila I Pergi jumpadia minggu depan"balas Aluna.

"Baiklah, tapi macam mana you nak kerja ya, apa kata staff hotel yang lain nanti, semua tahu you belum berkahwin lagi Luna "soal Freya.

"I rasa nak berhenti kerja dan Pergi berehat di satu tempat yang menenangkan. You tahu tentang tubestay?'doal Aluna.
"Ok babe, I nak kena cepat ni sebab malam ni Arya nak bawa I jumpa parents dia, esok You datang office I kita bincang ok"kata Freya. Aluna kembali ke pejabat sales and marketing untuk memohon cuti.
"Kak Mar, agaknya boleh tak I nak apply cuti untuk satu tahun"soal Aluna kepada Supervisor di jabatan Sales and marketing itu.

"Kalau ikutkan You ada cuti tahunan sebanyak 24 hari. satu tahun tu maksudnya you nak ambil cuti selama 365 hari ke?"soal Marina.

"Eerm 9 bulan dan 10 hari =280 hari tambah 60 hari tambahan=340hari"Aluna mencongak jumlah yang ingin dipohon secara dalam diam.

"Lebih kurang 340 hari gitu kak"balas Aluna kepada penyelianya.

"Kalau begitu 24 hari cuti tahunan itu akan dibayar gaji manakala 316 hari adalah cuti tanpa gaji boleh begitu Luna?"soal Marina.
"Kalau Kak Mar benarkan saya ok jer cuti tanpa gaji ni"balas Aluna.

"Ok isi borang ini dulu ya. sila tinggalkan nombor telefon cadangan dan alamat lengkap tempat tinggal semasa bercuti. mungkin ada masalah yang kami perlu untuk mendapatkan maklumat daripada Luna sepanjang tempoh Luna bercuti nanti"terang Marina.
malam Itu Aluna sudah mengenal pasti beberapa lokasi tubestay untuk di didiaminya. satu Malam tubestay berharga RM 100 untuk 340 hari dia perlu membayar sejumlah RM 34,0000. ,Aluna tidak ada wang cash untuk membayar jumlah itu dan jika dia menggunakan kad kredit Dion dia hanya akan mendedahkan lokasi persembunyiannya kepada sugar daddynya itu.

Aluna terfikir lebih baik dia berbincang terlebih dahulu dengan Freya.

Pada hari kerja esoknya. Alina masuk ke bilik Freya.
"Daddy cari you, dia call I cakap you tak nak angkat call dia.kenapa?"soal Freya.

"I ada rahsia besar dan I nak you rahsiakan perkara ini boleh?"soal Aluna
"You boleh percayakan I ok"pujuk Freya
"Anak yang I Kandung ni bukan anak daddy. Daddy tak pernah sentuh I Apatah lagi menyetubuhi I"jelas Aluna.
"Tapi bagaimana You boleh mengandung jika ini bukan anak Daddy Bee?"soal Freya, untuk seketika dia menghembuskan nafas kelegaan kerana Aluna tidak hamil anak Daddy Beenya.

"I pergi club 2 bulan lepas, dan I tak kenal siapa yang dah bawa I pergi ke hotel. sebab tu I nak lari dari daddy, what if dia tanya siapa bapa bayi I ni"ujar Aluna.
"Ok You kata Nak ke tubestay, I tak suggest kesana I setuju tubestay itu selesa sebab kurang gangguan tapi bilik air dan toilet di luar tube serta tiada breakfast atau dining disediakan. you tetap perlu cari makan diluar terlebih dahulu"kata Freya.

"Ya you betul dan walaupun harganya murah cuma RM 100 satu malam tapi I nak stay selama 430 malam dan itu memerlukan RM 43,000"balas Aluna setuju dengan pandangan Freya.

"Kalau you nak I ada honestay milik my parents di Cameron Highlands, tempat yang dingin sesuai untuk healing dan I tak akan beritahu daddy lokasi you,ok"ujar Freya.
"Sounds great Frey, berapa yang i perlu bayar?"soal Aluna.
"For you, its free of charge, Mak Kantan ada tinggal di situ untuk sediakan makanan you. i akan bayar semuanya kepada Mak Kantan, melainkan you ada permintaan istimewa, You perlu cari bahan masakan untuk Mak Kantan,ok?", kat situ pun dah disediakan Wi-Fi so You tak akan bosan"sambung Freya lagi.
"Ok kalau you setuju hujung minggu ni kita pergi. nak bawa dua kereta or sebuah jer"soal Freya.
"Bawa kereta I jelah, Tesla I tu belum bawa jalan jarak jauh lagi. nanti you balik dengan bas or teksi ok tak,"so you tak penat nak drive."kata Aluna.
"Ok juga begitu."balas Freya.

"Aluna memasukkan kesemua pakaian ke dalam luggage. Dia cuma mahu melarikan diri dari Dion kerana Dion akan memarahinya atas tindakan bodohnya Pergi dengan lelaki tidak dikenali ke sebuah hotel.Rancangan awal Aluna Ialah untuk memerangkap Dion dengan kehamilan tapi dia hamil sebelum sempat menjalankan rancangannya itu. semua kemudahan yang dia dapati daripada Dion akan hilang begitu saja saat kehamilannya terbongkar.

Bayi dalam kandungannya telah menyusahkan dia tetapi Aluna tidak cetek akal nak menggugurkan kandungan itu. kerana pengguguran secara paksa boleh mengancam nyawanya.
Semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands Freya bercerita tentang kewujudan homestay milik keluarganya di Cameron Highlands itu.

"Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak.
Cameron Highlands terletak di bahagian Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Ketinggiannya berubah-ubah mengikut lokasi di antara 1 070 meter sehingga 2 031 meter dari paras laut.
Semasa mama dan papa memilih untuk tinggal di Malaysia adalah kerana kulit I sangat sensitif dengan cuaca sejuk.Namun misterinya adalah, Kulit I i menjadi ruam dan berbintik-bintik merah akibat terdedah dengan suhu panas di Malaysia. papa juga tidak tahan dengan cuaca panas. pada tahun 1975 Papa di tawarkan sebidang tanah di Ringlet Cameron Highlands. papa membina rumah penginapan kami disini. suhu sejuk di Cameron ini sesuai dengan kulit, tetapi apabila papa mula membina Marisa gold company, kami berpindah ke kota Kuala Lumpur dan menjadikan rumah di Cameron sebagai inap desa.I dah cakap pada mama dan papa bahawa you akan menghuni rumah ini dan mereka pesan supaya tidak mengambil apa apa bayaran daripada you. You boleh tinggal selama mana you suka.ok?"cerita Freya.

"Frey, please tolong I, jangan dedahkan kepada daddy dimana I berada ok"pesan Aluna.

"Homestay ni berdekatan dengan beberapa buah hotel terkenal contohnya the lake house cameron yang dibina dengan ciri ciri khas bangunan dari kerajaan British oleh wakil Resident British di zaman pendudukan British di tanah Melayu.
You boleh pergi ke pasar malam yang berdekatan untuk mendapatkan buah-buahan buahan segar serta menikmati secangkir teh hangat di boh tea plantation Atau Bharat tea plantation. "ujar Freya sebelum meninggalkan Aluna di rumah penginapan milik keluarganya bersama Mak Kantan.

Bermulalah kehidupan baru Aluna di bumi yang dingin itu.

hari ni Che da akan tamatkan novel ni. dah sampai masa tamat buat apa kita panjangkan ye tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience