Lima

Fanfiction - KPOP Completed 734

Setahun kemudian...

Betullah apa yang aku cakap, tu kali terakhir aku jumpa Changbin. Aku berjalan menuju tempat kerjaku iaitu di Street Korea Caffee.

"Haera!" aku memanggil Haera yang berada di kaunter.

"Harh datang pun kau" ujar Haera, dia segera pergi ke stor. Nak balik cepat lah tu, itu kan Haera.

Aku pergi ke stor lalu menukar pakaian. Selesai menukar pakaian, aku pun pergi kat kaunter. Tak sampai 5 minit aku berdiri di kaunter ni, 3 orang pelanggan yang amat dikenali masuk ke caffee.

"Hyuni! Sua! Junghwa! Annyeong" aku memberikan senyuman lebar kepada mereka. Mereka bertiga turut senyum padaku.

"Lambat korang datang harini" ujarku sambil membuat pesanan. Aku tau sangat yang tiga orang ni selalu pesan Amerikano.

"Tu lah, aku pun tak sedar yang kiteorang datang lewat" ujar Hyuni. Aku ketawa halus sebagai respons.

Apabila air mereka selesai, aku memberikan pada mereka lalu mereka pun keluar.

"Dieorang tu kerja tak ye?" gumamku sendirian.

Bila aku tengok balik Sua dan Hyuni nampak lebih muda dari aku. Junghwa pula nampak seumur denganku.

------------------------

9:00 malam

Bila aku keluar dari caffee, aku terdengar seseorang memanggilku. Apabila aku berpaling, terkejut aku melihat Changbin.

"Changbin?"

"Jom aku hantar kau balik, sambil² tu boleh lah kita berbual" ujar Changbin. Aku hanya menganggukan kepalaku, takut gak aku nak balik seorang diri malam² camni.

"Kau dah tak call aku lepas aku confess" ujarku sedih. Kedengaran Changbin mengeluh.

"Aku bukan taknak call kau, tapi aku nak bagi masa kat kau" ujar Changbin. Aku menanggukan kepalaku, faham apa yang dia cakap.

"Thanks sebab bagi masa, aku dah ready nak kena reject" ujarku. Changbin berhenti berjalan, begitu juga denganku.

"Reject?"

"Aku tahu kau akan reject aku. Iyelah, aku ni bukan macam perempuan lain kat luar sana. Aku tak pandai masak, tak pandai makeup, perangai macam lelaki, tak bijak plak tu" ujarku. Mataku mula berkaca.

"Eun jangan cakap macamtu" Changbin mengusap belakangku. Aku mengetap bibirku tahan nangis.

"Eun, aku bukannya nak reject kau tapi aku tak bersedia lagi. Aku still lagi terkejut bila kau confess kat aku. Kita dah berkawan bertahun², tiba² kau confess" Changbin menatap dalam² mataku.

"I hope you understand"

Aku menanggukan kepalaku dengan senyuman yang penuh kesakitan. Changbin menghantarku pulang. Apabila aku masuk ke dalam bilik, aku terus menangis sampai aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience