Sembilan

Fanfiction - KPOP Completed 734

Tiga bulan kemudian...

"Binnie!" aku memanggil Changbin yang tengah menunggu di bawah pokok. Jangan tanya aku kenapa dia tunggu aku bawah pokok.

"Eunnie" Changbin senyum kepadaku. Aku terus memeluknya, dia membalas pelukkanku.

"Miss you~" aku memuncungkan bibirku. Changbin ketawa dengan perangaiku yang seperti budak².

"Mian, Binnie sibuk comeback" ujar Changbin sedih. Aku memberikan ciuman di pipinya.

"Sokey Binnie, Eunnie faham" ujarku dengan senyuman. Changbin menciumku di bibir (kami tau kami sweet HAHAHA).

"Jom lah jalan²" Changbin menarikku untuk berjalan². Seperti pasangan kekasih yang normal, kami memegang tangan masing².

"Jom beli aiskrim!" aku menunjukkan ke arah lori aiskrim. Changbin menganggukan kepalanya, kami pun pergi membeli.

Seperti biasa, aku membeli aiskrim cokelat manakala Changbin membeli aiskrim vanila. Selepas beli aiskrim, kami sambung berjalan².

Changbin tiba² ketawa membuatkan aku hairan.

"Waeyo?"

"Eunnie ingat tak masa Eunnie confess kat Binnie? Kita makan aiskrim perisa camni lah jugak kan? Taman ni pun. Cuma bezanya sekarang, kita dah bersama" ujar Changbin.

Aku ketawa halus apabila teringat kembali masa itu. Lawak bila ingat balik, malu pun ada.

"Tak sangka...Kita start berkawan dari sekolah rendah, mula rapat bila masuk sekolah menengah dan dah jadi pasangan bila dah habis sekolah" ujar Changbin lagi. Aku menganggukan kepalaku.

"Jodoh"

"Jodoh lah bila Eunnie confess pastu lari tinggalkan Binnie" Changbin terus ketawa apabila selesai ayatnya. Aku berpaling ke arah lain kerana malu.

"Dah arh, taknak kawan!" aku terus lari meninggalkan Changbin. Changbin mengelengkan kepala lalu mengejarku.

-------------------------------

Setahun kemudian...

Aku bersiap² untuk berjumpa Changbin. Dia cakap nak jumpa aku kat Sungai Han. Tapi bukan setakat Changbin je ada kat sana, member Skz, Hyuni, Junghwa dan Sua turut berada di sana.

Aku menaiki kereta appa lalu pergi ke Sungai Han. Sekarang aku dah ada lesen memandu ye awuck².

Sampai di Sungai Han, aku mencari² di mana mereka. Biasanya mesti mereka duduk di kawasan tersorok. Akhirnya selepas aku berjalan² sekeliling, aku nampak mereka.

Apabila aku pergi ke sana, aku melihat Minho sedang melamar Junghwa.

"I love you my baby Junghwa"

"I love you too"

"Eh jap², kau tiru Hyunjin masa Hyunjin nak melamar aku kan?" tanya Hyuni. Semua memandang Hyuni sebelum menganggukan kepala.

"Alah, ada lah sikit aku guna idea tu" ujar Minho lalu semua orang ketawa.

"Annyeong semua!" aku datang dengan penuh tibernya. Semua memandangku terkejut.

"Kau dah terlepas masa Minho lamar aku takdi!" ujar Junghwa sedih.

"Alaaa, aku tengok lah. Cuma aku menyorok sekejap, aku tunggu masa yang sesuai untuk keluar" ujarku. Semua menganggukan kepala.

"Aku plak" Changbin tiba² bangun lalu berjalan ke arahku. Dia mengeluarkan cincin yang berada dk dalam poketnya.

"Will you?" semua terkejut dengan Changbin termasuklah aku. Aku membuat muka sedih.

"Mian Binnie, I can't" aku menunduk. Semua di situ terkejut dengan respons ku.

"But why?!" tanya Changbin sedih. Dia menatapku tak percaya.

"Sebab dalam hatiku dah ada orang lain" ujarku. Semua menekup mulut kecuali Hyuni, Sua dan Junghwa. Mereka tahu yang aku sedang main² sekarang.

"Siapa?!" tanya Changbin sebak.

"Seo Changbin" aku senyum memandang Changbin. Changbin terkaku seketika, beberapa saat kemudian barulah dia sedar yang aku 'prank' dia.

"Ish Eunnie!" Changbin menolak lembut bahuku. Dia memandang ke arah lain.

"Alah majuk ke?" aku segera memeluk Changbin. Apabila aku melihat mukanya, dia menangis wehhh

"Eh baby Changbin menangis!" ujarku lalu ketawa. Semua di situ turut ketawa.

"Alaa, lain kali jangan main² camtu tau" Changbin memandangku. Mukanya dah basah kerana menangis. Uit, sayang sangat kat aku tuh.

"Ok², Eunnie janji" ujarku lalu mengesat air matanya. Changbin senyum padaku. Dia mengambil cincin takdi lalu menyarungkannya di jari manisku.

"KAHWIN!!!" jerit Hyuni. Semua menepuk tangan kepada pasangan Minho dan Junghwa, aku dan Changbin.

@Sorry sebab banyak skip time :-( @Hope enjoy!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience