Lapan

Fanfiction - KPOP Completed 734

"Weh, kenapa kau buat camtu?" aku memandang Changbin. Kami sekarang dalam perjalanan pulang.

"Saje, kita kan BFF normal lah kalau buat camtu" balas Changbin dingin. Dah dia ni kenapa macam nak marah aku.

"Dah kau ni pesal macam nak marah aku?" tanyaku sedih. Changbin memandangku lalu mengeluh.

"Aku...Jealous sebab kau pergi makan dengan Bang Chan" jawapan Changbin membuatkan jantungku berdegup kencang.

"Ngeh, kau jealous sebab aku ni BFF kau" ujarku lalu jalan meninggalkan Changbin. Acah² jual mahal, padahal dalam hati berharap sangat yang Changbin confess kat aku.

"Eun!" Changbin memanggilku, aku berpaling ke arahnya.

"Iye?"

"Aku jealous" aku mengangkat keningku sebelah. Dah kalau kau jealous aku nak kena buat apa?

"So?"

"EUN KAU DENGAR TAK?! AKU JEALOUS?!" Changbin menjerit padaku membuatkan aku sedikit takut. Nasib takde orang kat sini, kalau tak aku takut plus malu.

"Tak perlu lah jerit!"

"Dah kau tak faham sangat!"

"Iye kalau kau jealous tu jealous je lah, takyah nak menjerit²!"

"Eun aku jealous!!!"

"Lepastu?!"

"Kau ni bengap lah!"

"Kau pesal nak kutuk aku plak?!"

Kami berdua tarik nafas dalam², letih menjerit kat sesama sendiri. Aku menatap Changbin dan Changbin menatapku. Changbin mengeluh lalu mendekatiku.

"Belum couple lagi kita dah gaduh macamni" ujar Changbin. Aku berpaling ke arah lain, Changbin ada betul² di hadapanku dan sangat dekat denganku.

"Apa maksud kau 'couple' herph?" tanyaku buat² tak tahu. Aku macam tau je apa yang akan terjadi lepasni tapi aku taknak bagi hope sangat.

Changbin memusingkan kepalaku menghadap mukanya menggunakan ibu jarinya. Dia menatap dalam² mataku.

Oleh disebabkan suasana yang sepi, boleh dengar detak jantungku dan detak jantung Changbin. Yang aku terkejut, bukan jantung aku je berdegup kencang malah jantung Changbin juga.

"Eun, aku jealous...Sebab aku cintakan kau" ujar Changbin lalu perlahan² mencium lembut bibirku. Dia meleraikan ciuman, dia menatapku dengan senyuman.

"I love you" ucap Changbin. Aku senyum malu² apabila dia ucap macamtu. Tanpa membuang masa aku menciumnya. Dia sedikit terkejut tapi dia tetap membalas ciumanku.

---------------------------

Keesokan harinya...
-Di bangunan Jyp, bilik practice-

Kami masih menyembunyikan hubungan kiteorang. Kadang² Changbin curi² memandangku, kami sama² ketawa halus apabila mata kami bertembung.

"Apa cite dah kau dengan Changbin?" tanya Hyuni yang membuatkan aku terkejut. Aku menggosok dadaku.

"Kejut aku, aigoo" Hyuni hanya tersengih² padaku seperti kerang busuk.

"Macam mana apa? Macam tu lah" balasku menahan senyum. Kalau aku cerita pasal semalam mesti dieorang tak peecaya.

"Iye ke? Aku perhati bila korang tengok sesama sendiri, korang senyum²" ujar Sua curiga. Aku mengelengkan kepalaku dengan muka serius. Whoa susah gak nak kena berlakon.

Belum sempat aku mahu bercakap, tiba² ada yang memelukku dari belakang.

"Aip, kenapa kacau girlfriend saya ni?" tanya Changbin. Mereka bertiga terus ternganga bila Changbin cakap macamtu.

"Wait², ni girlfriend teman wanita or kawan perempuan?" tanya Junghwa. Aku dan Changbin memandang sesama sendiri sebelum ketawa.

Hyuni bangun lalu berlari² keliling bilik practice.

"Announcement!² Seo Changbin dan Kim Eunha disahkan couple! Kahwin! Kahwin!" jerit Hyuni seperti orang gila. Member Skz di situ terkejut mendengar pengumuman Hyuni tersebut.

"Changbin, biar betul?!" tanya Han terkejut. Changbin menganggukan kepalanya dengan senyuman.

"Biasanya kalau orang kiss, mesti Changbin 'eee menyampah lah aku' , aku nak tengok skali camne Changbin kiss" ujar Minho membuatkan semua yang berada di situ tersenyum nakal.

"Ayooo Changbin hyung!!!" Seungmin menjerit lalu diikuti oleh orang lain. Mereka menepuk² tangan.

Aku memandang Changbin, Changbin juga memandangku.

"Alaaa, tak perlulah" kataku malu². Mereka ketawa dengan reaksi ku.

Tiba² Changbin menarikku lalu mencium bibirku. Kami meleraikan ciuman tersebut, aku memandang Changbin tak percaya. Agak² arh depan orang ni.

"ARHHHHHH" semua menjerit² seperti orang gila. Hyunjin dan Hyuni dah buat² pengsan, Han pula buat² call ambulance.

"Hello², ada orang pengsan di sini. Kenapa dieorang pengsan? Oh sebab ada pasangan yang terlalu sweet kat sini" semua orang ketawa mendengar lawak Han.

Aku suka suasana yang macamni :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience