BAB 5 "Si Pendua & Ambulans

Horror & Thriller Series 1024

PART 5 FULL

Kisah benar ini , kira kira 7 tahun yang lepas .Tahun2011

NOTA PENTING
Kisah Benar ini , tahun 2011 lebih kurang 7-8 tahun dahulu . Saya hanya ceritakan pengalaman saya , tidak berniat untuk memburukkan mana mana pihak . Saya berharap tiada mana mana pihak memanipulasi cerita ini .

* Gambar saya susun mengikut jalan cerita
* Sila bayangkan watak (hasan ) dan watak saya.
—————————————————

Pagi tu , aku runsing ... runsing seribu pertanyaan ...

Kenapa aku ?

Adakah orang lain turut kena ?

Siapa yang buat panggilan tu ?

Kenapa Azim renung pohoh besar itu ?

Siapa penolak kerusi roda ?

Siapa pula orang ke DUA , malam tu ?

Semua persoalan ini , tidak dapat aku kaitkan lagi , aku mula jadi lebih ingin tahu , aku nak korek sampai lubang cacing , angkara apa kah ini ...

Persoalan yang aku nak cari , Gangguan ini lebih kepada satu hospital atau secara spesifik kepada aku sahaja ..?

Bukannya aku yang tebang pokok belakang tu .. walaupun ada yang kata jangan percaya .. syirik semua tu .. jadi aku cuba kaitkan ..

Sekali lagi aku desaskan , dari kecil aku diajar untuk tidak percaya perkara ghaib , pantang bapak aku kalau aku cerita pengalam orang lain .

“ ah jangan mengarut lah , perasaan je tu , atau pun orang sengaja buat buat cerita , Abah taknak dengar lagi apa apa cerita hantu .... faham ! “

Sejak itu aku mula rasakan semua cerita yang pernah aku dengar ,bohong belaka , sengaja diada ada kan .. aku tak percaya lansung lepas tu

“ sebab tu ke aku jadi mangsa kali ni ? “ bingung lagi...

Pagi tu , selepas aku bersiap untuk bekerja pada hari yang sama , aku pun terus ke wad 5 dan wad 6 ,

WAD 5 dan 6 adalah wad dibawah jagaan aku , segala masalah atu kematian aku yang akan dipertanggungjawab kan ... seperti biasa secara rutin aku akan buat “ ward rounds “ rondaan untuk periksa setiap pesakit di dalam ward .

“ Doktor , kusut je saya nampak hari ni , baju pun compang camping “. tanya nurse zahra .

“ Malam tadi , sibuk la kak , busy banyak patient , tak dapat tidur cukup ni .” aku jawab ...

Staff nurse zahra pun mula lah buat rondaan ward dgn aku ...

Masa sedang rondaan dari satu katil ke katil yang lain ... tiba tiba timbul satu persoalan , aku tanya ...

“ Kak malam tadi , siapa shift malam ward 5 & wad 6 eh ? “ tanya aku ..

“ ok sekejap akak periksa jadual , nanti aku periksa buku pass over skali ya “

Berdebar juga aku tunggu jawapan nurse zahra ni ...

“ okay doktor , saya dah semak , semalam wad 5 , kak azi dan kak mah,
wad 6 pula , kak noriah dan kak ina . , kenapa doktor tanya ?”

“ oh , semalam takda staf laki kerja ? azim kerja bila ? “

“ eh , azim cuti seminggu , minggu depan rabu baru dia masuk balik “ jawab nurse zahra .

Ah , sudah ... aku tak rabun , aku yakin malam tadi tu azim , dengan lenggok berdiri , janggut sejemput .. memang sajak sangat dengan azim .. tak ada staff laki lain untuk wad 5 atau 6 ...

Dah la pening memikirkan masalah pesakit , nak fikir pasal ni lagi ...

“ kak jom kita sambung katil belakang “

Masa tu dekat wad 6 , selalunya kes Kronik , kes sakit yang berpanjangan , antara kes yang ada di wad 6 salah satunya ( AIDS /Hiv) selalunya diletakkan di belakang .

Aku pun pergi kepada pesakit ni En Hasan ( bukan nama sebenar ) , muda lgi umur 34 tahun , Malangnya telah dijangkiti Virus Hiv yang menyebabkan Aids . Acute immunodificiency syndrome . Aids ni ada lah penyakit yang semua sedia maklum , tiada penawar spesifik melainkan rawatan untuk mengurangkat simptom seperti demam , sakit , gatal badan , luka busuk , ceret beret dan lain lain .Jangkitan ini menyebabkan tahap imunisasi dan antibodi kita menjadi lemah , lalu badan tidak mampu melawan segala kuman yang masuk ke dalam badan kita . Pendek cerita , Hasan ni , dah berminggu lamanya terlantar . Lemah , longlai ....

“ assalamualaikum hasan , hari ni awak ok tak ,? “ dah ada selera sikit ?

“ kak zahra , pagi tadi awak tukar lampin dia , masih ceret beret lagi ke ?” tanya aku sambil menggodek sukatan Iv Drip .

“ Pagi tadi saya tukar , nampak masih ada lagi sikit cirit birit “

tiba tiba ... hasan bersuara ...

“ terima kasih doktor , teman kan saya malam tadi ... “ senyum ikhlas dari hasan .

kak zahra mula pandang aku ... aku pandang kak zahra semula ... makin debar .. aku dibuatnya .. dari mengantuk .. segar semula

“ hasan , semalam saya datang tengok awak tu jam berapa ya agak agak ? lupa lah .. maklumlah... penat sangat .. “ aku sengaja tanya agar tidak nampak mencurigakan ...

hasan menjawab ...

“ malam tadi doktor datang lebih kurang jam 12 malam , datang hujung katil , doktor perati saya ... lepas tu doktor pegi kerusi hujung sana tu duduk , doktor tenung je luar tingkap menghadap belakang ... sampai saya tertidur , tapi saya terjaga dalam jam 5 pagi lebih , sebelum subuh .. doktor masih duduk disana ....lepas tu saya tertidur semula ...risau juga doktor kat saya ya “ “ agak agak bila saya boleh pulih sihat semula ,? penat lah cirit birit macam ni ..

“ oh ya lah , maaf hasan saya tak perasan , agaknya saya tido nyenyak dikerusi hujung tu ... tu lah saya risau ni keadaan awak , awak kena pastikan cukup minum dulu , makan sikit pun tak apa “ “saya akan pastikan hidrasi awak bagus guna drip air , tapi awak kena bantu saya untuk minum lebih ya “

aku menjawab sambil keliru ...

Hasan ni saja nak menakutkan aku ke apa ini ?

“ okay lah kak zahra , nanti akak ikut je apa yang saya dah pesan dalam fail pesakit , hasan ni pastikan IV drip cukup , pastikan dia minum air juga , suapkan banyak kali pun tak apa janji air masuk ya
“ Akak make sure ikut arahan ni ya

‘ Iv Drip Normal Saline 5 pints over 24 hours
Monitor Urine Output , Sugar level
Charting input output
Vital Signs every 2hrs x 3 . if stable then 4hourly .
Encourage orally
Continue Medication.
Inform Stat if hypotension or hypoglycemic , tachycardia.. ‘

aku pun keluar wad penuh kebingungan , nak cari jawapan lain , persoalan baru pula timbul ....

Siapa pulak yg teman si hasan ni ?

Aku pun terpaksa mengiyakan , takut nanti ganggu emosi hasan . Dah la dia sorang dibelakang , badan dah lemah , nak bangun jalan pun tak boleh . Nanti kalau dia meracau ... aku juga yang susah

Petang tu sebelum pulang aku terserempak dengan pak leman di pondok kawalan ....

“ pak man ! tunggu kejap, nak tanya sikit “

“Semalam pak man nampak saya berjalan ke rumah mayat tu , kami jalan rapat atau berjauhan ?”

“ pak man nampak jelas , dia betul2 di belakang kamu , pakai baju putih” ,macam uniform MA ( dressar) “

“ haih .. makin berderau ... sampai bila dia nak ikut aku ni ?

“ kenapa aku !! pergilah kacau pengarah hospital ke , driver ambulans ke .... “ aku mengeluh

“ kenapa tanya soalan tu ?” tanya pak leman

“ tak ada apa lah pak leman , saya ni sejak dua menjak ni pelupa , saja nak check staff mana kerja malam tadi “ ujar aku..

Fuh makin bingung ... boleh hilang akal ni ...Si azim cuti , si hasan kata aku teman dia , si pak leman kata aku berjalan dengan dressar....

“ ok lah pakman saya balik dulu , nanti jumpa lagi ya, esok petang kita pergi minum kopi .., ada cerita saya nak kongsi ni ..,, “

Aku pun pulang , macam biasa nak kemas baju baru ... haih .. ni aku balik rumah ni .. tah apa lagi tah nak datang ni ...

Aku pun cepat2 pulang ke rumah , kemas barang sementara hari masih terang ...

Aku masuk rumah tu ... aku jalan perlahan mengintip bilik tamu ...
“ ha , dah takde seruling ni , “ biar betul ...
Hairan bin ajaib bin ajib betullah

Hari terang , sekurang kurangnya tak lah takut sangat ...

Syukur aku tak diganggu petang tu ..

aku membuat keputusan untuk tido di hotel , ye lah segan la nak tidur rumah zam lagi .... nak tidur rumah sendiri... err....

Aku pun check in lah di satu hotel betul2 dibandar mersing , siap ada pemandangan sungai sebelah pasar . Fuh aman dan damai .. lega hati ..,walaupun malam ni aku sorang , Hotel ni pun ramai orang , tak lah takut sangat ... ada geng lah jugak ..

Malam tu .... seperti biasa jam 10 aku dah mula baring , nak tidur awal ... tutup lampu.., akhirnya .... tak sampai 5 minit aku dah lelap ..

“ kringggg ... kringgg ....”
“ kringggggggg....... kringggggg “ nada deringan telefon nokia rama rama (mesti korang tak percaya , takpe jangan percaya he he..)

Telefon bimbit aku berbunyi ... jam 2 pagi , aku terjaga dari panggilan yang terpapar di skrin telefon ... panggilan dari Awi , staff hospital jabatan kecemasan ..

Awi ni antara kawan kawan dressar yang aku rapat , kami punya minat yang sama , minat main kereta dan ubah suai kenderaan , Awi geng honda .. kalau dia belanja bunyik ekzos .. memang “ PRANGGGGG “......Kalau lepak dengan awi ni mmg kadang sampai ke pagi . Atau pun kalau aku oncall , awi pula shift malam ... kalau takde kes .. kita biasanya pergi ke bandar lepak minum dekat mamak .. tak kira lah jam berapa sekalipun ...

“ eh si awie ni nak apa telefon 2 pagi , aku tak oncall lah hari ni “ tapi aku jawab juga panggilan tu ...

Sambil aku intai kearah tingkap .... tompokan air di cermin mengaburi sinaran dari luar .. makin lama makin kabur....Makin suram cahaya terbias ke dalam bilik aku .. hujan tadi yang renyai makin lebat ...

“ hello wi ... ada apa wi telefon pagi buta ni ? “

Awi bertanya ...

“ Bos , “ on the way “nak pegi wad ke tu ? Rajin benar , takkan nak tengok pesakit dekat wad pagi buta ni ... tadi saya panggil , bos tak dengar ... Tapi bos tak oncall kan hari ni ? kenapa tak duduk dirumah saja? .... bos !! Ada benda nak tunjuk ni .. Jom la pegi minum dulu ... “

Bebel si awi ...

“ ko jerit panggil aku ke tadi ? aku curiga...

“ aah , saya jerit , bos TOLEH tapi jalan terus ...tak sahut pun ... tu yang saya telefon ni ... jom la pegi ngeteh kejap , hujan2 ni kena air panas syok sikit ... saya nak tunjuk barang baik ni “ kata awi ...

Branggggggg !!!! Branggggggg !!!!!
Guruh berdentum nyaring ... percikan prisma cahaya BIRU PUTIH yang berkilap masuk kebiliku selari dengan ritma gegaran guruh ....

Dan ....

Dalam bilik hotel yang ku sangka kan selamat dan selesa ... Kini tampak suram , sunyi dan sepi ... ditemani biasan cahaya lampu jalan dari luar ... & Deringan guruh yang berdentum konstan...

Mata terbeliak kejang ... aku tergamam ... Jantung berdegup laju .. Pulsa terngiang ditelinga ... hujung hari kaki sujud ke bumi

“ bila pulak aku ada dekat hospital ? “ sejenak dalam HATI ...

aku dapat merasakan bagai ada sesuatu yang tak kena .....

“ helloo .. helloo ....”””......tett tett tetttt.....

Aku terus tamatkan panggilan

Tak sanggup lagi aku nak bayangkan.. bingung segenggam lautan ...

Aku rebahkan semula jasad ketar ini , gigil sejuta sel sel badan ... meremang ? rasanya dah nak tertanggal segala bulu bali ...
badan mengiring menghadap pintu masuk ....
selimut aku tarik menutupi sampai ke mata ..
Meniarap sambil tangan seluk dibawah bantal .... aku pejam mata sekuat kuatnya
berharap cepatlah muncul matahari pagi

TAPI.... !
Tiba tiba .....

“ shhhhhh ..,, shhhhh ..,,, “ datang nya dari hujung pintu ...

“ahhh .. apa pula kali ni , aku genggam bantal sekuat hati ... tapi aku buka mata sedikit mengintai ...

Retina kecil ku terpaku pada satu bayangan ,

Bayangan di antara cahaya yang masuk dari celahan bawah pintu ...

Kali ini .. aku tiada jalan keluar ...

Pernah tak korang , yang pernah kena , tiba2 satu surah apa pun tak ingat
“ Allahuma bariklana...” eh macam pelik je ni ... terkumat kamit
.. aku hampir baca doa makan ...

“ laillaha illallah “ “ allahuakbar “ itulah ungkapan yang hanya aku mampu ulangkan..,

Ya Allah ... Kau duga aku sekali lagi ....

Dalam rimbunan selimut , terketar satu badan , deruman guruh yang saling berdentum ... Retina mata ku sekali lagi fokus , kini lebih tajam ...

“masyallah “... bayangan dua kaki yang sedang berdiri didalam kegelapan ... disudut hujung ... aku hairan .. bukan ke selalu nya kelibat ni dalam filem pakai kain jubah ?.. tapi kali ini aku nampak bayang2 kaki .. dari biasan cahaya yang datang dari bawah pintu ....

Tiba tiba ... hidungku setajam anjing buruan ... lalauan bau hanyir .. senak ke dalam rongga hidung .. aduh.. tak tahan .. bagaikan bau bangkai ...

Makin laju .. kumat kamit “ lailahaillah , “ allahuakbar”

Ayat kursi ? tiba tiba lansung tak muncul di fikiran , Nak mula surah macam mana pun tak ingat ... aku “ blank” !

Dalam hati .... “ habis lah aku ... nak buat macam mana ni ... kalau aku jerit kang , orang seblah ingat pondan mana jerit2 malam malam ni “

Dulu aku pernah cerita kan tentang respon automatik manusia “ fight or flight ?” ... ( lawan atau lari ) kali ini , nak lari .. lari ke mana ? Sang kelibat dihadapn pintu , takkan aku nak keluar ikut tingkap .. tak pasal nanti masuk berita doktor bunuh diri .. lagi merapu....

Nak lawan ? aduhai .. aku kalau boleh taknak tengok lagi kelibat tu dengan jelas , cukup lah bayang2 dah buat jiwa goyang ...

Jadi lawan pun tak boleh , lari pun tak boleh , aku mengambil keputusan untuk mengelak ...

Aku pusingkan kepala , perlahan2 masuk ke bawah bantal ... mata aku penjam kan kuat kuat ... kaki kejang .. rapat....

Tiba tiba ...

“ tap... tap..,, “

aku terasa bahu kanan ku disentuh ... ditepuk perlahan dua kali ...

Aku tak endah kan ... aku tetap meniarap kepala di bawah bantal .. Sesak nafas tau tak ? rasa macam tak ada kerja lemaskan diri sendiri ...

“ tap ... tap... tapp”

Kali ini , kali ke tiga.... ahh sudah, habis lah aku ....

Kali ni aku cuba toleh kepala ke kanan , masih dibawah bantal ... aku cuba intai jika jika ada jasad atau kelibat yg berdiri atau duduk disebelah ...

Tak nampak pula ... rasa nak kejang satu badang , meremang bagai nak gila...

Tiba tiba, aku intai lagi .. aku amati ...disudut hujung tingkap ...
bagai ada satu lembaga yang berdiri , gelap , menutupi biasan cahaya dari luar ... bentuk kepala , bentuk badan ... lurus ke bawah

“ apa pula ni ... bila masa dia beridiri disitu pulak ! “ keluh dalam hati ...

Terperangkap .. hanya katil sahaja kawasan yang aku ada .. aku kaku ..

“ adui .... apa nak buat ni ... “

“ shhhhhh ... shhhhhh “ datang dari telinga kiri ... maknanya datang dari belah pintu ...

tapi yang paling menyeramkan ... bunyi tu datang betul2 sebelah telinga ....

aku tekap muka aku lebih kuat

Aku tak boleh tahan , bau hanyir .. bangkai ... lumpur , lumut ... apa lagi ? semua ada ...

Aku harap aku bermimpi , tapi tidak ...

srettttt....

Selimut di tarik , kini tidak lagi menutup muka , aku makin kejang , makin gigil ... makin lama makin turun ke pinggang .. kini tiada apa lagi yang menutupi aku dari pinggang ke atas ...

Kenapa macam sama dalam filem hantu yang lain ? Aku tak faham ....

Muka masih di bawah bantal ....

Bagaikan nak histeria perasaan pada masa tu ...

Dia usik lagi ...
“tap... tapp ...”

Tepat ditulang belakang ku .....

“ haih boleh gila macam ni “

aku tak tahan lagi , bagaikan budak yang sedang di perkontang kanting kan

“ JANGAN KACAU AKU ! Ya allah Kau lindunglah aku !! Allahuakbar !!

BRangggg !!! guruh makin kuat .. berdentum dentum !!! kilat sabung menyabung ...

Cahaya biru putih saling terpancar di balik langsir menampakkan rimbunan bayang yang jelas ...

aku makin kejang , tak boleh lari , hanya menjadi saksi kepada kewujudan ..

, Kali ini lebih jelas penampakan susuk bertubuh seakan manusia , di belakang langsir , susuk bonjolan kepala yang bujur , dilitupi garis rambut mengurai panjang jatuh ke bahu , rangka tangan yang panjang ... sambil jari jemari menari

kemudian hilang ... bagai hembusan asap yang menyelinap pudar...

Aku kaku mencari ... Mata ku menular , tular ke atas , bawah , kanan dan .. perlahan lahan terpaku nya aku di tolehan ke kiri ...

Aku gumpal kan cadar , aku gigit sekuat kuatnya ... tangan ku aku genggam seerat eratnya di hujung bantal , masukkan kembali muka ku kedalam bantal ...

kerana dalam bayangan itu ,kali ini si dia berada diatas meja solek . Duduk sambil Mengurai belai rambut ikal , mulanya pandang lurus , perlahan lahan dia toleh ke arah aku .....

“ oh shit ... sempat mencarut dalam hati ...

Langsir tadi yang separa terbuka .... tiba tiba perlahan , dengan sendirinya bergerak ketengah .. menutupi kesemua ruang tingkap ...

Aku makin gelap .....

Akhirnya .. aku tak tahan ... berani dalam ketakutan ... Korang tak paham perasaan itu...

“ Oiii !!!!! Kau nak apa sial ? !!!! ,
Dah la tu !!!! KAU NAK APA!!!
sambil muka dibawah bantal . Suara ku keluar dari celahan bantal .
Aku curi jerit ... aku dah tak tak tahan !

Tiba tiba ,

Part selepas ni , aku rasa , korang bersyukur kalau tak pernah kena macam ni ... rasa yang aku tak boleh nak terangkan lagi ... kalau aku ada sakit jantung , mesti dah meninggal ...

Tusukan hujung jari yang ku rasa menyentuh mulai kulit tengkuk , perlahan2 belaian jati turun ke pinggang , selari dengan tulang belakang .... aku makin kejang , mata makin rapat .. gigil tetap gigil .. selimut tutup separa.

Aku rasa aki dialayan bagaikan kucing , haiwan belaan yang dibelai2

Masa tu .. aku memang rasa nak gila , nak jerit tak boleh ..., mulut keras tertutup ... makin lama rasa makin berat ...

Mesti ramai yang pernah kena Timpa kan ? ha macam tu lah... tak mampu nak gerak kan apa pun anggota badan ...

Hinggah lah aku penat , akhirnya aku tumpas , aku terlelap , aku tertidur bersahaja ...... dalam keadaan yang pasrah.

Esok pagi nya aku tak bekerja .. sakit kepala tak boleh tahan , aku dah kasi tau pada rakan sekerja dan pengarah yang aku tak sihat ... aku masih terbaring di atas katil , merenung sekeliling bilik , betapa aku diduga tanpa belas kasihan .. malam tadi ...nasib baik tak histeria ...

Aku pun bersiap untuk pulang dan “ check out “ dari hotel ..

Setibanya aku dirumah ... aku duduk di sofa , terfikir sejenak ...

Adakah rumah ni yang berpuaka ?
Adakah bilik hotel tu yang berpuaka ?
Atau sebenarnya si puaka ni semua yang ikut aku ?
m

Soalan macam biasa , malam ni nak tidur mana ?

Perah otak , puas memikirkan .. akhirnya aku berpendapat sebenarnya , aku lah puncanya , Si kelibat itu hanya ikut aku kemana sahaja , dan dah mula sikit demi sedikit untuk menunjukkan diri .

Tapi ada kah kelibat itu satu ? atau lebih ?

Tapi , bagaimana dengan hasan ? macam mana pula die nampak aku dalam wad ? Kenapa aku ada pendua ? kenapa si dia bertukar wajah bak iras aku ? Ke dia nak rasa macam mana jadi hensem ? ( acah je , jangan marah )

Bagaimana dengan awi ? yang nampak aku sedang berjalan ke wad sedangkan aku berada di hotel ?

Kenapa aku ada pendua !!!

Korang pernah tonton filem “ VERONICA “ ? kisah benar tentang seorang remaja wanita berumur 15 tahun yang memuja syaitan menggunakan Ouija Board ? Ada satu babak dimana , veronica sedang berjalan dan terserempak dengan Si PenDua sendiri , muka , pakaian , yang sama , cuma ekspresi wajah yang lain . Tapi malangnya veronica meninggal selepas 6 bulan diganggu kelibat itu . Waktu itu polis yang menjalankan siasatan terjumpa gambar veronica yang terbakar , selepas dari itu semua polis yng terlibat , jatuh sakit selama sebulan , Dan ketua penyiasat dipindahkan ke daerah lain .

Jadi Si Pendua ini , ada kah perkara ini memang sama tak kira dari mana negara , Contoh veronica datangnya dari Spain .

Kesimpulan yang aku dapat rencah kan , kau pasti akan terserempak dengan si Pendua jika ada yang sedang mengikuti kau .. Atau selama ini dia ada , tapi kau tak perasan atau pun kau belum bersedia untuk nampak ..

Aku cuma risau jika psikologi aku makin terbawa bawa dan menyebabkan gangguan jiwa . Syukur alhamdulilah ada penawarnya.

Rimas betul hidup macam ni , jadi aku bercadang untuk adakan kenduri doa selamat . Aku pun telefon Chaku , korang kenal kan chaku ? Penulis buku ghospital tu . Junior aku masa university.

“ Bro bila free tak kerja , aku cadang nak buat doa selamat , jom la turun mersing , pantai cantik kot .Boleh berkonvoi layan jalan selekoh “ tanya aku pada chaku. Try lah bmw m sport kau tu , takkan bawa pergi pasar je” saja aku perli dia ..

“ So far mula esok aku cuti bro , tak ada apa plan , ok juga tu , makan kenduri free , “ balas chaku ..

Aku tak mahulah kasi tahu dia apa sebenarnya sebab aku minta dia turun ke mersing , dan kenapa aku nak buat kenduri doa , takut nanti dia tak mahu datang... Jadi aku pancing dia dengan kecantikan pantai .... Kami memang sama sama minat main kereta , seronok dapat layan selekoh dari mersing ke endau .

“Tapi chaku boleh datang esok , malam ni macam mana eh “ aku pening ..

“ ahh tengok lah macam mana , terpaksa tidur rumah , tidur dekat sofa , pasang tv , pasang lampu , kalau apa apa nak lari dah dekat , bijak plan ni , bijak ... “ aku berbangga ..

Pada malam tu , aku dapat panggilan dari wad jam 11 malam ..

“ Doktor , maaf ganggu , saya tahu bos tak oncall , tapi saya nak inform tentang hasan ... , Tekanan darah menurun , makin pucat , kurang respon , jantung laju , saya periksa lampin dia ..banyak darah lah doktor , saya dah inform doktor oncall ,tapi saya sengaja kasi tahu doktor sebab hasan kan masih dalam wad 6 “

“ Ok baiklah, saya datang sekarang , tolong saya ambil darah untuk periksa kandungan darah secepat mungkin , sementara itu , Laju kan IV Drip , periksa Sp02 tahap oksigen , jika kurang dari 98% , mulakan Nasal prong untuk bantu pernafasan )

Aku pun terus bergegas ke wad , setibanya aku disana , hasan masih lemah ,

“ berapa bacaan darah merah ya ? aku tanya misi ..

“ hemoglobin terbaru 7.0 , doktor “!

Patut lah hasan makin lemah , akibat pendarahan ... Hasan perlukan bantuan tambahan darah ... Aku pun menghubungi hospital johor bahru untuk rawatan lanjut pada pakar ...

Akhirnya hasan diarah untuk dihantar ke hospital johor bahru , untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut ...aku lega ..

Selesai persiapan untuk menghantar hasan ke hospital johor bahru , ambulan sudah pun berada di hadapan wad..

Kami pun tolak hasan masuk ke ambulan ... sebelum aku tutup pintu belakang ambulan ..

Tiba tiba tanga hasan menggengam tangan ku dirangka stretcher ...dia tarik lengan ku kebawah mendekati mulutnya .. hasan berbisik ..

“ Saya dah tahu , malam sebelum tu bukan doktor kan teman kan saya , ?tanya hasan ...

alamak ... aku tergamam

“ kenapa tiba tiba awak cakap macam tu san ? tanya aku

“ malam tadi , dia datang lagi , kali ini betul2 duduk sebelah saya , mula mula saya ingat doktor, rupa memang sama , tapi dia senyap pandang ke tepi .. saya pelik ... saya tanya

“ doktor kenapa duduk di sini ? tak balik rumah ke ?

“ benda tu pusing ke arah saya , saya terketar, tiba tiba rupa berubah ... dalam gelap ..rambut panjang , muka bekedut , bau hanyir busuk ... bayang2 senyuman ke arah saya , saya tak boleh lari mana , saya rasa badan berat , saya jerit pun nurse tak dengar , saya menangis .., saya dapat rasa air mata mengalir , saya kaku “
mata mula terbeliak balik , aku tanya lagi ...

“ lepas tu san , apa jadi lagi ??” aku tanya

“ dia bisik sesuatu pada saya .... “

aku tanya lagi ghairah ! aku makin rapat sambil tangan menggigil genggam tangan hasan

“ dia cakap apa san ? “

Tiba2 ...

“” doktor ! kita kena gerak sekarang ni , pakar dah tunggu tu “ kata pemandu ambulan .. “takut nanti dorang salah kan saya sampai lambat “

Genggaman tangan hasan makin kuat , aku lepas kan ,

aduh kacau betul , tapi demi keselamatan hasan , aku tak mahu berlengah lagi , aku harap hasan selamat

“ tunggu hasan balik nanti lah aku tanya ... “ curiga ... jiwa ingin tahu makin tebal

aku tak senang duduk , tak sabar tunggu hasan pulang ke mersing semula ,, aku betul2 ingin tahu apa si kelibat tu bisik pada hasan ...

Aku tutup pintu ambulan ... berdiri kaku sambil melihat ambulan berlalu pergi

tapi pada waktu itu , sekali lagi aku tergamam ...

dalam 5 kaki dari tempat aku berdiri sambil ambulan bergerak ...

, di pintu kaca pintu belakang ambulan , aku terpaku melihat , bayangan susuk putih berdiri , memandang tepat ke arah aku .... sambil senyum.... berlalu dengan hasan ...

takkan aku nak lari ke belakang , belakang tu kearah rumah mayat ...Aku lari macam biasa siksaan tanpa jeritan masuk semula ke wad 6 ...

“ doktor tak nak balik ke ? tanya misi ..

“ hmmm nantilah , saya plan nak tidur di kecemasan , “

bila aku rasa makin takut dan kerdil ...

Dia sudah mula berani menunjukkan dirinya ...

Aku mula belajar dan sedar ....

Part seterusnya , Part 6

Apa jadi pada hasan ?
Bagaimana perjalanan ambulan ke johor bahru ?
Yang paling penting , Apa yang dia Bisikkan pada hasan ... ?
Teman Beradu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience