BAB 4 PANGGILAN BILIK MAYAT

Horror & Thriller Series 1024

PART 4
BILIK MAYAT HOSPITAL MERSING
“ PANGGILAN BILIK MAYAT “

Sebelum kita mulakan , Saya harap semua pembaca dan followers baca dan teliti dahulu nota penting dibawah .

NOTA PENTING !!!!

KISAH RASUK HOSPITAL MERSING

Kisah ini pengalaman aku sekitar tahun 2011. 7 tahun yang dulu . Aku hanya berniat untuk berkongsi cerita dan pengalaman sahaja . Tiada niat lain lebih dari itu . Akan tetapi , setelah Pihak Hospital memandang sirius dengan kekacauan ini , dengan jemputan para Imam dan kedatangan para Ustaz dan Pengamal perubatan ilmuan islam . Alhamdulillah , sebelum saya dipindahkan pulang ke KL , saya sudah tidak lagi diganggu oleh makhluk ini .

KINI Hospital Mersing 2018 tiada lagi masalah gangguan ATAU mistik .

Alhamdulillah semuanya selamat hingga kini .

Jadi saya berharap KISAH PENGALAMAN INI tidak memberi kesan kepada mana mana pihak terutama hospital mahu pun pesakit yang akan mendapatkan rawatan disini

Harap maklum .

————————————-
*untuk part 4 saya menyusun gambar mengikut jalan cerita . Sila ikut satu persatu susunan gambar supaya anda mudah untuk faham dan bayangkan .

PART 4
Panggilan Rumah Mayat

Lebih kurang tahun 2011 .

“ Aku nak tido mana malam ni ? “

Ungkapan yang terdetik dalam fikiran aku setelah aku diuji dan diperkontang kanting kan malam tadi ...

“ Tido rumah zam lah macam ni , nak ajak chaku teman , dia dah balik JB awal sangat pula . “

Oh ya , Chaku tu ada lah rakan sekerja aku , memerangkap junior aku di universiti dari Russia dulu . Crimea university , asalnya atas jajahan negara Ukraine , tapi baru 2-3 tahun lepas dijajah semula oleh Russia . Chaku ni nama samaran dia nama panjang dia kamarul memang terkenal dengan bakat seni , bukan sahaja pandai menulis , tapi mandai melukis dan juga hebat dalam mengayat awek awek terutama adik - adik misi muda di Hospital JB .

Malam aku oncall masa cerita Part 1 aku tu , kebetulan dia datang ke mersing , nak cari ilham katanya , tapi aku agak , “ ini mesti kes putus cinta kot “ Aku pula oncall , tu lah , siapa suruh tak “ rojer “ awal 2 . Tapi tak apa lah , sekurang2nya dia dapat menumpang di kuarters aku percuma , tak perlu bazir bayar bilik hotel .

Tepat jam 5 , “ teeettt “ aku punch card untuk pulang , biasanya lepas je waktu kerja , aku pasti akan ke Pantai Air Papan ditemani dgn Vitara buruk pacuan 4 roda yang sangat praktikal untuk aku parking di hadapan pantai , sambil buka pintu belakang , aku ada tilam kecil untuk berehat sambil menikmati pemandangan yang sangat indah . Bukan tilam kecil saja , kerusi lipat dan set memancing pun ada , kalau sempat , aku akan memancing di jambatan tenglu . “ Port “ siakap liar tu !

Ok , berbalik pada cerita tadi , hari tu aku memang tak ada mood , bagaikan ada rumah tapi perlu merempat , jadi aku memutuskan untuk pulang ke rumah untuk mengemas beberapa pakaian untuk dibawa kerumah zam .

Setibanya aku dirumah , jam 530 petang , aku pun masuk macam biasa , tapi tak sama seperti hari hari sebelumnya , aku sebagai tuan rumah mula rasa was was untuk masuk kerumah sendiri .

Nak tak nak , aku perlu masuk dan berkemas juga , aku pun jalan terus ke bilik aku , sambil tu aku mengintai di bilik tamu yang pintunya separa tertutup ,

Dalam langkah ku kedepan , aku patah balik langkah ku dua tapak kebelakang , aku toleh dan mengintai semula ,

“ eh , bila masa pulak ada seruling atas meja solek bilik tamu ?

Tapi , aku malas nak fikirkan , kalau kalau mungkin peninggalan saudara atau ibu bapa aku yang pernah datang melawat sebelum ini .

Aku pun terus masuk bilik , bersiap untuk mandi dan berkemas . Kali ini aku mandi tak tutup pintu , lantak lah , bukan ada siapa nampak pun , janji aku yakin yang aku tidak terperangkap didalam bilik air masa aku mandi tu , hanya kedengaran terjunan air pancut yang deras tepat ke muka ku , tapi , bila kita dah terkena sekali , mungkin kepekaan telinga ku menjadi makin tajam , aku terdengar

“ tiuuuuuu tiuuuuuuuuuu”

Bunyi siulan , datang nya dari bilik tamu , tapi aku tak menyangkal apa apa masa tu , aku teruskan mandi dan aku cepat2 masuk ke bilik untuk berkemas .

Jam pada waktu itu hampir 630 petang , hari makin malap , dalam rumah mula gelap ,

“ ah takpelah , aku pun mmg nak berkemas lepas tu nak “ CAU “ pergi rumah zam dah ni “

Masa aku sibuk berkemas , aku terdengar lagi ...

“ tiuuuuuu tiuuuuuu tiuuuuuu “

kali ni , 3kali pulak tu , memang sengaja nak kasi aku dengar , baru lah aku teringat tadi aku ternampak seruling tu ...baru lah aku mula rasa meremang ...

Bisik hati “ dia ni nak balas dendam ke ni , tak habis habis lagi ni , tak cukup lagi ke malam tadi , ingatkan dah selesai macam tu saja “

Aku pun menggagau mana yang sempat , masuk dalam beg, terus keluar dari bilik . Aku pun jalan langkah pantas melalui depan bilik tamu , tapi walaubagaimana pun ... aku nak jugak intai bilik tamu tu ,

... sekilas pandang ....

“ tak nampak pula seruling tadi .... “

Tapi aku tak patah balik , cukup lah sekilas pandang . Mungkin langkahku pantas , jadi mungkin sebab tu aku tak perasan jika seruling tu masih wujud atau tidak, tapi apa yg aku perasan , seruling tadi memang macam tak ada atas meja solek .

“ ahh ! lantaklah aku pun bukan nak tido sini malam ni , malam ni kau tak boleh kacau aku , kau duduk lah sorang2 kat situ “

Aku pun masuk kereta sambil nyala kan enjen , waktu tu dah hampir maghrib , aku sempat mengintai cermin tingkap rumah tamu , tingkap hitam ... mungkin perasaan saja kot , samar samar bayangan jasad warna putih yang tegak kearah aku tapi dari tingkap bilik tidur aku.

Meremang segala bulu yang ada pada pora pora kulit aku ni ,
“ dup dap dup dap “ , bernafas laju , aku pun sempat terkumat kamit membaca apa apa surah yang teringat dari fikiranku
aku pijak padel minyak terus keluar dari kawasan rumah ....

Aku teruskan memandu ... aku pandu ke arah endau rompin menghala rumah zam . Dalam masa yang sama , aku mengintai cermin belakang , bisalah dalam keadaan jiwa yang goyang , aku mula jadi paranoid , semua benda aku lihat dan teliti , kalau kalau ada apa apa pula yg duduk di kerusi belakang dalam kereta ku . Tapi syukur tak nampak apa apa ...

Setibanya aku dirumah zam , aku pun masuk sambil zam sedang melayan tv ,

“ bos meh makan skali , saya ada bungkus makanan lebih ni “

Nasiblah aku ada teman borak malam tu , kita dua lepak depan tv sampai tertidur . kali ni aku tak perlu risau dan was was lagi , rumah ni nampak nya sangat berbeza , tampak lebih tenang dan selesa . Aku pun balas dendam , ya lah dah 2 malam tak dapat tidur dengan tenang , aku tidur awal malam tu ....

Seperti biasa menjelang subuh , tunaikan apa yang patut , aku ke tempat kerja seperti biasa . Hari ni giliran aku “ oncall” semula .

“ haishhh , harap harap lah malam ni tenang seperti biasa “

“ya allah ya tuhanku kau lindungi lah aku”

Pada hari tu, syukur , selepas waktu kerja , tak banyak pula kes kes baru yang datang di belah malam . Aku pula yang pelik , selalunya jam 8 malam ke atas , memang ramai , tapi kali ni ... aman damai , kalau ada pun cuma kes kes biasa demam selsema ...

Kebiasaanya , jika tak ada kes baru , aku akan berehat di bilik doktor oncall di dalam jabatan kecemasan tu , ada rak simpanan barang , meja tulis dan sofa kulit biru . Sofa tu memang feveret aku , tempat aku baring sambil main phone atau ambil tidur sejenak .

Dalam diam tak diam , aku dah mula tertidur di sofa tu...

“ kringggg kringgggg “ bunyi telefon dalam bilik oncall tu ...

Aku pun terjaga , kau tau lah telefon lama , ada tali berganggang tu bunyi dia kuat , dia punya nyaring memang sangat membingitkan .

Aku pun angkat dan jawab panggilan tu ...

“ krrrrr krrrr , ( talian kurang jelas ) bos , ada body bos , bilik forensik ( bilik mayat ) ,nanti bos datang sana “

kata si Mie ...
aku tengok jam .. 3. pagi ...

Selalunya kalau yang telefon dari bilik mayat ni mesti Mie.. tak ada orang lain . Mie ni antara staff yang otai lah , dia lah yang incharge bilik mayat tu , dan seorang lagi MR B , Mr B ni kalau orang mersing tak kenal , tak tau lah . walaupun mr b bukan berbangsa melayu , tapi dia lebih handal dalam cara cara penyediaan jenazah muslim . orang mersing patut berterima kasih dekat Mr B ni . Aku pun suka kerja dengan dia , sangat berdedikasi macam Mie juga . Dua orang hebat ni , yang jaga bilik mayat .

Faham tak bila aku kata
“ orang hebat “ !!???

Pengalaman yang lama cukup memberi pelbagai kenangan dan situasi . Terutama sekali Mr B. kalau nak dengar banyak cerita , Mr B orang yang paling banyak pengalaman , tapi bila kau tanya dia takut tak ?
Biasanya dia akan jawab
“ ahhh biasalah tu “ bilik mayat bos... memang lah ada ...

Berbalik pada perjalanan aku tadi..

Aduhhh !! Jam 3 pagi ni ... ada “ body “ pulak nak bedah siasat ... rungut aku ..

hari yang ku sangka tenang , tak melepaskan aku tenang begitu sahaja .
detik sejarah yang bakal tertulis lama dalam benak fikiranku bakal aku lalui ...
malam ini....

aku pun keluar dari jabatan kecemasan , perlahan lahan aku berjalan .... terus ke laluan bilik mayat yang betul2 terletak dihujung dunia tu ...

lampu jalan yang masih samar , aku mula memberi perhatian kepada setiap bunyi atau pergerakan yang datang dari semua arah ,

mata kecil ku tak berehat , pandang kiri kanan atas bawah , deria telinga makin peka , orang kata , “ pasang telinga” sambil kaki melangkah .

Kugiran malam yang sepi , dengus angin laut , dan kicauan serangga sekali sekala...

dalam hati aku terdetik

“ please no wheelchair , ( jangan lah nampak apa apa kerusi roda ke apa “

aku pun teruskan perjalanan , memeluk tubuh , sengaja aku seret kan kasut ku kuat kuat , agar aku tak dengar bunyi2 lain , selain bunyi seretan , geseran kasut aku dan jalan tar.

Kali ini aku dah melepasi wad3 , tapi aku pandang kehadapan , aku tak mahu toleh ke kanan , aku tak mahu lansung intai pohon besar tu ...

masih dalam gelap gelita , sunyi , hanya bunyi tapak kaki ku ... aku melepas wad 5 ... wad lelaki ... lega sedikit ... aku nampak ada seorang staff nurse lelaki sedang berdiri dihadapan pintu wad ... aku kenal dan cam muka dia , aku kenal staff tu .... dia memandang tajam ke arah pohon besar tu ... aku pun tegur ,

“ ambik angin ke bro , ? “

Dia tak toleh pun , die terus pandang ... kaku berdiri ...

dalam hati “ ahh die tak dengar kot , “
aku berdiri 50 meter jauh dari dia ..

“ tak apa lah , janji ada juga nampak staff yang aku kenal “

aku teruskan berjalan .. sampai lah dihujung anjung tu ...

Aku simpang ke kanan , menghala ke bilik mayat di belakang unit hemodialisis ,

Biasanya kalau ada body , mesti ramai je ahli keluarga yang dah menunggu didepan pintu ni , Pintu depan ni pula selalunya kita akan tutup sehingga proses bedah siasat selesai , bukan apa takut ada ahli keluarga yang masuk menggangu proses bedah siasat ...

tapi kali ini ... pelik ..

LENGANG...

“ eh gelap je depan bilik mayat , ahli keluarga tak sampai lagi kot ..”

Dan selalunya memang aku akan masuk ikut ofis yang terletak di pintu belakang , jadi aku terpaksa buat satu pusingan untuk masuk dari pintu belakang..

macam biasa , aku sampai je ofis , aku akan duduk disitu dulu , tapi aku tertanya2 mana si mie ni , tak sampai lagi ke ..

Aku pun mula curiga , kalau- kalau mie dah ada didalam bilik mayat . Selalunya mie akan mulakan dulu , bila aku sampai semuanya telah dibedah , dan aku hanya perlu kaji dan mencari punca kematian berpandukan hirisan organ yang perlu sahaja .

Sedang aku mula bangun berdiri , tiba tiba, aku terdengar bunyi ..

“” zetttttt zettttt zettttt “

bunyi mesen pemotong tulang ,

“ oh mie baru mula bedah siasat rupanya”

Proses bedah siasat mengambil masa yang agak lama , 20-40 minit bergantung kepada organ mana yang kita perlu bedah dan siasat ...

“ takpe lah , biar lah dia habiskan dulu, baik aku layan tido sekejap sementara nak tunggu ni “

aku pun makin mengantuk ni , pipi aku rebahkan diatas lipatan tangan , dan aku mula tidur ayam ....

“zettttttt zetttttt zettttt “!!! bunyi mesen pemotong lebih kuat

aku pun terjaga , aku toleh pergelangan tangan , aku intai jam tangan ..

Lebih kurang jam 4:00 pagi...

“ eh , apa si mie ni dari tadi memotong tak siap2 , kes apa ni , besar sangat ke kes ni sampai lama sangat nak siap “ aku merungut ...,

“ haih , tak boleh jadi ni lama sangat , aku pegi masuk tengok lah kalau2 mie perlukan bantuan “

Aku pun bangun bergegas ke arah bilik mayat ... masih lagi kedengaran bunyi mesen pemotong ... datang nya dari arah bilik mayat 1 .

Aku pun berjalan sambil menggeliat menguap ke arah bilik satu ..

“ biar aku tolong mie la , cepat skit aku boleh berehat , , mengantuk sangat ni ...

Aku pulas tombol pintu , eh berkunci pulak , aku cuba pulas kuat , masih berkunci ,

“ knock knock knock “ aku ketuk kuat ,
“ mieee ohhh mieee ... buka pintu ni kejap ....

masih lagi bunyi “ zeeeeetttt zetttt zettttt” kedengaran lebih kuat ...

“ aduh , mungkin kuat sangat bunyi mesen pemotong ni , mie ni tak dengar ke aku ketuk “ tanggapan ku ...

Aku pun , berjalan ke arah tingkap disebelah pintu utama , aku cuba mengitai dari dalam ... masih lengang diluar .. hanya suraman lampun tungsten yang kejap menyala , kejap tidak ...

“ ahli keluarga pun tak sampai lagi ke ni “ agak pelik ... kes apa pula ni , menyesal aku tak tanya , masa mie call tadi “

Aku pun jalan semula ke arah ofis , masih lagi kedengan bunyi mesen pemotong , sekejap ada sekejap tidak ... sangka ku mungkin kes yang rumit , mie perlu masa ...

aku duduk di kerusi , sambil termenung ... bosan menunggu , nak keluar ambil udara , tak berani sangat .. maklumlah ..

masih lagi kedengaran suara mesen pemotong dari jauh,

“ hish boring betul duduk macam ni , sorang 2 dalam ofis ni ...

tiba tiba aku terfikir satu idea , ya rumah mayat ni ada ruang belakang tempat mandikan jenazah , dari situ boleh nampak dalaman bilik mayat .

“ aku pergi belakang , nanti aku nampak mie , aku masuklah ikut pintu belakang ... aku fikir itu rancangan paling mudah ..

aku pun mula bangun , pergi ke aras pintu belakang ofis , aku jengukkan kepala keluar mengintai kearah kanan ,

Lampu ruang jenazah masih menyala , terang ... dalam suasana sekeliling yang gelap ... tadi macam dah yakin dgn keputusan ku , tapi bila dah intai keluar , macam yakin tak yakin pula ...

“ ah , nak takut apa mie ada kat situ , boleh nampak mie ... lagipun dari ofis ke ruang mandian jenazah lebih kurang dalam 10-15 tapak je “ apa nak takut ..

Pada masa yang sama , untuk elakkan lagi rasa takut , aku “ call” jabatan kecemasan , aku perlukan seseorang untuk bercakap , sekurang2 nya aku dapat rasa ada orang yang sedang menemani aku .. dan aku boleh la juga tanya lebih lanjut tentang kes yang mie sedang uruskan tu..

“ truuttt trutttt truttt “ aku cuba hubungi operator menggunakan telefon bimbit ku sendiri . panggilan dijawab....

“ selamat malam doktor, ada apa saya boleh bantu “

“ hello selamat malam ! , tolong sambung kan saya ke ED( emergency department ) “

“ ok, tunggu sebentar ya saya sambungkan panggilan ...

aku menunggu ditalian ....

Aku rasa lebih lega , aku keluar dari bilik ofis tadi , sambil telefon bimbit rapat ditelinga ku , buat selamba aku terus meluru jalan terus ke ruang mandian jenazah .

tak toleh kiri , tak toleh kanan , aku gegas fokus untuk tuju ke cahaya . telefon bimbit masih lagi rapat ditelinga sambil tunggu sambungan dijawab oleh staff jabatan kecemasan . setibanya aku di ruangan mandi jenazah , memang jelas ...berbekalkan cahaya sayup itu .. aku nampak bilik mayat 2 .. pintu belakang bilik mayat 2 tak tertutup ... jelas aku nampak bilik 2 kosong walaupun dalam gelap yang samar ....

“ hello , hello ! , “ sahut dalam telefon

akhirnya , panggilan aku tadi dijawab oleh staff kecemasan ,

“ hello , saya yus ni bos , ada apa bos telefon ni ? sekarang di jabatan kecemasan tak ada kes baru “ ujar pembantu pembantu perubatan ....

“ bos rehatlah dulu , nanti kalau ada kes saya telefon “

satu tangan aku genggam telefon bimbit rapat ketelinga , satu tangan lagi aku mencengkam rangka “ grill” di ruangan tempat mandi jenazah tu , sambil aku pandang ke bawah untuk aku cuba amati apa yang dikatakan oleh yus ... aku bertanya semula ...

“ yus kau tolong periksa rekod admission sekejap , tadi mie ada telefon aku , katanya ada body hantar belakang untuk “ post morterm” ...

“ sekejap bos saya periksa dalam sistem “

aku pun enjak lagi dalam 5 kaki kehadapan , masih sama , sambil pandang kebawah , telefon masih lagi lekat ditelinga , aku anggarkan kali ini aku sedang berada di hadapan pintu belakang bilik mayat 1 kerana bilik mayat satu hanya bersebelahan dengan bilik mayat 2 .

Pada waktu itu ,
dalam keadaan aku berseorangan ,naif , dan kerdil.....

dikelilingi suasana sunyi sepi bagaikan malaikat lalu ,

disudut paling hujung dalam kawasan hospital ,

berbekalkan cahaya lampu tungsten yang malap di ruang mandi jenazah ...

aku terima jawapan dari yus ..

“ hello bos ... saya dah periksa dalam sistem , tak ada rekod kes baru bos , saya tanya PPK bahagian kaunter pun kata benda yang sama “

Terketar satu badan , mata masih memandang ke arah bawah , makin kuat aku genggam telefon aku , makin rapat aku himpitkan ketelinga ... dengan naluri yang ingin lebih tahu .. lalu aku memberanikan diri , aku dongak kepala perlahan lahan ....

Dikala aku sedang memandang kearah bilik mayat 1.....

Pada masa yang sama ditelingaku kedengaran jelas suara yus ...

“ Bos , mie. TAK KERJA lah hari ni DIA CUTI ! ..., esok dia ada , masuk shift pagi !’”

MATA & TELINGA serentak menerima informasi yang bercanggah ..

YA! Bilik mayat 1 yang tadinya bising dengan mesen pemotong tulang tadi , rupa rupanya kosong gelap gelita .

Tiada siapa pun didalam bilik mayat 1 itu selama ini .... selama aku sampai dirumah mayat , selama aku tidur didalam ofis tadi .. yang aku sangkakan ada sahabat kerja didalam .., rupa rupanya hanya aku seorang sahaja yang wujud disitu

Ya ALLAH ....

, aku tak pandai nak ceritakan bagaimana Perasaan itu , perasaan yang tak pernah aku sangka ... perasaan yang aku tak mahu lagi alami dalam hidupku ..

perasaan yang goyah , bagaikan jantung tidak bernyawa ...

Aku kaku seketika , keras bagaikan tak percaya ,

aku toleh ke kanan , langkah seribu aku pecut bagaikan orang gila terus ke pondok sekuriti.

ikut hati , aku nak menjerit sambil berlari , lepaskan segalanya. tapi takut pula pesakit dengar , nanti dorang pula ingat doktor yang gila.

kau bayangkan , kau terpaksa berlari , tanpa kau boleh melepaskan jeritan , itu adalah siksaan .

Setibanya aku di pondok pengawal , itu ada lah destinasi paling dekat sebelum sampai jabatan kecemasan ,

“ ehh kenapa ni doktor , lari lintang pukang , muka pucat ni “ tanya pak leman sekuriti

aku nak cerita serba salah ,

“ tak ada apalah pak leman , tadi saya jalan , terdengar macam ada suara dari dalam dalam longkang , ingatkan binatang apa , saya terkejut sikit je tu , saya je panik lebih “

Pak leman bertanya semula ....

“ Ada kes ke tadi dekat bilik mayat “?

“mana pak leman tau ? “ tanya aku balik .

“ tadi , pak leman duduk di tepi pagar tengah luar tu , saja ambil angin ,dari jauh pak leman nampak kamu berjalan kesana “ ujar pak leman ..,

“ oh patut lah , ya lah pak leman , ada kerja sikit tadi “ aku jawab ...

pak leman tanya lagi ...

“mesti kes rumit kan ? lama juga .. baru kamu balik ... kawan tadi tengah tunggu polis datang ya ?

( biasanya selepas selesai bedah siasat , polis akan datang ambik butiran dan urusan dokumentasi )

“eh , tak lah , tak tunggu polis pun ... tapi ... kawan yang mana ? ...tanya aku

Aku dongak pandang kearah pak leman ..

Pak leman jawab selamba...

“ tadi kamu berjalan pergi kesana BERDUA , mana lagi sorang ? tak ikut balik skali ke ?.........

Aku.. terdiam ... pandang kelangit .

“ Sesungguh nya ALLAH itu sebaik baik pelindung umat manusia “

* Orang selalu berkata , BERDUA LEBIH BAIK , Aku terfikir , betul ke lebih baik ? atau disebaliknya
* . kalau korang tengah tidur dengan pasangan , sekarang ni , cuba check balik ... betul ke dia ?
* lirik lagi acha septriasa

Berdua dengamu pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut

Tapi persoalan yang sama ...

“ KENAPA AKU ?” Siapa Yang Ke-Dua ?

Dan yang paling penting ....
“ Mana aku nak tidur malam ni ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience