BAB 3 TETAMU YANG TAK DIUNDANG

Horror & Thriller Series 1024

PART 3
KUARTERS BANGLO JKR
“TETAMU YANG TIDAK DIUNDANG “

NOTA PENTING
Kisah ini pengalaman aku sekitar tahun 2011. 7 tahun yang dulu . Akan tetapi , setelah kedatangan para ustaz dan ilmuan islam . Hospital Mersing kini 2018 tiada lagi masalah gangguan ATAU mistik . Jadi saya berharap tidak memberi kesan kepada mana mana pihak . Harap maklum .

Lebih kurang 5 tahun yang lepas ....

Setelah wak leman terangkan segalanya , Syukur hari ini ada ustaz yang akan datang untuk pendinding !

ya , selepas kejadian malam sudah , aku kira kan , semuanya sudah berakhir ...

Tapi fikiran ku sejenak , akhir bagaimana? Tapi tidak mengapa ,

“aku tak oncall malam ni ! apa nak jadi , jadi lah ! “

Jadi aku merancang untuk rehat sepuas puas nya malam ini !

Tepat jam 5 petang !
“ yes ! akhirnya tamat waktu kerja “ tanpa berlengah lagi aku mahu pulang , kepenatan malam semalam , tidak tidur seharian membuatkan aku rasa katil adalah destinasi tujuanku sekarang !

Gambar tersebut ada lah kuarters banglo JKR dimana aku tinggal . Korang boleh pergi tengok sendiri .

Masa aku mula mula ditempatkan disini , kuarters hospital sudah pun penuh , jadi aku terpaksa menyewa di luar ! Jadi aku pun mencoba nasib dengan JKR ( jabatan kerja raya ) ! Aku nak kasi tahu ! Pegawai JKR Mersing sangat efisien dan peramah juga baik hati !

Aku ditawarkan Banglo ini ! Siap dengan garage kereta tau !

Tapi untuk aku yang tinggal seorang , besar sangat rumah ni , aku lebih berminat dengan kuarters lebih kecil ,

“ Maaf , Doktor gred awak ni , saya tak boleh kasi rumah kecil tu , kita ikut gred “

Aduh , rumah ni mungkin dah setahun lebih tiada penghuni ... Tapi syukurlah dapat juga penempatan dekat dengan hospital .

Setibanya aku dirumah , aku pun merebahkan diri disofa, dia punya empuk lain macam , longgar segala urat dan otot , mata mula layu , aku pun melayang masuk alam tidur ...

Dalam alpa lena , telinga aku ditiup bahas luar ... SHHH..... shhhhh .....

Dalam keadaan mamai tertiarap diatas sofa , separa lelap , dengusan ditelingaku membuat aku terjaga , aku membuka mata kecilku cuba mengintip kiri dan kanan , telinga peka bak helang .. sunyi .. hanya kedengaran kipas siling mengibas , suasana senja gelap nan suram ..

Ish ... apa pula lagi ni ...
mula meremang ...

“ allahuakbar allahuakbar ... azan maghrib

“ alhamdulilah , lega !!”

Cepat cepat aku bangun , cari suis lampu , aku picit semua suis yang ada biar terang satu rumah !!! Kecuali dapur kerana “ starter” nya dah rosak belum diganti

Ahh mungkin aku terlalu terbawa bawa kejadian semalam kot , mungkin juga aku sangat penat , 36 jam bekerja , pasti lah melayang !

Mengucap , dan aku pun mula buat selamba ,

Rumah banglo ni ada 2 bilik besar disebelah ruang tamu ,satu bilik dihujung itu lah bilik aku , satu lagi disebelahnya bilik untuk tetamu , 2 tandas , satu diesebelah bilik aku , satu lagi di belakang sebelah dapur .

Kadang2 kalau hari minggu abah atau mak aku akan datang ke mersing melawat aku . Macam biasa aku dengan abah memang kaki pancing , banyak kali juga ke Penyabong untuk trip mancing . Jadi bilik tetamu pun memang lengkap dengan hiasan bilik tidur .

Aku pun terus ke bilik air untuk mandi , badan dah melekit , muka dah berminyak , masa untuk segar kan diri!

Belum sempat aku sentuh pili ,
tiba tiba ada suara seolah olah memunggah sesuatu di dapur ,

“ adoi , binatang apa pulak ni punggah sana sini “

Dengan pantas aku buka pintu terus mengintai ke aras dapur . Bunyi hilang !
Bayang2 Tong sampah tegak macam biasa , kabinet semua tertutup rapi .

Ahhh tikus lalu kot , macam biasalah mungkin terbawa bawa lagi fikiran semalam ni , aku kembali berfikiran positif .

Setelah selesai semua , aku mcm biasa lepak depan tv dulu sambil layan berita .

Aku Terbatuk “ uhhh hukkk “”

Dibalasnya “ uhhukk “ bergema dalam tona yang sayup , kurang jelas .. datang dari sudut hujung dapur yang gelap ..

“ eh , bergema ke rumah ni ?

Fikiran yang tadinya positif , meremang balik, banglo besar , dan kali ini aku seorang ....

Aku cuba lagi batuk palsu kali ini ...untuk kepastian

“ uhhh hukkk “

“ uhukkkk “ bergema lagi dari hujung sudut dapur , sayup , halus ...tapi kali ini jelas .

Ini bukan bergema ni , ini macam lontaran semula .

YA Allah ! Dup Dap Laju Jantung ,
takikardia ....

jiiwa kembali goyang , kali ni tak rasa nak terkencing , sebab tadi dah kosongkan pundi kencing , tapi korang mesti pernah rasa macam mana tengkuk meremang kan , dia punya naik sampai ketelinga...

Aku senyap .. mata masih mengintai ke dapur , tapi tak sanggup nak acah acah batuk lagi , duduk kaku , aku ambil telefon , mainkan surah ruqyah . Makin meremang pulak bila suara ayat suci ruqyah berkumandang...

Aku nampak ubat selsema atas meja , tablet piriton , apa lagi , aku telan ! Aku kuat kan suara TV maksimum . Mesti orang yg lalu lalang depan rumah ingat aku pekak badak . Ah tak kisah lah !

Tak lama selepas tu , aku mula rasa mamai ! Disebab kan ubat “ Piriton “punya “ side effect “ Aku pun mulai relaks ... Aku ke bilik tidur makin mengantuk dan mula merebahkan diri .
Lampu bilik aku biarkan MENYALA.

Lebih kurang jam 2 pagi ... aku dikejutkan dengan ..

“knock knock “ datangnya dari belakang ... pintu belakang dapur .

Aku dikejutkan dalam keadaan separa sedar , sunyi & GELAP !,

aku pasang telinga semula ...

“Knock Knock “ makin kuat , makin jelas

bisik hati
“ ahhh sudahhh .. apa pulak ni ...”

Aku mula fokus , deria telinga makin tajam , kaku dalam keadaan tertiarap , sambil aku tarik selimut menutupi bawah mata ... satu badan terketar meremang ..

“ knock knock “ !!! yang tadinya kurang jelas , menjadi makin kuat. itu bunyi ketukan pintu bilik air sebelah bilik aku .

perlahan lahan ketukan makin dekat , makin jelas ...

.... “ knock knock “ lagi !!
lebih kuat lebih nyata , lebih dekat

, YA ! Itu lah ketukan tepat dipintu bilik aku .

“ siapa pulak ni pukul 2 pagi main ketuk2”

Kata orang , makin kuat maknaya makin dekat .

aku buka handphone , skrin menunjukkan sekitar 2:05 pagi . aku mesej kawan aku . “ weh kalau tak tido lagi , datang rumah aku sekarang “

Terkurung seorang diri didalam keadaan gelap , sunyi dan sepi, . , katil betul betul disebelah pintu . Bunyi ketukan tepat disebelah telinga , membuatkan jatung yg tadi laju bagai nak gugur.

Aku tak boleh nak lari mana lagi , aku tiada pilihan ,

Bak kata orang putih “ FIGHT OR FLIGHT “ bermaksud “ lawan atau lari “
Itulah apa yang dinamakan naluri semulajadi manusia yang dikawal oleh sistem saraf simptetik untuk respon atau reaksi sepontan apabila ada sebarang bahaya atau ancaman .

Yang nyata aku tiada pilihan , nak lari mana ? dari perasaan takut , Saraf simpatetik aku memilih untuk lawan “fight “ , Denyutan nadi makin laju ! Adrenalin makin tinggi ! mula lahir perasaan memberontak ! Aku mula rasa marah ! Panas hati ! Hilang rasa takut !

AMUK!

Aku bangun dari katil , aku buka lampu !

Aku jerit sekuat kuat nya !

Woi !! Siall !! Kau nak apa !!! Celaka !!! Memang dasar setan !!!
“ ALLAHUAKBAR !!! Hanya Allah yang aku perlu takut !... Bukan kau SIAL !!!

Fuh , hilang rasa takut , rasa nak bergaduh , bertumbuk ! Lega ! Perasaan yang tadinya kerdil , aku sekarang sedang berdiri mencabar si DIA

“ Kau kacau aku lagi !!! siap kau ! Sial betul !!!

Bila dah rasa marah , amuk tadi membuatkan aku kembali berani untuk tidur . Aman semula hidup aku .

Kali ni aku tak kisah ! Dalam keadaan marah aku tutup lampu tidur semula .

“ allahuakbar allahuakbar “ ... azan berkumandang ..

Subuh, aku terbangun semula dalam keadaan tertiarap sisi , sambil tangan aku cuba meraba atas katil mencari handphone aku .

Eh mana pulak ni , raba punya raba tak jumpa , dalam masa yang sama aku rasa pelik , tak macam biasa , posisi aku menghadap dinding .

Aku toleh kebelakang ...

Ya allah .... , Tak sangka ...

Rupa rupanya aku berada dibilik sebelah
. Aku terjaga dibilik tetamu ..

Aku terus melompat bangun ... aku buka lampu , aku jalan masuk ke bilik aku , Ya handphone yang dicari tadi , ada atas dikatil bilik aku .

aku termenung .
“ aku sleep walking ke ni “
“ sejak bila pulak ni “
tak pernah dalam sejarah.

Aku pun terus mandi , solat dan bersiap untuk ketempat kerja ,

setibanya dihospital , Arwah zali menyapa ,

“Bos mesej saya semalam 2 pagi suruh datang kenapa “ ? Sori , saya tido awal semalam , pinggang rasa tak sedap “ Ni baru perasan ada mesej . kata arwah .

Aku balas , “ takda apa lah , aku ingat saja nak ajak lepak mamak , malam tadi tak boleh tidur “ ...

Aku pandang hospital , dalam masa yang sama aku teringat rumah kuarters aku .

Dan dalam hati tertanya ,

Kenapa aku ? ...

..hmm....Nak tidur mana malam ni .....

Ingatkan sudah berkahir .....
Part 4 . Kejadian di bilik mayat...aku akan ceritakan ... bahawa si Dia masih lagi mahu berkawan ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience