Bab 16

Romance Series 806

"Ibu lusa Is nak ke Sabah,outstation.Ada hal di sana."Kata Han ketika makan malam.
"Habis Iza macam mana?"Tanya PuanSri Lily.
"Iza tinggal sini dulu,lagi pon Is pergi tiga hari je."
"Oh...kalau macam tu ibu ada teman la,tapi kesian Iza,baru kahwin dah kena tinggal dengan suami.Tak pon Iza ikut Is je kesana."Cadang Puan Sri Lily.
"Eh!Tak apa la,Is kesana kerana kerja.Lagipun Iza ada kelas lusa nanti, bulan depan pulak nak exam,ada study group sekali."Bantah Iza.
"Oh..."Kata PuanSri Lily.
"Balik dari study boleh Iza tolong apa yang patut."Tambah Iza lagi.

Setelah habis makan malam Iza dan Han terus masuk kedalam bilik.
"Huh...kenyang nya!Sayang mari la duduk dengan abang kat sini."kata Han pada Iza yang sedang menonton TV.Didalam bilik ini semua sudah tersedia.
"Ish!Tak nak aku,jak lagi tah apa yang kau nak buat pada aku.Baik aku tido kat sini je."Bantah Iza.
"Bagus la.Kau ingat aku nak sangat tidur satu katil dengan kau!".
"Ceh! Aku tada heran la.Satu katil...Hak tuih!"Kata Iza.
"Dah selamat malam,aku nak tido dulu.Jangan lupa tutup TV tu."Pesan Han lalu melelapkan mata.
"Baik aku layan group study lagi bagus."Kata Iza pula lalu menutup TV.

Iza:esok kita nak gi mana?
krik...krik...krik...krik...
"Mana dia orang ni?"Soal Iza sendirian.
Lalu tanpa menerima balasan dari mereka dia terus melelapkan mata nya.

Tepat pukul 2pagi Han bangun dari tidur akibat kesejukan yang mengalahkan musim salji.Tiba² matanya terlihat sekujur tubuh seseorang yang tidur diatas sofa sambil memeluk tubuh.Lalu dia tersenyum senget sendirian.
"Kenapa bila aku melihat kau,hati aku berdegup dengan laju?Sedangkan aku tak ada perasaan cinta terhadap kau."Kata Han sendirian,tiba-tiba dia rasa kasihan dengan Iza yang tidur dengan merengkok tanpa berselimut.Dengan itu dia pun mengangkat tubuh itu menuju ke katil.Lalu terus menuju ke tandas untuk membuang hajat.

Azan Subuh berkumandang,Iza bangun dari tidurnya yang begitu lena,akan tetapi dia merasakan sesuatu yang berlainan dan pelik.Yah!itu dia..dia membuka mata...
"Arghhhh!!!"dengan tidak sengaja dia menendang Han jatuh ke bawah.
"Oi!Apa masalah kau ni?!Aku tengah lena tidur main tolak-tolak pulak.Sakit belakang aku tau..."Marah Han.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini?Apa yang awak dah buat pada saya?"Soal Iza cemas.
"Mana aku tahu...diri kau.Aku tengah sedap tidur kau pergi tolak.Entah kau berjalan waktu tidur ke."Kata Han berpura-pura tidak mengerti apa yang berlaku.
"Erk!Iya ke?Awak jangan menipu,kita ada perjanjian...ingat tu."Pesan Iza.
"Ye,ye...aku tahu.Dah bangun mandi kita solah jemaah."
"Hah?Apa dia solat jenazah?"
"Solat jemaah!Pekak.Dah cepat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience