Sudah hampir seminggu berlalu.Majlis raja sehari akan berlangsung pada hari esok.Barangan dan persiapan semua sudah disiapkan.
"Ala...Pakcik Is bagi la tau siapa makcik Ika..."Rengek Ika pada Han.
"Ala...Tak boleh,esok kau tau la..."Rengek Han pula.
"Ala...."
"Ahhh...pergi masuk kelas cepat nanti lambat.Kalau aku layan gedik kau sampai esok aku kat sini...Jangan lupa balik aku ambik."Halau Han.
"Jahat la kau ni.Taknak kawan."Rajuk Ika lali keluar dari kereta dengan muka masam.Dia berjalan menuju ke pagar manakala Han masih berada di tempat yang sama.Matanya leka memerhati susuk tubuh seseorang,lali dia mengukir satu senyuman.
"Wah!Iza kau dah sihat?Lama cuti,apa citer."Tegur Ika pada Iza yang masih tercegat di hadapan pagar.
"Nanti aku citer,sapa yang hantar kau tu?"
"Oh,tu pakcik aku merangkap sepupu aku.Eh!Cepat la aku rasa diaorang dah lama tunggu la."Kata Ika lalu mempercepatkan langkahnya.
"Ha...sampai pon korang.Ingat lupa jalan datang sini,boleh aku report polis."Sound Farida.
"Ala sorry la trafik jem,hari ini pakcik aku yang hantar."Terang Ika.
"Oh...yang kau ni pulak kenapa?Lama tak nampak?"Soal Firdaus.
"Ha!Ini la aku nak citer ni.Esok korang free tak?"
"Free...cuma Ika je la,dia nak pergi kenduri pakcik dia."Kata Anas.
"Ala...tak cukup la kalau macam ni."
"Kenapa pulak?"Soal Farida pelik.
"Esok aku nak nikah terus bersanding sekali,aku harap korang pergi."Kata Iza sambil menghulurkan sampul kepada mereka.
"Kad ni...macam kad jemputan pakcik Iza je...Tapi,Hah!!!Kau nak kahwin?!"Soal Farida terkejut.
"Shutt!!!Erk...Sorry sebab pambat bagi tau,selama seminggu ini aku buat persiapan untuk majlis aku la.Ika apa nama pakcik kau yang nak kahwin tu?"
"Farhan Iskandar Bin Tan Sri Alif."Kata Ika.
"What?!Aku salah dengar ke ni?"Soal Iza pula.
"Tak."Kata Ika lalu membuka sampul yang baru diterima tadi.Membulat matanya apa bila melihat kad jemputan tersebut."Series la ini kad jemputan kau?"Soal nya pula,Iza mengangguk tanda ye.
"TIDAK!!!"Jerit mereka.
"Kau bakal makcik aku?"
"Kau sepupu lelaki kerek ni?"
"Korang diam la!"Marah Anas lalu meninggalkan tempat itu dengan perasaan yang bercampur baur.
"Anas!"Laung Iza tetapi diendahkan oleh Anas.
"Iza bagi dia bertenang dulu."Pesan Firdaus.
"Anas kau ok tak?"Soal Firdaus.
"Ha!Ak...aku ok."Balasnya sambil mengesat matanya.
"Aku tahu perasaan kau macam mana.Aku harap kau tabah dan besok datang la majlis Iza."Pujuk Firdaus.
"Tengok la dulu kalau aku free.Aku nak pergi tandas,kau masuk la dulu."Katanya lalu beredar meninggalkan Firdaus.
Share this novel