Bab 11

Romance Series 806

Tut...tut....handphone milik Han berbunyi.
"Assalamualaikum ibu."Sapa Han.
"Waalaikummussalam,bila kamu nak bawak menantu ibu datang sini.Lama ibu tunggu tau tak."Sergah si ibu.
"La ibu Is baru habis mesyuarat ni.Nak pergi ambik dia lani."Balas Han
"Oh,ye ke!Balik cepat tau."Kata Puan Sri Lyli lalu menamatkan panggilan.

"Iza cepat la,aku dah lapar ni"Rungut Firdaus.
"Kau orang pergi dulu la,sekejap lagi aku nak terus jumpa nenek aku."Arah Iza,dia terpaksa menipu.Tipu sunat...Dia tidak mahu rakan karibnya tau akan hal yang dia bincang bersama Encik Han semalam.
"La?Macam tu pulak,kau kata kau sakit perut boleh drive ke tak ni?"Soal Anas.
"Boleh, dah kurang dah...."Balas Iza yakin.
"Ok la kalau kau cakap macam tu,kita gerak dulu la,Bye."Kata Farida lalu meninggalkan Iza.
"Huh selamat aku!!!"Keluh Iza.Lalu mengemas barang²nya dan keluar meninggalkan kelas.

"Lambatnya kau keluar?!Lama aku tunggu kau tau tak."Rungut Han.Dekat tiga puluh minit juga la dia menanti kehadiran si Iza ni.
"Maaf kan saya encik..."Pinta Iza.
"Hmm...Nanti depan ibubapa aku kau jangan panggil encik panggil Han je."Pesan Han pada Han.
"Baik la encik..eh...Han."Gagap Iza,Han terus memandu kereta nya meninggalkan perkarangan kolej itu.

Han memberhentikan keretanya setelah siap meletakkan keretanya ke dalam garaj sebuah rumah Villa,Iza sudah terbeliak matanya apabila melihat rumah tersebut.
"Ok,dah sampai."Kata Han lalu keluar dari kereta.
'Gila besar rumah mamat ni!!!'Puji Iza dalam hati.
"Hoi cepat la keluar kau tunggu apa lagi?!"Marah Han sedikit perlahan suaranya takut pulak di ketahui oleh orang tuanya.
"Oh..baik la."Kata Iza lalu bergegas keluar dari kereta.Baju yang dipakai dilihat di cermin kereta,malunya...Dia lupa pula yang dia tidak mempunyai baju kurung,dia hanya mempunyai baju seluar sahaja.Tepat²Iza keluar Tan Sri Alif dan Puan Sri Lily sudah membuka pintu utama rumah villa itu.Iza tersentak'Apa patut aku buat ni?'cemas Iza dalam hati.
"Assalamualaikum ibu, ayah."
"Assalamualaikum makcik dan pakcik".Sapa mereka berdua serentak cuma yang pengahiran saja lain.Iza menghulurkan tangan nya.
"Waalaikummussalam."Ramah Tan Sri Alif dan Puan Sri Lily lalu menyambut huluran Iza.
"Wah!!!Abang tengok menantu kita cantik kan?Macam sehati sejiwa sahaja mereka ni abang.Tak payah berpakcik,makcik ni.Panggil je ibu dan ayah."Arah Puan Sri Lily.Iza dan Han terus melihat penampilan mereka...patutlah baju sama warna!Kenapa mereka tidak perasan akan hal sedemikian.
"Awak ni pun Lily,jemput dia orang masuk kedalam dulu.Jemput masuk".Pesan Tan Sri Alif dan menjemput mereka masuk.Puan Sri Lily sudah termalu sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience