BAB 2

Fanfiction Completed 222

Seminggu sudah berlalu, jadual mereka untuk waktu seminggu itu hanyalah dengan berlatih, berlatih, dan berlatih. Sekarang tibanya masa untuk mereka menonjolkan diri sebagai sebuah pasukan yang gagah!

Barisan pemain mula memasuki padang. Semua pemain utama mengambil posisi mereka di padang. Pemain simpanan seperti Onew pula duduk bersama pemain simpanan yang lain di sebuah tempat yang terletak di tepi padang dan bentuknya pula seperti tempat menunggu bas.

Wisel dibunyikan menandakan perlawanan bermula. Bola dimulakan dengan pasukan lawan. Selepas beberapa saat, Zuqa memiliki bola sepenuhnya. Bola dibawa olehnya higgalah bolanya dirampas oleh Veina , pemain pertahanan pasukan Andromeda United.

Veina menghantar bola kepada Victor , penyerang terbaik pasukan itu. Victor lantas menggelecek bola itu melepasi pemain-pemain pasukan Aqua FC. Kesemua pemain yang mencuba untuk menghalangnya, tidak dapat menghalangnya lagi walaupun hampir kesemua pemain Aqua FC mencuba untuk menghalangnya.

Kini hanya Victor dan Zova sahaja yang berhadapan. Zova bersedia untuk menangkap bola manakala Victor telah pun menyepak bola. Zova melompat ke bahagian kiri apabila melihat bola itu pergi ke arah kiri. Tetapi jangkaannya meleset sama sekali. Bola itu melencong ke arah kanan pula dan bola itu memasuki gawang gol dengan senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience