BAB 1

Fanfiction Completed 222

Onew , seekor ikan emas yang bermain untuk pasukan kelabnya. Aqua F.C. walaupun dia hanya pemain simpanan, dia tetap berasa gembira setelah pasukannya dicalonkan dalam liga aquatik untuk tahun itu.

Kawan sepasukannya memang hebat dan pantas. Oka, cekap mengawal bola. Tyty dan Bizarre adalah gandingan yang terbaik. Zuqa, pemain sayap yang sangat licik. Kadang-kadang pemain pasukan lawan tidak menyedari kedatangannya. Dan penjaga gol pasukan mereka, Kura. Seekor sotong kurita yang mempunyai ketajaman mata seperti helang.

Mereka dibimbing oleh Stanley . Jurulatih yang mengatur rancangan pasukan mereka. Pasukan mereka adalah pasukan kelas bawahan di daerah mereka. Siapa sangka, mereka dapat beraksi dalam liga aquatik untuk tahun itu. Liga aquatik untuk tahun ini berlangsung di Lautan Atlantik. Sebanyak 32 pasukan bertanding dalam liga juara tersebut. Perlawanan kalah mati mereka berlangsung minggu hadapan. Mereka akan berlawan dengan pasukan dari Lautan Hindi. Iaitu Andromeda United.

“Saya mahu kamu semua bermain dengan tenang. Jangan terlalu tergopoh-gapah. Kalau tidak, kamu semua senang kehilangan bola,” kata Stanley dengan penuh semangat. Dia menarik misainya dan melepaskan misainya. Misai itu bergulung semula.

“Tuan, saya rasa lebih baik kita banyakkan hantaran pendek. Dengan itu, bola lebih mudah dikawal,” celah Zorra . Zorra merupakan ahli pasukan yang paling berpengalaman. Dia boleh dikatakan genius dalam aturan pasukan dan hantaran.

“Tidak. Hanya ikut rancangan saya dan kita dapat mengalahkan mereka.” Stanley menggeleng tanda tidak setuju. Ahli pasukan yang lain hanya memandang wajah Stanley yang kelihatan serius.

Setelah selesai mendengar rancangan mereka dengan teliti, mereka balik ke bilik mereka. Melihat rakan-rakan sepasukannya balik ke bilik masing-masing, Onew pun membuat keputusan untuk balik ke biliknya dan merehatkan badannya yang sudah letih.

Onew memasuki ruang biliknya yang gelap. Menyedari keadaan itu, dia lantas membuka lampu. Cahaya mula memenuhi ruang bilik yang gelap. Dalam hatinya, dia tertanya-tanya, mengapa Tuan Stanley menolak rancangan yang selalu diguna pakai oleh mereka selama ini?

Onew merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Matanya memandang syiling dan akalnya ligat memikirkan cara yang terbaik untuk melepasi benteng pertahanan pasukan lawan walaupun tuan Stanley sudah memberi cadangan yang terbaik bagi pasukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience