BAB 3

Fanfiction Completed 222

Tamat separuh masa pertama, kedudukan yang berat sebelah itu mengecewakan sesiapa yang menyokong pasukan Aqua FC. Kedudukan matanya ialah 4 berbalas 0.

Manakala di dalam bilik rehat pemain pula, Tuan Stanley sedang memarahi pemainnya kerana gagal membuat satu gol pun.

“Bukankah saya sudah kata, ketatkan pertahanan, bolosi benteng pertahanan mereka,” marah ikan pari yang bermisai itu. Kesemua pemain memandang lantai.

“Tidak, ia bukan sebab kami, ia salah strategi tuan yang tidak stabil. Kekuatan pasukan mereka terletak di bahagian benteng, bahagian menyerang, bahagian mengawal, behagian penjaga gol, dan bahagian strategi. Tetapi pasukan kita hanya kuat dalam bahagian menghantar bola dan menyepak. Sebab itu mustahil jika mahu melepasi benteng mereka,” balas Zorra . Jurulatih mereka hanya memandang lantai.

“Betullah tuan, kami semua sudah buat yang terbaik dan mengikut strategi tuan tetapi tidak tahu kenapa, saya rasa bukan kami yang bermasalah, tetapi strategi tuan itu yang kurang strategik.

“Baiklah, jika begitu. Kamu mainlah sesuka hati kamu. Saya sudah malas,” kata Tuan Stanley lantas berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience