BAB 4

Romance Completed 14337

“Nana,” suara Imran memanggil Nana. Terus saja dahinya berkerut. Kenapa
lelaki itu panggil dia? Digagahkan juga, dia mengalihkan wajah ke belakang.

“Kau macam lupa something saja hari ni…,” tegur Imran. Dahi Nana
berkerut lagi.

“Apa?”

“Surat aku mana?” terus Nana menepuk dahi. Allah! Macam mana boleh
terlupa. Tapi pelik pula… tiba-tiba saja orang belakang tu bertanya.
Aik! Sudah jatuh hati ke?

“Aku lupa bawa sebab buah hati kau tak sekolah hari ni,” selepas
menjawab terus saja dia menghadap buku di mejanya semula.

“Macam mana boleh lupa?” suara Imran sudah dekat. Dia kalih wajah dan
terpampang wajah Imran di sebelah. Serius saja wajahnya. Nana sudah
makin pelik. Setiap hari aku bagi surat, dia marah. Hari yang aku
terlupa nak bawa, soal macam polis pula.

“Terlupa… letak atas meja study,” tanpa memandang wajah Imran, Nana
jawab juga soalan dengan jujur.

“Sebab kau tak bawa surat aku, hari ni surat kau akan ditahan,” Nana
dapat menangkap surat yang berada dalam tangan Imran. Surat Nizam! Desis
hatinya.

“Tak apa tak bagi pun… macam aku kisah sangat. Aku tak ada tanya pun
kan… Imran, kau macam lupa something hari ni… ada aku tanya macam tu
ke?” sinis saja ayat yang meniti bibir Nana. Imran pula terkulat-kulat.
Ingatkan tadi dia dapat mengenakan gadis itu, tetapi dia pula yang
terkena. Wajah Nana ditenungnya dalam-dalam dari tepi. Gadis itu buat
tidak layan saja. Tak tahukah dia, jejaka paling hot kelas Biologi
tengah berdiri sebelah dia dan sedang bercakap dengan dia.

Dengusan Imran mengiringi langkah kakinya ke tempat duduk. Dia
benar-benar tidak puas hati. Geram pula sebab Nizam itu beria-ria hendak
memikat Nana. Apabila ditanya kepada Nizam apa yang dia nampak pada
muka-tak-siap ini, jawapan yang diberi lebih menyakitkan hati. Buat apa
pandang pada rupa, aku tahu dia ada keistimewaan dia. Jawapan yang makin
membakar jiwa Imran. Matanya tidak lepas pandang Nana walaupun hanya
melihat belakang gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience