BAB 9

Romance Completed 14337

Sampul yang jelas sudah kekuningan berada di depan matanya. Sudah ada
bintik-bintik juga. Berapa tahun dah? Fikirnya sendiri. Jarinya mengira.
Sekali mulutnya terlopong. Dashyat juga, 8 tahun simpan surat tak baca.
Nasib baik aku ingat mana aku letak surat dia. Elok saja surat itu
terselit dalam kamus kegemarannya yang disimpan dalam kotak dekat stor.

Sampul surat yang tertera ayat yang sama seperti 8 tahun dulu dikoyak
perlahan. Surat di dalamnya dikeluarkan. Tulisan tangan Imran yang
cantik berbunga membuatkan Nana tersenyum. Cantik juga tulisan lelaki
itu ya. Dia duduk bersandar di kerusi. Mencari posisi yang selesa nak
baca surat.

Kehadapan Saudari Farhana/muka-tak-siap.

‘Apa gaya buat surat macam dalam periksa saja!’ Nana sudah melepaskan
tawa. Diteruskan bacaan pada barisan kata-kata seterusnya.

Aku tak pandai nak susun ayat bunga-bunga. Lagi-lagi dengan kau Nana.
Jadinya, terus terang saja aku cakap… aku teringin nak berkawan dengan
kau. Kalau kau sudi, tolong jawab surat ni.

Yang mengharap,

JEJAKA HOT KELAS BIO.

Nana sudah siap menepuk dahi. Semata-mata untuk ayat pendek ini,
disuruhnya aku cari balik surat. Ikutkan rasa hati, hendak saja dihempuk
kepala Imran itu. Apa salahnya dia cakap saja dalam mesej FB tadi.
Eeiii… bikin gua geram saja! Bebel Nana sendiri.

Apa standard hantar Warkah sayang
pakai ayat standard macam ni? Patutlah…
Nana seakan teringat kembali. Imran ada memberikan surat balasan untuk
Eja dan selepas itu terus saja Eja dah tutup mulut bercakap pasal Imran.
Setakat sandang gelaran Jejaka paling Hot tapi ayat piawai romeo pun tak
reti, baik tak payah. Terror lagi Nizam dalam nak mengarang ayat-ayat cinta.

Surat yang dipegang itu diletakkan ke tepi. Namun ada sesuatu yang
menarik pandangannya kembali. Masih ada coretan di muka sebelah lagi.
Nana terpaku bila matanya mula berlari pada bait-bait yang tercoret atas
kertas itu.

Dari jauh aku memandang

Cuba mencari apa istimewanya kau

Gadis muka-tak-siap

Lama aku mencari

Nyata pencarian ini bukan semudah yang aku sangka

Tapi… berbaloi juga

Aku jumpa… apa istimewanya Farhana Hamdan

Kau bukanlah gadis muka-tak-siap

yang seringkali menjadi bahan usikan aku

Kau punya aura yang tersendiri

Kadangkala mampu membuatkan aku tersenyum jua

Aku bukan nak bercakap soal cinta, hati dan perasaan

Jauh sekali nak mengajak kau berkasih sayang di alam remaja ini

Tapi… sekadar nak mengkhabarkan rasa hati aku

yang seakan sudah terpaut pada peribadimu

Akhirnya aku kena mengaku juga,

Kau memang Gadis Hot kelas Bio.

Warkah sayang
ini ditujukan khas buat kau.

Aku akan menanti balasan. Tak kira berapa lama.

Asal kau sudi balas.

P/s: Aku bukan Jejaka Hot Kelas Sastera yang pandai nak mengarang sajak
bagi sama rima akhir. Ini main bantai tulis saja. Harap kau tak kisah.

Nana yang mulanya diam terpaku melihat coretan itu. Gadis paling Hot
Kelas Bio? Tawanya terlepas juga. Lama-kelamaan makin kuat memenuhi
ruang biliknya. Gila! Terlintas dalam fikiran Nana.

Matanya menghadap lap top yang sudah siap terpasang. Mesej dari Imran
dibuka kembali. Warkah sayang
ditekan. Nana sudah tersenyum sendiri. Gelak
sakan dia setelah membaca surat Imran.

Warkah sayang

Farhana Hamdan

Hai… Jejaka hot kelas Bio, gelak besar aku baca surat kau. Berani-berani
kau ya… simpan perasaan pada gadis hot kelas Bio. Sekarang pun masih
sama ke atau dah jumpa orang baru?

p/s: Boleh tahanlah sajak yang kau karang walaupun rima akhir agak tak
berapa kena. HAHA.

Tanpa menunggu lama, dia sudah mendapat reply.

Warkah sayang

Imran Azri

Tujuh hari tujuh malam aku karang sajak tu. Kisah apa aku kalau tak kena
rima akhir, asal sampai mesej aku dengan jelas sudah. Sebelum aku bagi
jawapan, sila kau sahkan diri kau masih single sekarang. Bukan tunang
orang apatah lagi bini orang. Kalau dah pegang status tu… aku tak mau
kacau. Buat tanggung dosa saja.

Warkah sayang

Farhana Hamdan

Aku masih single. Eja sorang je dah tunang dengan jejaka HOT university
dia. Kau tak kecewa ke? Eja mati-mati minat kau, alih-alih kau suka kat
adik dia pula. Kalau dia tahu, mau menangis berbaldi-baldi.

Warkah sayang

Imran Azri

Dah-dah. Kau jangan nak menyimpangkan topik aku hari ni. Bukan senang
aku nak bermesej dengan kau ni. Memandangkan kau tengah single dan aku
pun tengah cari calon menantu untuk mak aku, jadinya aku nak ajak kau
kahwin. Sorry la… straight forward sangat. Kau setuju tak?

Warkah sayang

Farhana Hamdan

Hoi mangkuk! Macam ni je kau ajak aku kahwin. Datanglah rumah, beradab
sikit. Haish!!! Apa la…

Warkah sayang

Imran Azri

Hehe… okay… okay. Sebelum tu aku nak tanya, kau setuju dengan hati yang
ikhlas ke nak kahwin dengan aku?

Warkah sayang

Farhana Hamdan

Mama aku cakap, kalau nak cari laki… cari yang sayang betul-betul pada
kita. Kau sayang aku kan? aku baca surat kau tadi, terharu la juga. Tak
sangka… kau suka juga pada aku yang muka-tak-siap ni. Tapi kau jangan
pandai-pandai nak buat spekulasi yang aku minat kau dari dulu… aku tak
ada masa nak fikir pasal tu semua, sebab aku tak berapa minat. Tapi tak
sampai tahap tak suka kau langsung. Perasaan tu equal je untuk semua.
Ada faham?

Warkah sayang

Imran Azri

Sangat faham!!! Terima kasih banyak-banyak. Kau pun tak perlu risau, aku
memang sayang kat kau. Pendam perasaan lama ni. Dahlah aku terseksa
gila, kau tak reply surat aku. Sekarang dah dapat… aku tak terfikir nak
lepas dah. Kau mesej alamat rumah dengan nombor telefon. Benda baik tak
elok dilengah-lengahkan… :)

Nana sudah menarik senyum. Apa sajalah Imran ini. Boleh pula kan dia
main ajak kahwin pakai Fac. Kalau pergi cerita pada mama mesti
terlopong besar orang tua tu. Tapi dalam fikiran Nana sudah muncul lagi
satu persoalan, kenapa setelah lapan tahun baru Imran itu kembali nak
menuntut jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience