Rate

Bab 3

Science Fiction Series 1386

Pintu rumah mengimbas kehadiran kau. Sistem keselamatan tahap dua dinyahaktifkan. Kaki kau melangkah masuk ke dalam rumah. Bibir tak lekang dengan senyuman.

Sedang kau berjalan melalui ruang tamu. Kau baru teringat akan sesuatu. Cuba imbas kembali apa dia. Rasa macam ada yang tak kena.

Cepat-cepat kau lihat gelang tangan kiri kau. Punat kecil dipusing. Rakaman 30 minit yang lalu bermain pada paparan skrin mata kau.

Pintu rumah menarik seseorang ke dalam rumah kau. Seorang lelaki serba hitam sepertinya sedang diculik oleh rumah kau.

Oh! Encik Parasit!

Di manakah dia?

Kau ketawa mengenangkan jasa kau menyelamatkan Encik Parasit bawahan itu.

Tangan kau menyentuh permukaan bingkai lukisan yang dialihkan oleh Encik Parasit tadi. Ada suis tersorok pada permukaan bingkai itu. Jari telunjuk kau mencari pusat pengimbas. Ada getaran kecil apabila jari kau menyentuh permukaan itu.

Tidak lama kemudian, suasana dalam rumah kau gelap gelita ibarat hidup tanpa cahaya.

Penutup lantai yang menghiasi lantai laluan ke bilik utama, tergulung dengan sendirinya. Lampu meja yang berada dekat dengan laci yang kau geledah tadi, mula mengeluarkan beberapa kelipan.

Ruang yang dialihkan penutup lantai mula mengeluarkan beberapa kotak digit nombor. Macam kunci bagasi kau yang ada tiga ke empat digit untuk kata laluan kunci.

Kau masukkan kata laluan yang hanya kau sahaja yang tahu. Kata laluan bernombor.

1 3 3 3

Selepas kau mengisi kata laluan itu, lantai yang kau pijak ada berlaku sedikit gegaran. Beberapa langkah kau ambil ke belakang. Dua helai daun pintu mula kelihatan.

Cuba teka, daun pintu yang mana satu patut ditolak atau ditarik? Kanan? Kiri? Tet! Salah! Pintu itu naik ke atas dengan perlahan-lahan. Kena tipu? Haha! Kasihan.

Rupa-rupanya, rekaan dalaman rumah kau ini sangat hebat. Mana tidaknya, bawah rumah kau dijadikan pangkalan rahsia. Banyak betul duit kau.

Laluan rahsia. Kau terus mengaktifkan suis lampu dengan satu petikan jari. Wah, nampak gaya macam magis!

Blink blink blink!

Lampu-lampu mula menyala secara berperingkat dari tempat kau berdiri sehingga ke hujung sana. Kau terasa ada yang kurang lengkap. Oh, ya!

Gelang kiri kau diimbas. Sistem pendua jasad diaktifkan. Dengan sekali sentuhan pada skrin, jasad kedua kau yang diduakan mula berfungsi. Jangan cakap kekasih saja boleh diduakan, diri kau pun boleh!

Sebentuk segi empat tepat mula kelihatan pada dinding di ruang tamu. Ada imbasan cahaya mengelilingi bentuk itu. Seperti sebuah keranda. Kau simpan pendua jasad kau di dalam kotak itu.

Sumber tenaga robot diaktifkan. Perlahan-lahan mata robot itu bercahaya. Kepala robot kau berpusing 360 darjah. Bersedia untuk berkhidmat.

Serupa seperti kembar. Sama dari segi fizikal sehinggalah pakaian kau yang terkini. Dasar robot.

Yang membezakan hanya tugas. Apa tugas kembar jadian kau ini?

Macam biasa. Tolong ambilkan bungkusan yang kau beli di Shop-shop, terima makanan yang kau oder di Pijja Hut dan lain-lain. Macam bibik. Cuma kembar kau ini tak perlu disaji dengan makanan. Cukup sekadar cas bateri selama tujuh jam.

"Jayjay, macam biasa ya."

Kembar kau menganggukkan kepala sekali. Kau tersenyum puas hati. Ayuh, fokus kepada misi yang sebenar!

Paparan mata kau mula menunjukkan berita semasa. Kau hanya peduli tentang senarai kedudukan dalam MMX. Pasal menteri kena pecat, rumah kena bakar, gempa bumi semua, kau sudah tak peduli. Sia-sia. Apa yang kau boleh buat?

Kau hanya boleh membunuh malaikat maut sahaja. Itu kelebihan kau. Kau yang bernama Jeewa.

Sedang kau berjalan menuju ke bilik percaturan kau, tiba-tiba, kau terasa sedang diperhatikan oleh seseorang. Kau hanya menghela nafas. Penat layan budak yang baru nak membesar.

“Cepat serahkan Atma tu! Kalau tak, aku bunuh kau!”

Pistol masih menjadi senjata lelaki itu. Lelaki ya? Entahlah. Kekuda lelaki itu cuba distabilkan. Perlu ke?

“Kau mesti tak pernah dengar perkataan ‘insaf’, kan?”

Gigi lelaki itu saling berlaga-laga. Tindakan kau sentiasa berani. Lelaki itu merenung kau tajam. Kau hanya berlagak tenang. Hebat!

Kau abaikan lelaki itu dan terus berjalan. Malas mahu difikirkan. Misi perlu dilaksanakan. Jangan buang masa lagi.

Bang!

Kau terhenti seketika. Peluru yang dilepaskan oleh lelaki tadi, sipi lagi nak kena kepala kau. Cuba semak balik kepala kau, ada lagi tak? Ada? Bagus!

“J, ini amaran terakhir. Serahkan Atma cepat sebelum kau, aku tembak dengan peluru yang pemburu malaikat maut paling tak suka. Heh. Pemburu malaikat maut konon. Hak tuih!”

Dengan sekelip mata, kaki kanan kau sedang memijak belakang badan lelaki itu dan tangan kirinya kau bengkokkan ke belakang.

“Lepaskan aku! Tak guna!”

Meronta-ronta lelaki itu. Macam budak kecil. Sudahlah parasit. Ada hati nak provok kau. Dia itu mesti pekak atau buta dengan kau.

Darah malaikat maut halal dibunuh.

Itu kalimat yang sering kau ucapkan tiap kali ada parasit yang gemar provok kau. Rezeki lelaki ini baik sedikit. Sebab, rata-rata yang provok kau, semuanya sudah bertemu dengan pisau jagdkommando kau. Selamat dihantar pulang ke neraka.

“Aku penatlah cuci otak berkarat kau tu. Langsung tak maju. Lembab!” marah kau.

Akhirnya, kau keluarkan juga senjata agung kau. Pisau jagdkommando yang berwarna perak. Mata kau menatap belakang badan lelaki yang kurang makan saman itu.

Kaki kanan kau menapak belakang rusuk kiri lelaki itu. Kau tersenyum. Perlahan-lahan kau genggam pisau perak kau. Sempat lagi kau bermain-main dengan buat pelbagai aksi ala-ala ninja.

“Apa kau nak buat? J-Jangan! B-Berhenti!” pinta Encik Parasit itu dengan nada yang agak sayu. Patutkah kau rasa kasihan?

“Jangan berhenti? Baiklah. Seperti yang kau inginkan …”

Dengan sekali tusukan, mata pisau kau berjaya menebuk belakang rusuk kiri lelaki itu. Tepat ke jantung! Kau cabut pisau dengan perlahan-lahan dalam keadaan pusingan arah lawan jam.

Jasad lelaki itu tersentak, Tangannya menampar-nampak lantai. Kesian lantai kena tampar. Apa dosa lantai?

“H-haus …. A-air ….”

Kau berdiri dari sesi membasmian ‘kuman'. Suara lelaki itu semakin perlahan. Kau segera beredar dari tempat itu. Jasad lelaki itu dibiarkan. Sepi.

Nafas dihela. Paparan pada mata kau tidak menunjukkan sebarang data penambahan MMX. Kau tersengih. Mata pisau kau tilik. Darah yang tersalut pada mata pisau mula mendidih. Wap nipis mula kelihatan.

Kau menoleh ke lokasi tadi. Jasad lelaki tadi sudah hilang. Kau mengambil keputusan untuk teruskan operasi rahsia kau. Sedang kau berjalan, tiba-tiba,

“Cik Jeewa, apa khabar? Sihat?”

Kau terhenti. Telinga kau menangkap suara yang sangat kau kenali. Sangat kau nanti. Perlahan-lahan kau menoleh ke belakang. Mata yang tersenyum.

“Eh salah, bukan Cik Jeewa. Tapi, my lovely J.”

Pang!

“Geli bongok kau sebut macam tu,” ujar kau. Tak pasal-pasal pipi kiri lelaki itu kena tampar dengan kau.

Dialah Encik Parasit. Yang kau bunuh tadi. Ya. Hidup balik. Kenapa hidup balik?

Sebab dia bukan malaikat maut. Itu sebab data MMX kau tak naik. Kau sendiri tahu. Tapi hobi kau bunuh orang dengan pisau kau. Heh.

Encik Parasit Abadi.

Dialah pasangan untuk tugas kau. Membantu kau. Dia selalu mengusik kau dengan cuba membunuh kau. Kau pula suka membunuh dia. Comel bukan?

“Ody makin meliar. Kita kena mula bertindak. Cuti aku pun mereka ganggu!” amuk kau.

Lelaki tadi hanya mendiamkan diri. Komputer hebat diaktifkan. Laju jarinya menari. Sekelip mata, banyak data dipaparkan. Ada juga keratan berita yang baru sahaja berlaku.

“Cuti? Apa benda tu? Pernah wujud ke dalam Nyawa?” balas EPA. Singkatan kepada Encik Parasit Abadi. Panjang sangat!

Kau tersentak. Alahai mamat EPA ini. Nak serius-serius pula. Halah!

“Aku rasa kita dah tak selamat. Bukan, maksud aku … dunia ni, makin tak selamat,” luah kau. Ya. Naluri seorang perempuan berdarah gasar.

“Jangan risau, Jeewa. Aku kan ada,” balas EPA dengan segaris senyuman. Kau mengiakan saja jawapan EPA.

Selamat datang,
EPA & Lovely J.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience