4. Aku tahu

Fantasy Series 673

Tok..Tok..Tok

Kedengaran pintu di ketuk dari luar dan putus cerita Aini dengan nendanya. " Mai, tolong tengok siapa datang tu kak." arah Puan Fatimah.

" baik Nenda " sahut Kak Mai. Semua pekerja dan tuan rumah memang memanggil Puan Fatimah nenda dan bukan mereka sengaja panggil tapi memang itu yang Puan Fatimah arahkan kepada mereka kerana bagi Puan Fatimah, semua orang adalah keluarganya.
to
Kak Mai kaku di pintu dan tidak berbicara tetapi terdengar suara seorang lelaki tengah bertanya.

" siapa tu Kak Mai?" tanya Mama Aini

" ermm..Ha..hai..Haikal Puan" sahut Kak Mai. Panas telinga Aini mendengar nama yang disebut itu. ' Dia datang nak bagi penjelasanlah tu. eeuu..geli aku.' kata Aini dalam hati dengan muka yang masam.

" Bagi dia masuk Kak " kata mama Aini dengan tenang dan melihat Aini sedang mengetapkan giginya tanda tidak setuju untuk membenarkan Haikal masuk ke rumah. Haikal masuk dengan muka tembok seperti tiada apa yang berlaku Dan menyalam Nenda. Mual Aini lihat gelagat talam dua muka itu, dia terus berlalu ke dapur mengelak dari Haikal memujuknya kembali.

Haikal dengan muka tebal menahan malu berhadapan dengan Aini. Haikal memberi senyuman kepada Aini yang ingin ke dapur tetapi di balas dengan jelingan yang tajam dari Aini.

" Auntie, saya datang nak minta maaf. Mungkin Aini dah ceritakan semuanya kat Auntie dengan Uncle tentang kami berdua'' jelas Haikal kepada mama Aini di hadapannya.

Mama Aini dan Nenda hanya menggeleng. " Kenapa kamu sanggup lukakan hati Aini, Haikal" tanya Nenda. " Haikal betul betul sayangkan Aini ,nenda" rayu sedih Haikal yang semakin meluat. "Dahlah tu Haikal, kamu pergilah balik.Aini dah putuskan juga hubungan kamu Dan sekarang takda apa nak dibincangkan" sampuk mama Aini dengan lembut.

"tapi auntie..." terpotong ayatnya di situ, apabila Aini menyampuk.

" kau tak dengar apa yang mama aku cakap ke!!.kau berambus dari sini!" sergah Aini yang keluar dari dapur tadi

" Aini sayang jangan cakap macam tu kat orang, nak" tegur mama Aini. " dia ni ma, memang patut dihalau" tegas suara aini kedengaran teramat marah.

" sayang maafkan l ye, please jangan tinggalkan I and I still love u with all my life." pujuk Haikal sambil memegang tangan kiri Aini dan mengusap rambut Aini dengan lembut.

pakkk..

satu tamparan kuat di pipi kanan Haikal buat semua orang terkejut." kau keluar dari rumah aku dan jangan pernah muncul depan aku dan family aku..sekarang keluarr!!!!." jerit Aini dan jari telujuknya di halakan ke pintu. Haikal keluar dengan irigan senyuman sinis dari Aini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience