2. Apa salah aku?

Fantasy Series 673

Terdengar kereta Aini parking depan rumah dengan pintu kereta yang di tutup dengan kuat, mengejutkan papa dan mama Aini yang sedang menonton tv.

" Astafirullah, Aini sayang. kenapa tutup pintu kereta tu macam nak pecah pintu tu, sayang?" tanya mama Aini yang terkejut beruk.

"Maaf ma, Aini tak sengaja. mama papa, Aini naik dulu penatlah, ok. Assalamualaikum." Aini berlalu ke bilik tanpa mengendahkan mama dan papanya. Datin Noraidah dan Dato Haniff hanya menggeleng geleng dengan sikap anak mereka kebelakangan ini.

Puan Fatimah iaitu nenda Aini memeluk dengan rasa kasihan dengan cucunya itu. Puan Fatimah dapat tahu sesuatu terjadi kepada cucunya itu.

" Aini?, cuba cerita dengan nenda apa yang berlaku, sampai anak dara nenda ni nangis?" tanya Puan Fatimah sambil meleraikan pelukan

"Nenda..." kata Aini dengan melihat nendanya " ..Aini putus tunang dengan Haikal. Aini benci dia!" jerit Aini melemparkan beg kedepan

" Sabar Aini, Aini seorang wanita kuat dan mungkin semua ni ada hikmahnya" pujuk Puan Fatimah

" Tapi nenda, apa salah Aini sampai dia lukakan hati Aini dan memilih si pelacur tu!" jerit Aini lagi. tekejut Puan Fatimah dengan Aini yang marah dengan perkataan pelacur itu.

" Aina!.."sentak Puan Fatimah " nenda tak suka Aina jadi macam ni kerna seorang lelaki yang bernafsukan syaitan. Cuba kawal emosi tu Dan terima takdir Allah Ni dengan hati yang terbuka. si Haikal tu mungkin bukan jodoh yang dipilih Allah untuk Aini." tegas Puan Fatimah membuatkan Aini terdiam dan menunduk.

" tapi nenda..." belum habis Aini bercakap nenda dahulu menuturkan sesuatu.

" Kalau hati sudah terikat, maka jiwa dan raga menjadi pengikat, bila Cinta diseru hadir wajahmu bagai bayu lembut yang meniup, namun bila tahu asal usulmu, cinta bukan milikmu, tetapi hanya dia yang tahu, kerna Cinta ini miliknya yang satu" terkejut Aini dengan nendanya yang menyebut rangkap ayat yang pernah di dengarnya sewaktu kecil.
" Nenda?,dari mana nenda dengar ayat tu?" tanya Aini dengan mengelap air mata yang kering di pipinya.

Puan Fatimah tersenyum melihat Aini yang ingin mengetahui sesuatu." Nenda dengar dari seorang kawan lama. Kenapa Aini pernah dengar ayat nenda tadi?" soal nenda dengan terukir senyuman di bibir.

" Pernah.." jawab Aini. membulat mat dea Puan Fatimah mendengar PERNAH itu. Sebelum ini selain cucu dan anaknya, tiada yang pernah mendengarkan ayat itu selain Puan Fatimah yang menyatakan kepada mereka. "..masa tu Aini kecil lagi dan sampai sekarang Aini hafal ayat itu." sambung Aini lagi.

" di ma..na..di mana Aini pernah dengar?" tanya Puan Fatimah dengan tergagap suara.

Aini menggangkat tangan dan menggaru kepala
"hmm..seingat Aini, dalam mimpi. Ada seorang lelaki membelakangkan Aini dan selalu menyebut ayat tu dan bila Aini maju untuk tengok muka dia, Aini akan terbangun dari tidur" jelas Aini panjang lebar.

Puan Fatimah tersenyum dan mengusap dua tapak tangannya ke muka. Aini pelik dengan perilaku nendanya itu.

" Nenda ok?" soal Aini
" Nenda ok, alhamdulillah"

Aini menggangguk

" Dahlah Aini, pergi mandi dan rehat. esok bincang dengan mama papa baik baik tentang Haikal ok." kata Puan Fatimah dan berlalu ke pintu

" baik nenda." jawab Aini

" Selamat malam, Assalamualaikum" salam Puan Fatimah dengan senyuman yang lebar.

" Nenda!" jerit Aini lembut sebelum Puan Fatimah menutup pintu.

" ya Aini?" tanya Puan Fatimah

" terima kasih nenda. walaikumsalam" ucap Aini

Puan Fatimah menggangguk dan berlalu pergi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience