3. Putus

Fantasy Series 673

' .....bila cinta diseru wajahmu hadir bagai bayu lembut meniup....cinta miliknya yang satu...' suara lelaki itu muncul lagi kini dia dengan seorang perempuan bertudung labuh.

" kamu berdua ni siapa?" tanya Aini
lelaki itu berpaling.dan hanya senyuman itu yang Aini lihat dan " Arrhhh!!" jerit Aini dengan nafas yang sesak. Aini terjaga dari mimpi yang pelik itu lagi,namun kini Aini melihat senyuman lelaki itu tetapi wajah lelaki itu masih tidak kelihatan.

Aini pergi bilik mandi dan mengambil air wuduk untuk menunaikan solat subuh. Walaupun Aini tidak memakai tudung, tidak pernah dia meninggalkan solat 5 waktu sebagai seorang Islam.

" Assalamualaikum, mama papa nenda " salam di beri di waktu pagi.
"Walaikumsalam, puteri salju." sambut mereka serentak dengan melihat Aini yang tersenyum. " Abang macam tak tahu, anak Kita ni kejap lagi nak jadi madam besar." seloroh mama Aini. " iya juga tu" jawab papa Aini dengan nada menyindir

Hilang lagak ceria dari wajah Aini mendengar seloroh itu. " mama papa, sebenarnya Aini nak putuskan pertunangan antara Aini dengan Haikal." terselit nada sedih dalam suara Aini.

Mama dan papa Aini terkejut akan apa yang dikatakan oleh anak mereka itu. Namun mereka sentiasa tenang dan menanyakan kepada anak mereka sendiri, apa sebenarnya yang berlaku sehingga nekad untuk putus.

" Aini, kenapa pula nak putuskan tunang dengan tetiba ni? apa yang terjadi? cuba cerita." soalan yang bertalu talu kena kepada Aini di waktu pagi.

" Mama dengan papa mahu tengok Aini bahagiakan?" tanya Aini kepastian yang ada jawapan dengan penjelasan tetang Haikal.

" mestilah sayang, kalau tak mesti mama takkan tanya dengan anak mama yang seorang ni." Jawab mama Aini lagi dengan lembut

" sebenarnya macam ni selama...." Aini menceritakan dari bila hubungan mereka tegang sehingga kejadian yang berlaku semalam dan sanggat memalukan.

Bulat mata mama dan papa Aini dengan penjelasan anak mereka dan tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Danish Haikal yang bernafsukan syaitan kepada anak bongsu mereka ni. memang benar Aini anak bongsu dan mempunyai seorang abang yang melanjutkan pelajaran di oversea.

" Maaf ya sayang sebab mama dengan papa take pernah ambil tahu tentang Aini dengan Haikal" mama Aini menitiskan air mata lalu Aini memeluk mamanya.

" takpe ma, mungkin memang Aini ditakdirkan putus dengan buaya tu dan Aini bersyukur kerana tidak berkahwin dengan dia." kata Aini untuk menyedapkan hati mamanya dengan papanya yang turun simpati keatasnya.

" dah dahlah tu kamu nangis, macam tengok drama pula nenda ni.sekarang perut nenda dah lapar boleh kita menjamu sekarang." kata nenda buat semua orang tergelak dengan telatah yang manja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience