Hujan renyai-renyai diluar jendela. Mawar merapatkan daun jendela. Terasa dingin mencucuk-cucuk sehingga ke tulang hitam. Perlahan Mawar naik ke atas katil lalu menarik kain selimut. Tidurnya yang terganggu sebentar tadi harus diganti.. Mata dilelapkan. Perlahan lahan dunia Mawar bertukar gelap. Dunia yang gelap dan semakin tenggelam dibuai mimpi.
"Mawar.....!!! Mawar........!!!"
Kaki Mawar terhenti lalu menoleh ke belakang. Kini satu susuk tubuh berdiri tegak di depan matanya. Wajah itu masih diingatinya. Wajah itu pernah membuatkan dirinya hanyut dilautan perasaan yang tidak bertepi suatu ketika dulu.
Mawar berpaling lalu melangkah pergi. Satu persatu episod lalu bermain dimatanya. Lelaki itu pernah membahagiakannya.. Lelaki itu juga pernah melukakannya..Sekali lagi langkah Mawar terhenti apabila lengannya dipaut erat dari belakang.
"Mawar.... Please... Bagi peluang untuk I melepaskan rindu yang lama bersarang di hati ini.. You sihat ke Mawar?"
Mawar menarik tangannya. Tak ingin rasanya dia bersentuhan dengan lelaki itu lagi.
"I cari you Mawar.. Kenapa you hilangkan diri. Jom kita sembang sambil minum-minum di kedai tu.. Lebih selesa nak berbual.." Tanpa mempedulikan Mawar, lelaki itu menarik tangan Mawar lalu menuju ke arah sebuah meja kosong di restoran berhampiran.
"Mawar... Dah lama I cari you.. Syukurlah I jumpa you semula.. You sihat ke sayang?" Baru terasa selesa untuk berbual. Fakhar merenung ke seluruh wajah yang sangat dirinduinya.
"I tahu you masih marahkan I. You salah sangka sebenarnya.. " Fakhar cuba untuk menjelaskan sesuatu.
"I tak perlukan apa apa penjelasan dari you. I dah lama lupakan semuanya. Sekarang I nak balik...!" Akhirnya Mawar bersuara. Mawar bangun untuk pergi namun Fakhar terlebih dulu memegang tangannya. Fakhar tidak mahu Mawar pergi selagi tidak mendengar penjelasan darinya.
"I takkan lepaskan you pergi selagi you tak dengar penjelasan dari I. Please Mawar.. Jangan macam ni. You ingat I hora horray ke selepas kejadian tu. You ingat I jadi kanak kanak riang ke selepas you hilangkan diri?..."
Kali ini Fakhar bersuara agak tinggi. Kedegilan Mawar membuatkannya bertindak sebegitu. Penjelasan harus diberikan. Disebabkan salah faham inilah perpisahan diantara mereka terjadi. Fakhar tidak mahu mengalah lagi. Suka atau tidak, penjelasan harus diberikan.
"So kalau macam tu.. Jelaskan saja.. Jangan buang masa I. I banyak urusan lain yang nak di selesaikan." Mawar melemparkan pandangan jauh ke luar restoran. Tak ingin dia bertentang mata dengan lelaki penipu itu. Hatinya mendongkol geram. Rasa bencinya membuak-buak.
Share this novel