Sebaik pulang dari pejabat, Fakhar terus memandu ke hospital. Wajah lesu Julia bermain di matanya. Perasaan simpati terbit disudut hatinya buat gadis yang pernah tumbuh subur dihatinya suatu ketika dahulu. Tidak tahu mengapa tiba-tiba dia terkenangkan saat-saat manis mereka berdua, disaat kedua-duanya hanyut di alam asmara. Bagaimana kuatnya cinta mereka diwaktu itu. Di zaman kuliah itu, mereka berkenalan dan berkawan rapat sehingga akhirnya lahir bibit-bibit perasaan diantara mereka.
Fakhar sayu. Kenangan manis diantara dia dan Julia amat sukar untuk dilupakan. Namun itulah yang sedang dilakukan olehnya demi cinta hatinya, Mawar. Julia meninggalkannya demi mengejar cinta lelaki lain. Mungkin lelaki itu lebih sempurna dari dirinya. Fakhar mulai tenggelam di alam perasaan. Dibuai dengan bermacam rasa. Rasa sakit dan kecewa yang dahulu terasa kian marak.
Tanpa sedar Fakhar menghentak stering keretanya. Bunyi hon yang panjang berkumandang disepanjang jalan yang sedang jammed itu. Sebaik tersedar dari lamunan, segera dia menoleh ke kiri kanan jalan. Pemandu-pemandu kereta yang berada di kiri kanannya hanya memandangnya dengan wajah pelik dan tidak puas hati. Dengan rasa bersalah, Fakhar hanya mengangguk dan mengangkat tangan kepada mereka sebagai tanda meminta maaf.
Di hospital, tubuh Julia yang terbaring lesu dibaluti selimut hospital itu direnung dalam-dalam oleh Fakhar. Apabila Fakhar menyedari fikirannya mulai menerawang kepada kenangan lalu, segera dia beristighfar. Gadis yang berada di hadapannya itu tiada kena mengena dengannya lagi, melainkan hanya sebahagian dari masa lalunya. Mawar adalah gadis yang sedang mekar dihatinya, gadis itu yang lebih berhak memiliki hati dan fikirannya, bukannya Julia.
“Maafkan saya encik, encik sudah pasti suami Puan Julia. Saya ingin membincangkan sesuatu dengan encik berkaitan isteri encik...” Doktor wanita Sikh yang berwajah seiras Juhi Chawla tiba-tiba muncul disisinya. Fakhar yang terperanjat hanya mampu terpinga-pinga. Isteri??? Ternyata doktor ini sudah salah faham tentang hubungan dia dengan Julia.
“Err.. Tapi... saya....” Fakhar ingin menjelaskan kedudukan sebenar berkaitan hubungan dia bersama Julia.
“Encik, walaupun encik berat hendak terima kenyataan ini, encik harus tahu sesuatu... Ini berkaitan kehidupan isteri encik. Mari ke meja sana.” Ajakan doktor itu agak serius kali ini. Doktor tersebut berjalan ke arah meja di sudut wad. Fakhar hanya menuruti dari belakang.
“Encik.. Maafkan saya. Setelah dilakukan pemeriksaan teliti oleh doktor pakar, isteri encik disyaki telah diperkosa. Keganasan seks yang dilakukan menyebabkan berlakunya koyakan yang agak besar. Adakah encik mahu berkongsi sesuatu dengan saya?” Doktor yang bernama Hardeep Kaur itu cuba bermain psikologi dengan Fakhar. Ada kemungkinan doktor cantik itu mengesyaki Fakhar telah melakukan hubungan seks ganas dengan isterinya sendiri. Sedangkan hakikatnya doktor tersebut hanya berprasangka sendiri tanpa mahu bertanya dahulu apa sebenarnya yang terjadi.
“Maafkan saya doktor, sebenarnya doktor salah faham.” Fakhar bersuara perlahan.
“Baik, encik boleh teruskan....” Dr. Hardeep Kaur merenung wajah Fakhar, menanti apa yang bakal keluar dari mulut lelaki itu. Dr. Hardeep Kaur seolah-olah sengaja memberi isyarat bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi pendengar kepada lelaki itu.
“Cik Julia bukan isteri saya.” Fakhar sendiri tidak tahu sebenarnya apa keperluan untuk dia menjelaskan perkara tersebut kepada doktor cantik itu. Seperti yang dijangka, Dr. Hardeep Kaur terpinga-pinga seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Tetapi, bukankah encik yang buat report dan laporan tentang gadis itu?......” Dr. Hardeep Kaur seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Fakhar. Ahh.. Mungkin lelaki itu cuba untuk berpura-pura. Sudah pasti dia tahu bahawa pihak hospital sudah tentu akan membawa kes keganasan rumahtangga yang dilakukan terhadap isterinya itu ke muka pengadilan. Dr. Hardeep Kaur masih tidak puas hati. Dia merungut didalam hati.
“Kalau encik bukan suaminya, habis tu encik ni siapa kepada dia? Atau encik jirannya?” Dr. Hardeep Kaur cuba berteka-teki.
Fakhar menceritakan segala-galanya dari A-Z kepada Dr. Hardeep Kaur, bagaimana Julia sempat menghubunginya serta sempat menghantar location kepadanya sebelum dia pengsan. Bersungguh-sungguh Fakhar menjelaskan agar tidak timbul lagi salah faham. Akhirnya Dr. Hardeep Kaur memahami.
“Ada kemungkinan yang Cik Julia akan mengalami gangguan psikologi. Gangguan emosi. Dia perlukan seseorang untuk menenangkannya sekiranya perkara itu benar-benar berlaku. Terdapat juga sedikit darah beku di kepalanya. Ada kemungkinan juga dia dipukul atau ditolak sehingga berlaku hentakkan kuat di kepalanya lalu menyebabkan berlakunya darah beku tersebut. Kita sama-sama berdoa agar ingatannya tidak terganggu akibat kejadian ini..”
Fakhar terperanjat. Dia menekup muka dengan kedua tapak tangannya. Hancur hatinya sebaik mendengar penjelasan dari Dr. Hardeep Kaur. Hatinya jadi sakit. Perasaan marahnya membuak-buak. Bukan marah kepada Dr. Hardeep Kaur, sebaliknya dia marah kepada si pelaku yang tergamak melakukan perkara sekejam itu terhadap Julia. Dr. Hardeep Kaur hanya memerhati Fakhar dengan perasaan simpati. Dia yakin, mungkin lelaki di hadapannya bersama gadis yang sedang terlantar sakit itu pernah mempunyai satu ikatan perasaan yang istimewa. Seketika kemudian, mereka sama-sama melemparkan pandangan ke arah sekujur tubuh yang tidak bermaya itu. Julia.....
Share this novel