Air hujan yang turun membasahi bumi tidak dihiraukan. Matanya sedang asyik menonton drama yang sedang berlangsung di hadapan matanya kini.
Kaki perlahan-lahan mengikuti jejak langkah mereka. Sedar tidak sedar , dia semakin hampir dengan orang yang diikutinya tadi.
Lorong yang gelap hanya diterangi cahaya bulan membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah-wajah makhluk itu.
" Hoi ! Lepaskan aku lah ! Apa yang kau nak ha ?! " jerit budak lelaki yang mempunyai susuk tubuh seperti berusia 12 tahun itu.
" Hei , budak ! Kau dengar sini betul-betul ya. Bapak kau yang jahanam tu dah jual kau dekat aku sebab dia tak mampu nak bayar hutang. Jadi , kau tu dah jadi milik aku secara automatiknya. KAU FAHAM KE TIDAK ?! " jerkah Mathew
" Itu masalah kau dengan dia lah ! Kenapa nak kena libatkan aku dengan mak aku pulak ?!! Eh , lepaslah syaitan ! Kau nak bawak aku pergi mana ni ?!! " budak lelaki itu meronta sekuat hati namun lelaki itu lebih kuat berbandingnya.
" Kau jangan buat aku hilang sabarlah budak ! " sepucuk revolver DE seberat 2 kilogram dikeluarkan lalu dia melepaskan tembakan secara rambang ke udara sebelum diacukan ke arah kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu mulai mendiamkan diri. Diamnya dia bukan sekadar diam menurut tetapi diamnya dia sedang mencari peluang untuk melepaskan diri daripada si botak Mathew.
Mereka berjalan lagi menuju ke suatu tempat yang telah ditetapkan. Tanpa mereka sedar , ada sepasang mata sedang memerhatikan tingkah-laku budak lelaki itu.
" Woi ! Berhenti kejap , aku nak kencing. " Mathew menyuruh kanak-kanak itu berhenti di satu tiang sebelum dia mengikat tali yang mengikat tangan kanak-kanak itu di tiang berhampiran.
Mathew mula melaksanakan hajatnya di tepi tong sampah itu. Kanak-kanak itu pula dengan cekapnya mencapai cebisan kaca bersebelahan tapak kakinya lalu memotong tali yang mengikat tangannya.
KREK !
Putus !
Manik-manik peluh yang menitis diseka pantas sebelum ianya jatuh ke tanah. Mata masih memerhati Mathew yang sedang bersiul kecil. Gembira mungkin dapat melepaskan hajat.
Kesempatan yang ada dia memukul belakang badan Mathew menggunakan sebatang kayu yang di capai berhampiran tong sampah tadi.
BUK !
Mathew terkejut beruk akan serangan itu dengan pantas menarik zip seluarnya sebelum menoleh ke arah orang yang memukulnya.
" BODOH ! " Air liur diludah ke tepi. Dia melangkah garang menuju ke arah budak lelaki itu.
Kayu dihayun kembali tetapi Mathew menendang tangan kecil itu. Budak itu mendecit kesakitan. Mereka saling berlawan menumpaskan antara satu sama lain demi mempertahankan diri masing-masing.
Mathew yang kegeraman menumbuk perut budak itu berkali-kali sehingga darah tersembur keluar dari mulutnya. Melihat lawannya sudah lemah , dia mengeluarkan kembali revolvernya yang di sisip di pinggang sebelum mengacukan kepada kepala kanak-kanak itu.
CLIK !
Bunyi picu ditarik menggusarkan hati kanak-kanak lelaki yang sudah lembik itu. Peluh yang bercampur dengan air hujan serta darah menitis di atas permukaan jalan tar.
tik .. tik .. tik ..
" Huh ! Kau sama saja macam bapak kau. BODOH ! " ucap Mathew bengang.
PAP ! PAP ! PAP !
Bunyi tepukan yang bergema membuatkan muncung revolvernya bertukar arah.
" Bravo ! "
" Kau ni siapa pulak ?! " jerkah Mathew.
Soalan Mathew tidak di Jawab. Sebaliknya dia berjalan terus menuju ke arah Mathew atau lebih tepat ke arah budak lelaki tadi.
" Kau dekat , aku tembak budak ni ! " ugutan Mathew tidak diendahkan.
Topi yang menutupi separuh daripada wajah lelaki itu membuatkan Mathew dan juga budak itu tidak perasan akan senyuman sinis yang terukir diwajahnya.
Dia berjalan lagi tanpa gentar dengan ugutan mahupun dengan peluru. Kerana dia mempunyai satu kelebihan , kelebihan yang tidak ramai yang tahu.
Mata dilirikkan ke arah Mathew. Bibir lelaki itu sepertinya sedang menahan suatu getaran. Mungkin disebabkan aura yang keluar daripada Lelaki Bertopi itu.
BANG !
Peluru dilepaskan ke udara.
" Aku cakap aku tak main-main. Kau ni- " akibat terlampau geram bercampur amarah dan rasa dipermainkan , revolver diacukan ke arah Lelaki Bertopi itu dan ..
BANG !
Tembakan dilepaskan.
Peluru tersasar ke arah lain. Lelaki itu berjaya mengelak dari ditembak. Sekali lagi Mathew melepaskan tembakan ke arahnya. Dia berlari dan menendang revolver itu sehingga terpelanting jauh.
Lelaki Bertopi itu menumbuk Mathew sehingga lunyai. Sesekali Mathew membalas tumbukan serta sepakan lelaki itu kerana lawannya itu sungguh menakjubkan. Cepat dan tangkas.
Akibat sudah kekurangan tenaga , senjata rahsianya dikeluarkan. Belati yang tersemat di kaki dikeluarkan secara terus dan dihunus ke arah Lelaki Bertopi itu.
Lelaki Bertopi yang tidak perasan akan belati itu terhiris dipipinya.
" tskk ! " desisnya perlahan.
Argh ! Dia tercuai sebentar kerana ingin memastikan kanak-kanak lelaki itu selamat. Takut sekiranya ada musuh yang datang secara tiba-tiba.
" HIYAHH !! " Mathew berlari sehabis tenaga ke arah Lelaki Bertopi itu. Tidak sempat dia mahu menikam dada lelaki itu , tangannya sudah pun dipegang lalu dipusingkan.
Kunci !
Mathew sudah tidak boleh bergerak. Belati yang masih ada ditangan cuba dilibas sekuat hati tetapi tidak terlepas. Akhirnya , dia mendapat idea lalu memijak kaki Lelaki Bertopi itu.
" Argh ! " Pegangannya terlepas.
Dia mengambil peluang mengacukan mata belati secara bertubi-tubi ke arah Lelaki Bertopi. Lawannya hanya mengelak sedari tadi dari dihiris oleh mata belati itu. Kedua-duanya sudah kekurangan tenaga untuk beradu kekuatan.
ZAP !
Lengan Lelaki Bertopi itu tertoreh dek terkena mata belati Mathew.
" Tskk.." lelaki itu berdecit pedih apabila lukanya terkena air hujan yang sedang renyai.
Buat kesekian kalinya , Lelaki Bertopi itu mara sekali lagi ke arah musuhnya. Rusuk Mathew ditendang sehingga bunyi tulang berlaga. Patah. Celah kangkang musuhnya ditendang dengan kuat sebelum revolver FN 57 dikeluarkan dan ..
BANG ! BANG !
Headshot !
Peluru bersaiz antara 5 ke 7 milimeter menembusi ruangan kepala Mathew dan jantungnya dengan keras.
Mathew sudah tidak bernyawa.
" Huh ! Kau bukan lawan aku. " revolver FN 57 disisip kembali dipinggang.
Mata dipalingkan ke arah manusia yang sudah menyaksikan kekejaman yang dilakukannya. Langkah diatur kemas.
Earpiece yang berada di cuping telinganya dihidupkan.
" Report. Friday , 21 : 30 p.m. Mathew Ramirez is dead. Mission complete. "
-TBC-
#votes #comments #shares
thanks support me !
?? : Any typo or else , you guys boleh bagitau :)
Done : 16 January 2021
Edit : 03 April 2021
published : 01 May 2021
Share this novel