Rate

RA 1

Spiritual Series 1459

Canada , 2011

Disebuah rumah yang terletak dihujung bandar. Cahaya lampu malap menerangi ruangan yang terdapat dibilik kanak-kanak lelaki yang berusia lebih kurang 12 tahun ataupun ke bawah.

Dia duduk diceruk bilik sambil membenamkan wajahnya pada lutut. Cahaya bulan yang menerobos masuk dari celah-celah langsir tingkap yang sedang beralun ditiup angin malam.

PRANG ! !

Bunyi pinggan mangkuk yang pecah berderai ditambah lagi dengan suasana orang yang saling bertikam lidah membuatkan dia berasa geram sehingga mengepalkan penumbuk kecilnya.

" Bagi aku duitlah ! Hei ko pekak ke apa ha ?! Apa lagi kau tak faham ha setan ?!! " tengking lelaki itu.

" siapa setan sekarang ni , aku ke kau ?!! aku cakap tak ada tu , tak adalah maksudnya. Tak faham bahasa ke ?! " balas wanita itu pula.

" bodoh. " gumam kanak-kanak lelaki itu.

Si lelaki mula bertindak memukul wanita dihadapannya. Di tumbuknya wajah wanita itu tanpa belas kasihan.

Tidak cukup dengan itu , dia membuka pula tali pinggang yang terdapat diseluarnya lalu melibas wanita itu dengan sekuat hati. 

ARGH !!

Jeritan wanita itu bergema lagi dan lagi tetapi langsung tidak dihiraukan oleh lelaki jahanam itu. 

KLAK !

Pintu bilik dibuka dari dalam , seorang kanak-kanak berlari lalu dengan beraninya menendang belakang badan lelaki yang sedang melibas ibunya dengan kuat.

BUK !

Lelaki itu terjatuh ke tepi dinding. Melihat perkara itu , kanak-kanak tadi terus mendapatkan ibunya yang terbaring lemah.

" MAMA !! " dia melutut dihadapan ibunya lalu membantunya untuk duduk.

" M-mama okay ? " Soalnya bersama sisa tangisan yang belum ada tanda hendak berhenti.

Ibunya hanya mampu tersenyum lemah memandang putera kesayangannya sambil mengesat air mata di pipi anaknya yang sedikit tembam itu.

" Rayden , jangan nangis. Mama tak apa-apa. " Penyataan itu tetap tak melegakan hatinya.

" URGH !! TAK GUNA PUNYA BUDAK !!! " lelaki itu berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang ke arah Rayden dan ibunya.

Rayden bangun dan maju sekali lagi sambil menolak lelaki itu tetapi tangannya sempat ditangkap. Rayden diheret lalu dibaling ke arah almari.

PAK !

BUK !

Tubuh kecil itu terhentak dek terkena almari kayu itu sehingga menyebabkan sedikit keretakan.

" RAYDEN !! " Ibunya menjerit nama anaknya , dengan sedaya upaya dia mengesot untuk pergi ke sisi puteranya.

Ketika itu , aku hanya mampu melihat apa yang dia lakukan terhadap ibuku. Lelaki jahanam itu memukul , menendang ibuku demi melepaskan amarah setannya.

" M-mama... " Panggil Rayden perlahan sebelum pandangannya bertukar gelap.

??????

" Ergh ?! " Rayden bangun dengan berhati-hati.

Badannya sakit akibat hentakkan bertubi-tubi mengenai badannya. Tetapi segala kesakitannya tidak diendahkan. Di fikirannya hanya satu,

' di mana mamanya ? '

Jam dinding menunjukkan pukul 9.45 p.m. Dia melangkah dengan berhati-hati takut sekiranya ' ayahnya ' sedar akan kemunculannya.

Matanya jatuh pada sekujur tubuh yang berdekatan dengan pintu belakang rumahnya.

' itu Razel ! '

" Mama , bangun mama... " Rayden menggoncang tubuh badan ibunya sehingga sedar dari tidur.

" R-Rayden sayang... M-maafkan mama ,.. sebab t-tak jadi ibu yang baik buat kamu... " tangan cuba digerakkan untuk menyentuh wajah si anak buat kali yang terakhir.

Tangan ibunya yang terketar-ketar ditarik ke pipinya. Air mata lelakinya menitis melihat ibunya diperlakukan sebegitu.

" No , mama dah buat yang terbaik buat Ray ! "

" Ingat pesan mama , Rayden kena kuat dan tak boleh lemah ! M-mama sayang sangat dekat kamu... "

" Ray pun sayang sangat dekat mama " pipi tua itu dikucup perlahan.

KLAK !

Pintu hadapan rumah terbuka dari luar. Lelaki tadi berjalan terhuyung-hayang kerana  mabuk. Rayden bangun dengan penuh semangat seolah-olah dia tidak tercedera.

Dia mencapai kayu besbol yang terdapat ditepi pintu belakang itu lalu berjalan ke arah lelaki tadi. Kayu diangkat tinggi dan...

PAK ! PAK !

KTAK !

Ayunan kayunya mengenai belakang leher dan juga tulang belakang sehingga terdengar bunyi tulang patah.

Kayu diayun lagi dan lagi dengan bertubi-tubi. Segala perlakuan lelaki itu terhadap ibunya masuk secara bertalu tanpa dipinta

" Suami jenis apa kau ni sampai sanggup buat isteri kau macan tu ?!! " Jerkah Rayden dengan amarah yang memuncak naik.

Kayu dibaling ke tepi, dia menumbuk muka itu hingga tersembur air liurnya. Walaupun umur baru mencecah 8 tahun , tetapi susuk tubuh badannya kelihatan seperti berumur 12 tahun.

" Heh. Dia tu , perempuan yang dah nak mampus tu , isteri aku ! Suka hati aku lah nak buat apa dengan dia. Nak suruh dia melacur dekat kelab malam ke , kau fikir aku kesah ?!! "

Tak sedar lagi orang tua ni. Dah kena pukul teruk-teruk pun masih lagi nak membodoh.

Penumbuk digenggam erat.

" KURANG AJAR !! "

Rayden memukul lelaki jahanam itu sehingga lunyai. Melihat lelaki itu sudah tidak bergerak , dia berjalan longlai ke arah ibunya lalu melutut membelakangkan lelaki itu.

" M-mama ? Bangun , Rayden dah tak ada sesiapa lagi... Tolonglah bangun... MAMA ! " Kepala Razel diriba.

Mata ibunya terkelip-kelip , mukanya pucat tak berdarah. Bibirnya pula sudah kebiru-biruan. Ibunya telah kehilangan banyak darah !

Oh Tuhan !

" P-poket... " Rayden antara dengar dan tidak.

" apa dia ? " telinga didekatkan ke bibir ibunya supaya jelas untuk didengar butir-butir bicaranya.

" P-poket... poket baju mam..ma.. " Razel terlalu lemah !

Rayden terus meraba poket baju ibunya dan dia terjumpa sesuatu.

RANTAI LEHER !

Dia memandang kembali wajah ibunya. Dada yang turun naik dengan nafas yang tersekat-sekat membuatkan dia kelam-kabut. Mata ibunya sudah tersembur keluar.

Dia menangis semahu-mahunya sambil memeluk tubuh yang sedang mengejung itu.

BAM !

Pintu rumah ditendang dari luar. Rayden terkejut !

" Tangkap budak tu ! " Jerit lelaki berambut merah itu.

Rayden terus berdiri lalu dengan pantas membuka pintu belakang dan berlari sekuat hati dari ditangkap gangster-gangster itu.

Dia kenal dengan mereka semua. Orang yang datang ke rumah mereka bagi mengutip hutang yang telah dibuat oleh ayahnya. Tetapi , tiap kali mereka datang , ayahnya akan melarikan diri meninggalkan kami berdua.

Dia dan ibunya yang terpaksa berhadapan dengan segala kerosakkan yang mereka lakukan. Tapi , bukan itu sahaja... Mereka turut melampiaskan kemarahan dengan memukul dia dan ibunya.

Air mata dikesat kasar. Dia berlari sekuat hati dari ditangkap mereka. Entah di mana silapnya , dia terlanggar kayu lalu terjelepuk jatuh seperti nangka busuk.

" Itu dia ! " Jerit lelaki berbadan sado.

" Shit ! Mereka dapat kejar aku ! " Maki Rayden sendiri.

Dia memandang ke belakang dan ke depan. Tidak sempat hendak bangun dan berlari , dia sudah dikepung dari semua arah.

" Bangun ! " Arah Black selaku ketua mereka disitu.

Dia hanya memekakkan telinga sambil menunduk dari memandang mereka semua.

" AKU KATA BANGUN TU , BANGUN LAH ! " tengking Black bengang.

Rayden masih seperti tadi. Bezanya sekarang dia tersenyum sinis , warna matanya dari berwarna ungu gelap berubah seperti merah darah yang berkilat.

Black menarik lengannya kuat supaya dia berdiri secara paksa. Lalu mereka bergerak balik ke markas mereka.

" Lepaskan aku lah ! Kau nak apa ?! " Jerit Rayden sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

" Ptff.. lepaskan kau? Huh ! Kalau kau nak tahu , bapak kau tu dah jual kau dekat aku sebab dia tak mampu nak bayar hutang. Jadi mulai sekarang , kau HAK aku. FAHAM KE TIDAK ?! " balas Black.

Rayden terdiam.

Dia ditarik masuk ke dalam kereta. Mereka membawanya ke tengah bandar kerana markas mereka dikaburi oleh sebuah syarikat yang gah.

Kereta diberhentikan ditepi jalan. Mereka keluar dari kereta. Mathew mengheret Rayden untuk masuk melalui pintu belakang. Manakala Black dan yang lain masuk menggunakan pintu hadapan.

" JALAN LAH CEPAT ! " tengking Mathew kerana Rayden seperti hendak tak hendak saja berjalan.

Hujan renyai-renyai membuatkan laluan mereka berlopak-lopak. Mathew menolak Rayden supaya memasuki satu lorong , katanya laluan pintas ke markas.

" Itu masalah kau dengan dia ! Aku kata lepas , tu lepas jelah ! " Rontaannya semakin kuat.

Mathew geram dengan kelakuan Rayden. Revolver yang disisip dipinggang dikeluarkan lalu diacu ke kepala tahanannya. Terus terkaku dia dibuatnya.

" Huh ! Reti pun diam. Menyusahkan aku je , sudah. Jalan cepat ! " Jerkah Mathew.

Baru separuh perjalanan , Mathew bersuara.

" Berhenti depan tu , aku nak kencing kejap. " Arahnya dengan muka bengis.

Bengis ke tahan kencing ? Heh.

Mereka berhenti berdekatan dengan tong sampah. Mathew mengarahkan Rayden supaya membelakanginya. Oleh itu , mudah untuknya melepaskan hajat.

Rayden tersenyum sinis saat matanya melihat dua objek berdekatan dengannya. Perlahan-lahan dia mencapai serpihan kaca untuk dijadikan pemotong kepada tali yang mengikat pergelangan tangannya.

Putus !

Dia bergerak perlahan-lahan supaya tidak disedari oleh Mathew. Kayu yang bersebelahan tiang dicapai. Dia mengukir senyum sinis saat mendengar siulan kecil dari mulut Mathew.

Kayu yang bersaiz sederhana itu dicapai lalu dia berlari sekuat tenaga ke arah lelaki durjana itu.

" HIIYAHHH !! "

BUK !

Belakang badan Mathew dipukul kuat hingga dia bergerak setapak ke hadapan. Mathew cepat-cepat menarik zip seluarnya sebelum menoleh tajam ke arah Rayden.

Dia menderam kegeraman. HAK TUIH ! Air liur diludah ke tepi sambil berjalan menentang Rayden.

Rayden berundur ke belakang. Gerun sedikit melihat wajah Mathew yang sedang menahan amarah. Kolar baju t-shirt Rayden ditarik hingga terangkat sedikit badannya.

DEBUSH !

Wajah Rayden ditumbuk sampai terpelanting ke belakang. Mathew mengulangi lagi buat kali kedua. Di sambung pula dengan tendangan pada perut Rayden.

PRUFT !

Tersembur darah dari mulutnya.

KAU KUAT RAYDEN !

BANGUN !

JANGAN BAGI DIA BELASAH KAU LAGI MACAM APA YANG DIA DAH BUAT DEKAT KAU DAN IBU KAU !

BANGKIT RAYDEN !

BANGKIT !

Suara dari akalnya membuatkan dia kuat !

Rayden bangun dari pembaringan. Dia memeluk pinggang Mathew dan menolaknya jatuh.

GEDEBUK !

Mathew jatuh terlentang. Rayden bangun lalu mencangkung diatas perutnya lalu menumbuk wajah Mathew dengan bertubi-tubi.

DUSH ! DUSH ! DUSH !

Melihat lelaki itu tidak berdaya , Rayden bangkit untuk keluar dari lorong itu. Baru beberapa tapak dia melangkah , bajunya ditarik dari belakang menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

Dia ditarik sehingga jatuh lalu wajahnya ditumbuk , perutnya ditendang dengan sekuat tenaga. Bukan itu sahaja , badannya turut dilempar ke arah dinding bangunan.

ARGH !

Rayden sudah tidak berdaya untuk bergerak , badannya terlalu sakit. Pukulan dari bapanya masih baru ditambah lagi dengan pukulan dari Mathew.

Revolver yang sudah disimpan tadi dikeluarkan semula lalu diacu ke arah Rayden.

KLIK !

Bunyi picu sudah di tarik.

PAP ! PAP ! PAP !

Tepukan yang datang dari arah ' pintu ' masuk ke lorong mengalihkan pucuk revolver Mathew.

" Persembahan yang menarik " puji lelaki itu dengan suara yang teruja.

" Kau siapa ha ?! " jerkahan Mathew dibalas dengan tawa kecil.

" Jangan buang masa aku boleh tak ?! PERGI ! " halau Mathew menggunakan revolver.

" Pergi ? Hm.. tak semudah itu. Lepaskan budak ni , baru aku pergi. " Ujar lelaki tersebut yang berketinggian kira-kira hampir ke 7-8 kaki itu.

' orang suruh pergi tu , pergi sajalah !' gumam Mathew geram.

Merah padam muka Mathew menahan geram. Kenapa lah hari ni dia banyak dipertemukan dengan orang yang tidak faham bahasa ?!

Mathew berjalan ke arah lelaki itu. Wajahnya sukar dilihat kerana lelaki itu menutup hampir sebahagian dari wajahnya.

Revolver diacukan ke kepala lelaki yang digelar olehnya sebagai lelaki bertopi. Memandangkan lelaki itu sedikit tinggi , Mathew terpaksa mendongak sedikit.

" Kau nak mati ke ha ?! Tak sayang nyawa ?! "  tengking Mathew.

Mathew melepaskan tembakan secara rambang ke arah lelaki itu sebagai gertakan.

BANG !

Tembakannya tersasar bila mana lelaki bertopi itu sempat mengelak. Pistol yang ada ditangan Mathew disepak sehingga terpelanting ke ceruk lorong.

Lelaki bertopi mula menumbuk wajah Mathew dengan bertubi-tubi. Mathew pula hanya sesekali sahaja dia dapat membalas kerana lelaki itu sungguh cepat dan tangkas.

DUSH !

Tumbukan Mathew terkena pada dagunya. Dia terhenti , rahangnya diurut sedikit sebelum dia membuat regangan badan lalu menyepak kepala Mathew.

PRUFT !

Tersembur darah dari mulutnya. Lebih banyak dari apa yang dia buat kepada Rayden. Mathew yang sudah terbaring kesakitan dibiarkan.

Dia berjalan ke arah Rayden yang sudah terduduk kerana sakit ditambah lagi dengan penat.

" B-belakannggg !! " jerit Rayden dengan mata yang membulat.

Lelaki bertopi itu menoleh ke belakang dan...

ZAP !!

-TBC-

#votes #comments #shares
thanks support me !

?? : Any typo or else , you guys boleh bagitau :)

Done : 18 January 2021
Edit : 25 April 2021
Published : 02 May 2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience