" B-belakangg !! " terjerit Rayden saat melihat apa yang akan menyerang lelaki bertopi itu.
Lelaki itu menoleh laju saat Rayden menjerit. Terkejut dengan serangan yang tiba-tiba itu , dia tidak sempat mengelak.
ZAP !
" Tskk.. " dia mendesis kepedihan. Tangannya terluka akibat terkena libasan pisau Mathew.
Mathew tersenyum puas kerana dapat mencederakan lelaki bertopi. Mathew mengacukan belati ke arah wajah lawannya tapi lawannya bernasib baik apabila dia sempat mengelak dari terkena muncung tajam belati itu.
Dia melibas dan terus melibas. Lelaki itu seperti sudah dapat mengagak corak permainan Mathew jadi dia dengan pantas menangkap tangan Mathew lalu dipulas lengan itu untuk dikunci.
ARGH !
Tangan Mathew berbunyi saat dipulas. Belatinya serta merta jatuh ke tanah menyembah bumi. Lelaki Bertopi menyepak jauh belati itu dari mereka. Mathew menundukkan badan lalu menebalikkan lawannya ke bawah.
Dia pula mengambil alih perlawanan. Dia menumbuk wajah Lelaki Bertopi itu dan menendang sekuat tenaga. Tetapi , malangnya Lelaki Bertopi sempat mengelak dan cepat-cepat berdiri lalu menjatuhkan Mathew menggunakan kakinya.
GEDEBUK !
Langkah kaki terasa longlai. Mathew yang terbaring tidak diendahkan. Dia betul-betul berdiri dihadapan Rayden sambil menunduk ke bawah memandang wajah yang penuh luka itu.
KLIK !
BANG !
??????
Rayden , Canada , 2011.
Lelaki yang dia tidak kenali sama ada baik ataupun jahat itu sedang membelasah Mathew , si gangster taik kucing itu. Entah buat kali yang ke berapa Mathew tumbang , lelaki itu terus menapak ke arah aku.
Aku turut mendongak memandang wjaahnya tetapi dek kerana hujan renyai ditambah lagi dengan orang itu mengenakan topi , itu menyukarkannya untuk mengenal pasti dengan jelas. Baru hendak bersuara , Lelaki Bertopi terus sahaja mengeluarkan revolver yang disisip dipinggang lalu melepaskan tembakan ke arah Mathew yang sedang mencuba untuk menembaknya.
BANG !
Headshot.
Apa yang terhidang didepan mata membuatkan Rayden berasa kagum dengan tiba-tiba terhadap Lelaki Bertopi itu. Peluru bukan main tepat lagi didahi Mathew. Revolver Mathew terlepas tanpa sempat ia dapat melepaskan tembakan.
Earpiece yang terletak dicuping telinga dihidupkan.
" Jade. Code JD. Report , Friday 21 : 30 p.m. Canada , Mathew Remeriz is dead. Mission Complete. " earpiece dimatikan tanpa mendapat balasan. Di buka lalu disimpan ke dalam poket sutnya.
Wajah Rayden dipandang. Rayden yang gerun akan pandangan itu menundukkan wajahnya.
" What's your name ? " soal Jade.
" R-Rayden. Rayden Ashley. K-kau pula siapa ? Kenapa kau bunuh dia ? " soal Rayden gagap.
" I'm Jade. Do you want to join me? If so, I can tell you everything but if not, I can kill you just like him because you already know my secret. " tenang Jade saat menawarkan perkara itu.
Tawaran yang diberi Jade membuatkan dia berasa ragu-ragu.
Tetapi , dia sudah tidak punya sesiapa lagi. Ibunya telah menemui ajal , ayahnya pula ? Entahlahh , dia tidak mahu mengambil peduli. Jadi , tawaran Jade membuatkan dia terfikir untuk menerima serta dapat membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menindas dia dan ibunya.
" Aku terima ! " ucap Rayden semangat.
Jade mengukir senyuman puas. Puas kerana dpaat memiliki Rayden kerana apa yang terdapat dalam diri kanak-kanak itu tidak ada dalam diri kanak-kanak lain.
??????
Malaysia , 2020.
PAP !
" huh ? " Tepukan dibahu menyedarkannya kembali ke alam nyata.
" Apa yang kau menungkan tu Devil ? " Morgan yang sedang mengambil tempat disebelahnya dipandang sekilas.
" Nothing. Just teringat macam mana aku boleh ada dekat sini 10 tahun lepas. " kata-kata Rayden membuatkan Morgan terdiam.
Yah ! Zaman kanak-kanak yang pahit buat lelaki dihadapannya itu. Terpaksa berhadapan dengan perangai seorang ayah yang kaki botol dan suka bermain Judi.
Sikap ayahnya yang akan memukul dia dan ibunya hanya kerana tidak mendapat duit untuk membeli minuman keras ataupun untuk bermain judi. Perit. Bukan itu sahaja , malah mereka turut menanggung hutang yang dilakukan oleh ayahnya yang meminjam daripada AhLong dengan menabur janji palsu.
Dia dan ibunya juga terpaksa menerima segala pukulan , caci maki bukan sahaja dari gangster taik kucing itu malahan dari masyarakat sekeliling juga.
Morgan menarik senyum lalu menepuk-nepuk bahu Rayden sebelum kembali membuat latihan asas.
tit.. tit..
Alatan canggih yang berada dipergelangan tangan dipandang sebelum ditekan.
" Devil , datang berjumpa dengan Tuan Zack sekarang. "
tit..
Panggilan mati setelah menyampaikan arahan kepada pemakai.
" MD ! Aku pergi dulu , ada tugas. " MD atau nama sebenarnya Morgan Davidson.
Alatan latihan seperti pedang dan juga beberapa jenis pisau di simpan kembali ke tempat asal sebelum dia mengambil barang-barangnya di locker. Bilik Mandi di tuju bagi membersihkan diri setelah berpeluh meningkatkan tahap keupayaan diri.
Selesai membersihkan diri dia memakai sut khas sebelum bergerak ke bilik orang atasannya.
Tuan Zack. Dia orang atasan di syarikat kami. Tiada siapa tahu nama sebenar dia siapa. Melainkan , Jade dan juga kerani di bilik fail yang dipenuhi segala maklumat syarikat dan identiti sebenar kami semua.
TOK ! TOK ! TOK !
" masuk ! " Laung Tuan Zack dari dalam.
" Tuan.. " kepala menunduk hormat.
" hm.. Aku ada kerja untuk kau. " fail berwarna biru diletakkan di hadapan Rayden secara terbuka.
" hapuskan dia. Alexandar , selaku CEO Syarikat Alex SDN. BHD. Ini fail maklumat dia , macam biasa dalam masa seminggu " arah Tuan Zack.
" Arahan diterima. Lusa aku akan mula mengekori Alex. " ucap Rayden.
" Bagus-bagus , hati macam ni yang aku nak. kering. Sudah , kau boleh keluar. " Fail dicapai lalu menunduk hormat sekali lagi sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
??????
TOK ! TOK ! TOK !
" Amna , bangun ! Nanti lewat ke sekolah "
Masih diam tiada respon..
" Amna ! " panggil bibik yang masih setia berdiri di hadapan pintu bilik. Pintu diketuk lagi dan lagi.
Manakal disebalik pintu pula..
" HUARGH ! " mulut yang terbuka ditutup menggunakan tangan sebelum membetulkan sedikit rambutnya yang sudah kusut.
Hai ! Aku Amna. Mesti kau ingat aku orang melayu yang malas bangun pagi kan? Sorry eh , nama betul aku Amber Naomi Tuan Brian. Mommy aku orang Malaysia , Daddy pula orang Kanada. Aku masih bersekolah dan kira-kira tahun ni aku ambik SPM. Ohya ! Bila cakap pasal sekolah , sekarang ni pukul berapa ?
" Cik Muda Amber Naomi ! Bangun ! Dah jam 7.30 a.m. ni ! " panggil bibik sedikit kuat bila anak majikannya tidak lagi membuka pintu.
" WHAT ?! " matanya tadinya mengantuk terus membesar.
Jam locengnya ditilik sekilas.
OH MY GOD !
Tuala yang disangkut bersebelahan almari dicapai. kelam-kabut dia menuju ke dalam bilik air.
BAM !
Bibik diluar bilik sudah menggeleng kepala bila mendengar bunyi hempasan pintu dari dalam.
" nasib ada bibik , Amna. Kalau tidak lambat lah kamu ke sekolah nanti. " gumam pembantu rumahnya.
??????
Air kopi dituangkan ke dalam cawan majikannya.
" bik , Amna mana ? " soal Tuan Brian kerana tidak nampak kelibat puteri tunggalnya.
" Amna sedang bersiap. Biasalah , hari pertama memang kelam-kabut sikit. Lagi pun dia masih belum terbiasa dengan masa di sini. " jelas Bibik.
" iyalah , betul juga. Nanti suruh dia cepat sikit. Hari ini saya hantar dia pergi sekolah , nak jumpa kawan sekali. Balik nanti pesan dekat Pak Mat suruh dia ambik Amna , ya. " pesan Tuan Brian.
" baik , Tuan. " sahut bibik sebelum berlalu menaiki tangga bagi melihat gadis itu.
Amber yang sedang menyikat rambut memandang ke arah pintu sebaik sahaja melihat kelibat bibiknya.
" Yes ? " soalnya sambil tangan lincah memeriksa barang-barang keperluan untuk dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
" Amna , Tuan Brian suruh cepat sikit. Nanti dia akan hantar kamu ke sekolah , sekali bertemu rakannya. " kata bibik.
" Alright ! I will be right back. Tolong buatkan roti coklat , saya nak bawa bekal hari ni. " pinta gadis comel itu.
" iyalah. " balas bibik sebelum menghilang dari pandangan.
Muka di touch up sikit sebelum tangan mencapai telefon pintar. Beg sekolah juga di capai dan dia terus keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.
" morning , daddy. " berseri-seri dia saat menyapa bapanya diruang makan.
" morning , sayang. Jemput duduk , nak sarapan tak? "
" Erm.. Nope , nak minum je. I will have breakfast at school later. " Amber duduk lalu mencapa secawan hot chocolate sebagai alas perut.
' mmm.. sedap.. ' ucap Amber saat menikmati air kegemarannya.
" are you done , sweetie ? "
" Sudah. Lets go ! " Amber dan Tuan Brian beriringan menuju ke pintu utama.
Tuan Brian memanaskan enjin kereta Mercedes-Benz CLC-Class sementara menunggu anaknya selesai memakai kasut.
" siap ! " kata Amber semangat.
" Amna ! Tunggu kejap. " panggil bibik saat terlibat gadis itu mahu melangkah pergi.
" Why , bik ? " soalnya bingung.
" Ini bekal yang kamu minta tadi. Maaf lambat. " ucap bibik. Bekal makanan bertukar tangan.
" Okay. Thank you , bik ! I got to go " Amber melambai bibiknya.
Perjalanan ke sekolah hanya memakan masa selama 15 minit. Hari pertama persekolahannya di Malaysia setelah bertahun-tahun menetap di negara kelahirannya Canada.
Tahun ini juga menjadi tahun pertama Mommy tidak ada bersamanya disebabkan satu kejadian yang tidak diduga. Kejadian di Irenlad yang meragut hampir beratus nyawa yang tidak bersalah.
" Amna? Tak nak keluar ke? Kita dah sampai ni. " tegur Than Brian. Amber yang sedang tersentak itu cepat-cepat mencapai beg sebelum keluar dari kereta.
Pintu kereta ditutup. Bangunan yang tersergam indah di pandang. Hampir terlopong mulutnya melihat bangunan sekolah yang besar itu. Haihlah , mahu patah kakinya nanti.
" Sudah , kemari. Kita pergi pejabat dulu " ajak Tuan Brian.
Amber hanya membuntuti langkah daddynya sambil memerhati sekeliling kawasan sekolah itu. Sungguh dia kagum dengan pemilik sekolah itu. Asyik sangat dia melihat keadaan sekolah , dia tidak perasan akan orang yang berada di hadapan matanya.
BUK !
" Auch ! " Terlepas beg dari lengangannya sekali dengannya dirinya jatuh menghempas lantai. Kepala yang terhantuk itu di pegang.
' tsk.. siapalah yang langgar aku ni ' desis hati kecilnya.
Kepala didongakkan ke atas apabila dia sedar ada mata yang sedang memerhati. Beg segera dicapai lalu dia bangun dan menepuk sedikit skirt paras lututnya.
" Man ! " getus hatinya.
Dia mengabaikan lelaki itu dan terus melangkah oergi. Tetapi , lengannya ditarik sehingga dia terundur beberapa langkah ke belakang. Pegangan lelaki itu ditepis kasar. Tangan naik memeluk tubuh. Protes.
" What ? "
" Kenapa kau tak masuk kelas lagi ? Kau budak form 5 kan ? Apa kau buat dekat blok form 1 ? " soal lelaki itu bertubi-tubi.
Hm , tengok dari gaya macam ketua pengawas sebab dia pakai blazer warna Black Gold. Muka pun boleh tahan , macam mix. Tapi kurang markah sebab dia poyo. Huh.
" Hoi ! Kau dengar ke tidak ni ? Berangan je kerjanya. " Sergah lelaki poyo.
Malas mahu menjawab , Amber meneruskan perjalanan ke pejabat yang berada di blok tingkatan 1. Tangga didaki tanpa memperdulikan panggilan dibelakang.
" Hish ! Kau ni memang sengaja nak buat darah aku mendidihkan pagi-pagi macam ni ?! " ujar lelaki itu geram.
Kaki terus mengikuti jejak langkah gadis itu yang sudah agak jauh darinya.
Fuh !
Akhirnya sampai juga dia di pejabat. Pintu di tarik , pengawas tadi masih mengekorinya hingga ke dalam sehingga mereka di sapa oleh satu suara.
" Amber Naomi ! Sampai pun kamu. Kenapa lambat sangat , sini daddy nak kenalkan kamu dengan kawan daddy. " panggil Than Brian.
" Hehe , sesat. " senyum sumbing terukir.
" Ini kenalkan kawan daddy , Uncle Zain. Pengetua High School Moonlight ni. " jelasnya.
" Hai Uncle ! My name is Amber Naomi , you can call me Amna. " Amber memperkenalkan diri.
" Dah besar kamu ni , kali terakhir uncle jenguk kami dulu masa umur 5 tahun. " cerita Tuan Zain. Saat itu matanya terpandang susuk tubuh dibelakang Amber.
" Rayden ? Kamu buat apa di sini ? ? Tak masuk kelas ? " soal Tuan Zain.
" Ha ? Err.. " gagap dia seketika.
Rayden terkejut disergah sebegitu. Jawapan kepada pertanyaan Tuan Zain juga lenyap serta merta.
" Oh ya. Actually , tadi Amna sesat masa on the way ke sini. Tiba-tiba jumpa dengan dia , itu yang minta tunjukkan jalan. " Tipu Amber. Rayden memandang gadis yang sedang tersenyum tanpa rasa bersalah kerana menipu itu.
" Ah ya ya.. " balas Rayden. Terangguk-angguk kepalanya sekali tengok dah macam burung belatuk pun ada.
" Okay. Memandangkan kamu kamu dah ada dekat sini.. tolong tunjukkan Amna kelas dia , tanya dekat kerani. And last but not least , jangan lupa ambil kad pelajar dan kunci locker di kaunternya. " Pesan Tuan Zain.
Rayden dan Amber saling berpandangan. Seriously , pengetua nak suruh mamat poyo ni tolong aku ? Hm , what ever. Janji aku dapat belajar dengan aman.
" Let's go " ajakan Rayden diikuti dengan langkah longlai. Kenapalah hari pertama sekolah dia perlu ada sejarah tidak manis ? Huh ? Bersama mamat poyo ni pula tu.
Sampai di kaunter lertanyaan. Seorang kerani berbaju bunga-bunga kecil di kenakan dengan tudung bawal pink berdiri menyapa mereka.
" Ya , ada apa ketua pengawas ? " soal kerani.
" Ni , pengetua suruh saya bawa pelajar transfer ni ke kelas. Mana kad pelajar dan kunci locker dia ya? " jawab Rayden beku.
Kerani yang di panggil Kak Siti itu menilik Amber atas bawah. Pelik. Dia terus mengambil kunci dan kad pelajar yang sudah disiapkan semalam didalam laci meja.
" Err.. boleh cakap melayu ke? " tanya Kak Siti separa berbisik kepada Rayden.
" Tak tahu lah kak. By the way , Mana barang yang saya minta tadi ya ? " Balas Rayden ringkas. Malas dia mahu memanjangkan soal gadis itu.
" Nah ! Ini dia kad pelajar dan kunci locker. " barang yang disebut bertukar tangan.
" Terima kasih. Untuk jawapan kepada soalan akak , I have a mixed blood and I can understand what people say in Malay. Nice to meet you , sis. " terang Amber dengan senyuman.
Mereka keluar dari pejabat lalu menuju ke bahagian locker yang terdapat di bangunan tingkatan 5 yang bersebelahan tangga untuk menyimpan barang.
" Woi ! Ini locker kau and.. ini.. " kunci locker dan kad pelajar digoyangkn dihadapan wajah Amber sebelum diletakkan di atas tapak tangan gadis itu.
" kad pelajar kau. Sudah , aku masuk kelas dulu. " Rayden berpusing ke belakang , baru dua tapak kolar bajunya ditarik dari belakang. Habis tercekik dia dibuatnya.
" Heii !! " Jerit Rayden.
" Rayden. Rayden kan nama kau ? " ulangnya ingin kepastian.
" Huh ? "
" Tunggu lah aku kejap , aku mana tahu kelas dekat mana. " jeling Amber seraya membuka pintu locker dan masukkan sedikit barang-barangnya ke dalam untuk di simpan.
Amber yang bercakap menggunakan sepenuhnya bahasa melayu membuatkan Rayden hampir tergelak tetapi ditahan bila muka gadis itu memerah.
' tahu pun malu. aduhai , patutlah asyik speaking je , pelat rupanya cakap melayu ' ejek hati Rayden.
Melihat Amber yang terkial-kial memasukkan barang , dia bersuara.
" Hish ! Cepat lah , kau ni lambat betul. " Amber ditolak ke tepi sedikit. Dia memasukkan barang gadis itu Serta menyusun sedikit buku mengikuti jadual yang diberi.
" Siap ! Nah beg , buku dan kunci kau. " Amber hampir terlopong tetapi cepat-cepat dicover.
" Oit ! Lambat gerak aku tinggal , biar kena gigit lipas. " Ugut Rayden.
" What ?! Mana kau belajar ek ? Lipas mana makan orang lah " bidas Amber. Langkah kaki cepat-ceoat menyaingi lelaki bertubuh tinggi lampai itu.
" Aku dengar tu , Amna. " sebaik sahaja Rayden membalas , mulut Amber terkunci.
Sampai saja didepan kelas 5 Alfa yang berada ditingkat 3 bangunan. Rayden mengetuk pintu.
TOK ! TOK !
" Ya , Rayden? Lambat betul kamu masuk kelas. Sebagai ketua pengawas , kamu mesti tunjukkan contoh yang baik buat orang bawahan kamu. Faham ? " tegas Cikgu Zarina.
" Maaf , cikgu. Saya jumpa pengetua sebab dia suruh saya uruskan pelajar transfer Irenlad and pelajar tu ada di luar sekarang ni. " Jawab Rayden tenang.
" Apa? Okay baik , kalau begitu.. silakan masuk. "
Amber masuk dengan penuh elegant. Rambut blonde yang berterbangan ditiup angin beralun lembut. Matanya yang berwarna biru cair menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.
" sila perkenalkan diri. " Arah Cikgu Zarina. Rayden pula sudah duduk ditempatnya.
PEWITTT..
CUN BHAII..
AWEK OMPUTIH SIOT..
Cikgu Zarina yang sedang mengemas barang sedikit di meja terhenti bila anak muridnya membuat bising. Dia menoleh ke arah pelajar baru tadi.
" Err. Sorry ? Can you understand Malay Language ? " tanya Cikgu Zarina. Serba salah dia kerana muridnya itu diam sedari tadi.
" it's okay. Saya faham , just terkejut je dengan riaksi mereka. " katanya sopan.
Cikgu Zarina mengangguk faham. Rakan sekelasnya yang lain , ada yang terkejut dan ada juga yang turut mengupas bawang.
" Alright , nama diberi Amber Naomi Tuan Brian. You guys can call me Amna. I'm exchange student from Canada. Pindah kerana daddy saya nak luaskan perniagaan dia dekat sini. That's all. " ringkas dan padat.
" Okay , terima kasih Amna. Ada sesiapa nak tanya soalan ? " tanya Cikgu Zarina sambil menilik jam tangannya kerana kelasnya akan tamat sbeentarv lagi.
SINGKE KE TAKEN ?
RAMBUT TU MESTU KAU WARNAKAN , KAN?
ELEH , SETAKAT OAKAI CONTACT LENS AKU OUN BOLEH !
Dan terdapat banyak suara-suara sumbang yang lain.
" Err.. saya single je. Actually rambut and mata ni asli bukan diwarnakan or contacts lens. What is the use of fake , if you can wear original. It's right , teacher ? " perli Amber secara halus sambil mengukir senyuman kepada satu kumpulan perempuan yang berada di sebelah pintu masuk.
Sekali tengok memang manis , masuk dua kali tengok memang sebijik senyuman sinis. Loceng sudah berbunyi , Cikgu Zarina menyuruh Amber duduk bersebelahan Rayden kerana hanya meja dan kerusi itu saja yang masih kosong.
Kerusi ditarik , beg diletakkan perlahan-lahan. Buku addmath dikeluarkan. Rayden disebelahnya tidak dihiraukan.
Dia tengah bengang ni , kenapalah dalam banyak-banyak pelajar dia kena duduk sebelah mamat poyo ni ? Ergh ! Sedang dia membebel di dalam hati , dia dikejutkan dengan sesuatu.
BAM !
-TBC-
#votes #comments #shares
thanks support me !
?? : Any typo or else , you guys boleh bagitau :)
actually , lambat update sebab saya kejar ending untuk MM , maaf atas segala kesulitan
Done : 20 January 2021
Edit : 21 May 2021
Share this novel