Chapter 2

Fantasy Series 834

-Imaginasi menjadi realiti-

"Hahahahha,kelakar siak si Haziq baca karangan dia!! Apa pulak menari yolo dengan lagu tarian joget? Tak masuk akal langsung." Komen Ira bersama ketawa yang masih belum reda sebaik sahaja keluar dari kelas.Sesi persekolahan pun telah tamat,jadi nak ketawa macam orang gila pun,tak de cikgu nak marah.

"Haah en,pastu dalam karangan dia,dia cite yang si Papot makan dadah nak faham bahasa manusia." Berair mata Nelly mengingati karangan pelik Haziq tadi.Entah apa apa je.

TSL tergelak dan sambil menkritik karangan masing masing.Tanpa disangka mereka telah tiba di foyer bahagia hadapan yang berhampiran pintu pagar utama." Irin,bas awal ke lambat?" Soal Nelly seperti ari hari  sebelumnya. Memang selalu pun tanya Irin sebab dia ni macam peramal,semua yang dia ramal semuanya betul and tepat.

"Urmm,lambat." 

"Okay." 

"Jangan tarik beg aku." Ujar Nelly mendatar.Bukan dia tak tau siapa makhluk tuhan yang tarik tu.Tapi manusia tadi tetap tidak ingin melepaskan beg dia. "Shah Rezuan!!" Serta merta beg Nelly dilepaskan.Bukan sekali dua pakwe dia buat macam tu,dah banyak kali kot. Sampai member Nelly yang lain pun kena sekali.

"Alololo,merajuk eyh." Usik Shah sambil tersengih."Blah ah kau,menyemak je." Ujar Nelly tak puas hati.

"Alaaaa,marah ke?" Soal Shah dengan sayu tapi tidak dihiraukan Nelly."Tu lah kau,siapa suruh kacau dia. Kan dah kena." Ujar Aina selamba.

"Eyh,sweet couple ni." Gurau Aqiela yang baru tiba bersama Ira.Makin cemberut muka nelly mendengar gurauan Aqiela itu. "Korang buat air ke beli air?" Soal Aina sinis. " Alahh kau ni,ramai orang tau ak?" Backup Aqiela kepada dirinya.Tidak boleh dinafikan,memang selalu ramai pun time nak beli air. Lagi lagi time bas lambat macam ni.

"Irin mana? Dah balik ke?" Soal Ira sambil matanya melilau mencari kelibat Irin."Haah,orang yang selalu amik dia dah sampai." Jawab Aina memandangkan dia dan Nelly sahaja yang bersama Irin tadi.

"Nellysya Adriana!!" mata TSL (3) tertumpu kepada Nelly dan Shah pula."Aku kata jangan serabaikan rambut aku kan?!" Marah Shah kepada Nelly. "Aku dah kata en jangan sepak kaki aku?" Balas Nelly pula. 

"Dah lah,korang ni asyik gaduh je." Ira cuba meleraikan pergaduhan Nelly dan Shah itu." Dah jom Nelly,bas dah sampai tu." Ujar Aqiela lalu menarik lengan Nelly." Kau tunggu kau,aku spam kau kat whatsapp balik ni." Ugut nelly sebelum menaiki bas mereka manakala Aqiela hanya menggeleng. Dah form 1 tapi macam budak darjah 1 je.

"Buat ah,kisah apa aku." Balas Shah pula.Sengaja nak naikkan marah Nelly dan mendapat jelingan maut dari Nelly.Hah,yang Shah pun satu. Suka sangat kacau orang." Dah lah Shah,dia block kau kang baru tau." Ujar Aina pula.Bosan melihat drama yang sama setiap hari.

"Erk." Shah terdiam.Baru dia teringat pasal itu. "Fu*k,habislah aku." Rungut Shah sendirian. Aina dan Ira yang mendengarnya hanya tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience