Chapter 6

Fantasy Series 834

-Imaginasi menjadi realiti-

"Wow,besar siak arena dia!!" Ujar Iman terkejut.Padang bola sepak di MB 2 pun sebesar ni.

"Wow,tak sia sia kita jalan jauh sikit." Ujar Rashdan dengan teruja.

Mana taknya,mereka sekarang berada di arena yang dua kali ganda besarnya dari padang bola sepak sekolah.Rupanya game yang Nelly maksudkan ialah paintball.

Sudah lama,budak lelaki tu nak mencuba game ni.

"Yupp."Sokong Shah pula.Kini mereka kembali bertenaga setelah penat berjalan.Mana tak penatnya,jauh kot.Sepatutnya student kat sini guna hoverboard tapi si Ryan lupa nak bawak.Gadget gadget yang lain pun sama jugak.

"So,siapa nak join?" Soal Nelly kepada yang lain.Lebih tepat kepada kawan kawannya.Semua orang mengangkat tangan kecuali Aqiela.

"Aqiela tak join?" Soal Mika ramah.

"Tak."Ringkas saja jawapan yang diberi.

"Orait guys,team kita cukup sepuluh orang," Ujar Nelly serious ketika mereka sedang sibuk menyiapkan diri.

"Game dia simple dia,dapat bunuh semua team lawan kita menang." Sambungnya lagi.Kesemua teammates fokus mendengar arahan.

"Sebelum korang masuk arena,cap jari korang akan diimbas dulu."

"Function??" Soal Irin dengan pelik.Apa kena mengena cap jari dengan game paintball?

"Arena ni bukan sekadar arena.Mungkin apa yang korang nampak ni cuma padang yang luas dengan beberapa tembok pertahanan tapi korang silap.Semakin lama korang dalam arena,makin banyak tembok yang akan muncul..." Ujar Nelly sambil mengantungkan ayatnya.

"Kau gantungkan ayat lagi,mati kau aku kerjakan."Ujar Irin dengan nada menggugut.

"Wow garang,I like..." Sampuk Ash yang entah datang dari mana.

"Pakwe dia marah nanti woi." Mika cuba mengingatkan.Dia memandang ke arah Johari yang sedang pandang Ash dengan pandangan membunuh.

"Wowowo,rilek bro." Ujar Ash sambil mengankat kedua tangannya tanda surrender.

"Okay Nelly sambung." Mika mengingatkan.

"Makin banyak tembok yang muncul dia akan jadi maze tapi tembok dia sering bertukar tempat.Jadi tiada guna kalau korang hafal jalan dia." Ujar Nelly dengan pasrah.

Terinagt pula dia semasa darjah empat ketika game pertamanya,pernah dia terpisah dari teammates,jenuh nak cari lagi.

"Bunyi macam susah." Komen Johari dan mendapat anggukan dari yang lain.

"Kalau sesat jangan nangis..." Sindir Hadiey yang baru tiba.

"Arh memekaklah kau." Mika menghalau Hadiey pergi.Tadi Ash,sekarang Hadiey.Dasar abuja betullah.

"Sebelum kau yang menangis kat sini baik kau blah." Ugut Irin bersama pandangan maut."Kalau kau nak cakap garang I like,kau boleh blah."

Sampuk Johari sebelum Hadiey sempat membuka mulut.

"Bukan tu yang aku nak cakap." Nafi Hadiey."Aku cuma nak ajak dia join kelab seni pertahanan." Offer Hadiey.Memang betul pun,lepas dia dengar Ash kata tadi,terus dia decide nak masukkan Irin dalam kelab dia.

"Nak cite pasal kelab nanti okay? Game dah nak start." Sampuk Kylie selaku pengadil game ni.

"Kylie,kau tak main?" Ujar Nelly terkejut.Kylie antara ahli yang licik,aset penting dalam team diorang.

"Tak nampak tangan aku?" Mata Nelly dan Mika beralih pula pada tangan Kylie.

"Oh,patah."pendek je komen Mika.

"Dah habis drama?" Ujar Emyliya.

"Dah.Okay,dear my teammates jom gerak." Ujar Mika lalu bergerak ke arah pintu utama arena.Dinding arena dipebuatkan daripada kaca lut sinar yang berkualiti.

Dia meletakkan ibu jarinya di pengimbas yang terdapat di tepi pintu.Keluar sinaran hijau yang bergaris lurus yang mula menscan.Serta merta pintu arena dibuka.

Setelah siap sesi mengimbas,mereka semua berkumpul di tembok pertahanan masing masing.

"Ready guys,lawan kita bukan calang calang." Mika mula memperinagtkan.

"Weyh,Dian ada ke?"Soal Nelly dengan serious.

"Yup." Empat saat Nelly mendiamkan diri.

"What?!! Weyh Dian kot.President club ni.Mesti lawan dengan teammates dia.Dah lah teammates kita baru first time.Kesian ah sikit.Bukan kau tak tau si Dian tu tak de belas kesian." Rungut Nelly.Yang lain bertambah takut mendengar ayat Nelly itu.Seakan akan Dian tu binatang buas pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience